Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 😉 Teringin kak Nur nak sembang pasal masalah depression hari ni. Selalunya kak Nur dengar macam angin lalu je topik depression ni. Tapi kali ni nak share dari perspektif diri sendiri.
Topik ni, bukan fakta. Hanya pandangan kak Nur saja ya. Ada juga yang kak Nur dengar daripada doktor atau pesakit sendiri melalui corong radio yang membincangkan topik depression ni.
Kalau diikutkan, kak Nur rasa depression ni asalnya daripada keadaan stress. Setiap orang melalui keadaan stress. Tapi stress boleh dikawal. Adakalanya, stress tak payah pun jadi stress apabila kita sendiri divert atau alihkan suatu perkara yang membebankan minda kepada suatu benda yang lain.
Namun, apabila keadaan stress ini semakin menimbun, akan membawa kepada anxiety atau keresahan. Apabila dah terlalu banyak stress dan anxiety, maka boleh terjadinya depression. Bila dah depress, terasa macam nak mati supaya boleh tamatkan segala kesengsaraan yang dihadapi.
Gambar ihsan Google.
Kak Nur rasa, itulah yang selalunya dialami oleh selebriti-selebriti barat seperti Chester Bennington, Chef Anthony Bourdain dan banyak lagi. Sayangkan sebab mereka famous. Nama-nama yang kak Nur sebutkan di atas tu, kak Nur memang suka. Sayang Linkin Park dah kehilangan penyanyinya dan tak dapat nak tengok chef Anthony Bourdain dalam siri jelajah makan-makannya, kadang lucu je.
Kadang, tanpa kita sedari, kita juga sedang menjurus ke arah depression. Cuba check balik diri kita. Selalu ke terasa stress? Atau banyak tak menyimpan perasaan marah, down, terasa diri dihina dan diperkecilkan? Selalu terkena, tapi disimpan dalam hati tak diluahkan? Banyak berfikir apa kata orang. Kemudian timbul keresahan. Rasa sebu perut. Nafas tersekat-sekat. Kepala pening dan berserabut. Jiwa koyak, hati pecah. Lama-lama segala yang dirasai meletus seperti gunung berapi.
Kalau meletus tu, boleh lagi diubati, InsyaAllah. Tapi kalau dipendam, lama-lama buat keputusan nak menamatkan riwayat sendiri. Tu memang sakit dan sia-sia kan. Jadi kalau terasa diri mengalami simptom-simptom depression, jangan malu untuk mendapatkan rawatan.
Ada orang cakap, dekatkan diri dengan Sang Pencipta. Itu betul. Sebab ganjaran sabar tanpa mengeluh, memang sangat tinggi di sisi Allah. Siapa yang dapat lakukan, alhamdulillah. Tapi bagi kak Nur, dalam usaha mendekatkan diri, dapatkan juga rawatan daripada pakar. Sebab bila bersendiri, kita tetap akan merasa suatu perasaan lohong kosong yang minta diisi. Kak Nur rasa sebab kita ni manusia. Sentiasa memerlukan teman yang membantu membawa dan menunjukkan kita jalan yang perlu dilalui bersama-sama.
Kak Nur dengar daripada pesakit depression ni, antara yang dikongsi, apabila tiba-tiba anxiety atau keresahan datang menyerang, cepat-cepat naik kereta, gerak dan buka tingkap. Tarik nafas bersama angin yang menghembus. InsyaAllah dalam beberapa minit, akan reda keresahan.
Bagi yang rasa tak mengalami depression ni, mungkin kita memerlukan empathy (cuba merasai dan fahami apa yang dialami oleh pesakit). Sebab depression ni bukan perkara main-main. Memang memerlukan rawatan yang sepatutnya. Kalau nampak rakan-rakan, ahli keluarga yang mengalami simptom depression, cepat-cepat bantu mereka mendapatkan rawatan.
Hopefully entri ini dapat membantu. Depression is no joke.
Kak Nur still jual Shaklee ya. Nak dapatkan mana-mana produk Shaklee, hubungi aje 012-5538628.
Hubungi saya pengedar
Shaklee Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping
Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat
lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
DIANA
ID
Shaklee: 1112978
Call/
SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook
Page: Hearty . Love . Healthy
COD:
Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ,
Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
0 Komentar