Showing posts with label Motivasi diri. Show all posts
Showing posts with label Motivasi diri. Show all posts

Apa Yang Kita Mahukan?

Apa Yang Kita Mahukan?
Apa sebenarnya yang aku mahukan dalam hidup ini? Jika kita tidak dapat visualize apa yang kita mahukan.. maka hidup kita hanya akan "follow the flow".  Jika sekarang kita begini.. tak mustahil.. 10 tahun akan datang tetap begini..

Manusia ini.. jika berada dalam  keadaan terdesak dan tertekan barulah akan menjadi lebih kuat.. macam nyok kelapa (saya orang penang.. tak pasti bahasa sepatutnya). Bila diperah baru keluar santannya. Jika kita berada dalam zon selesa.. semua cukup.. maka susahlah kita untuk keluar daripada kepompong keselesaan itu.. kata orang putih "complacent".

Saya perasan "push factor" ni penting sangat.. kesusahan merupakan "push factor" yang kuat. Terutamanya apabila kita susah.. dan orang yang kita sayang pula mengharapkan kita apabila mereka berada dalam kesusahan. Seolah mencurah minyak ke dalam api membakar jiwa kita untuk terus berusaha dan menyerahkan semuanya kepada Allah..

Seperti insan - insan lain.. saya mengharapkan agar hidup ini bebas daripada masalah kewangan.. bebas daripada hutang.. tak perlu nak ikat perut jika ingin membeli apa-apa.. boleh sahaja menghulurkan apabila siapa-siapa memerlukan.. setiap bulan tak perlu pening memikirkan terpaksa bayar itu dan ini.. itu impian saya..

Alhamdulillah.. dengan menjadi salah seorang ahli perniagaan Shaklee ini.. saya membayangkan.. saya dan suami tidak perlu lagi bersusah payah bekerja 9am to 6pm or 12pm to 9pm... tidak perlu lagi balik rumah lewat dan penat. Anak-anak dapat kami jaga sendiri.. tidak perlu dihantar ke nursery..Kami boleh hantar dan ambil pulang daripada sekolah...

Kami dapat fokus kepada keluarga.. terutamanya mama... abah... mak... nak berada di sisi mereka.. membahagiakan mereka setiap masa.. memberi yang terbaik kepada mereka di usia emas mereka..

The rest are extra that comes when you are in the financial freedom stage.. Semoga Allah mempermudahkan niat ini.. InsyaAllah... ku serahkan semua kembali kepada Allah kerana tiada satu pun milikku...

Keluarlah.. Usah Menyepikan Diri Lagi..

Bagaimana Hendak Memotivasikan Diri Apabila Diri Anda Tidak Bermotivasi?

Rindu rasanya untuk kembali menulis apabila beberapa hari meninggalkan blog ini atas sebab kesihatan yang kurang mengizinkan. Alhamdulillah.. syukur di atas kurniaan Allah. Sakit itu tanda kasihNya Dia kepada kita. Selalu juga saya ingatkan orang-orang tersayang untuk mengumpul amal sebanyak mungkin semasa sihat kerana apabila sakit, sukar kot untuk kita beramal? Sihat sebelum sakit. Salah satu dalam lima perkara sebelum lima perkara kan.. Bagi saya, fikiran susah hendak fokus bila sakit. Mood pun down. Dalam kepala asyik teringat sakit aje. Atau mungkin rasa hendak berehat saja kan.. 

Saya akui, apabila terlalu lama meninggalkan blog ini (beberapa hari), sukar sebenarnya untuk menyambung kembali penulisan. Walaupun sebenarnya banyak yang boleh dikongsikan bersama. Jadi hari ini, dalam memotivasikan diri saya untuk bangun dan kembali aktif, marilah kita sama-sama tengok bagaimana hendak memotivasikan diri yang sedang tidak bermotivasi :) Pendekatan yang terbaik ialah nak mula menulis blog ini semula. 

Untuk memotivasikan diri, sebenarnya kehendak itu hendaklah datang daripada diri kita sendiri. Kalau kita taknak, buatlah macam mana pun, memang TAK NAK jugak. Saya petik dari sebuah page "Motivate Your Mind"; "There's an old saying in England, 'If you want something done, ask a busy man.' Someone who is already busily in motion, finds it easier to tackle a new job than someone who is static and doing nothing. This means that once you do get yourself going, it will take less effort to keep yourself going than it will to get yourself going from a standing start. When you are motivated, you need to keep giving yourself little pushes, little reminders to keep it up, to keep on going."

Sebab tu saya rasa susah sangat hendak mula menulis apabila telah meninggalkannya walaupun untuk beberapa hari sahaja. Saya telah berada di dalam keadaan pegun dan untuk bergerak semula memang sukar. Ada suatu masa, saya buka laptop, tapi saya tak buat apa-apa. Otak saya blank. Hari ini, saya mula dengan menulis dulu, supaya otak saya mula berfikir kemudian saya tambah dengan maklumat-maklumat penting. Barulah saya dapat memulakan langkah untuk terus menulis. 

Di samping itu, apabila hendak memotivasikan diri, ingat kembali objektif atau sebab kenapa kita buat sesuatu itu. Apa yang kita hendak capai? Apabila semakin kuat keinginan kita untuk mencapai sesuatu itu, maka akan datang kekuatan dan tenaga dari dalam untuk menggerakkan kita untuk mencapai objektif tersebut. Sooner or later, usaha kita, aura yang kita keluarkan itu akan dapat dirasai oleh alam semesta ini. People will start noticing and responding to us, InsyaAllah. Tak cepat, lambat itu aje. Yang penting YAKIN.

Satu lagi cara untuk memotivasikan diri ialah gunakan percakapan dan imaginasi untuk menggambar / membayangkan kejayaan diri sendiri; affirmation. Antara contoh-contoh affirmation yang lemah dan kuat:

1. Saya seorang yang bermotivasi
2. I can see myself taking dynamic action, in a purposeful, powerful way.
3. Saya sangat komited untuk memastikan projek ini siap sepenuh
4. Wahhhhh, saya boleh lihat diri saya sangat menyukai projek ini, dan sedang menyiapkannya dengan penuh semangat dan akhirnya sedang bergembira ketika tamatnya projek ini.

Agak-agaknya affirmation manakah yang paling mudah dibayangkan di dalam fikiran kita? Saya rasa no. 4 kerana apa yang ditulis sangat jelas dan mudah untuk dibayangkan. Tak gitu? Apabila kita fikirkan kejayaan, maka kejayaanlah yang akan datang. Bukankah setiap apa sahaja yang kita lakukan; niat, percakapan, perbuatan akan menjadi doa kepada kita sendiri. Otak akan mentafsirkan dan membantu untuk mencapai apa sahaja yang kita fikirkan.

Ada banyak lagi perkara yang boleh memotivasikan diri kita, jaga pergaulan kita, makan minum kita. Yang paling penting, Allah sentiasa ada untuk mendengar luahan hati kita setiap masa. Berdoa dan merayulah kepada Allah kerana Dia Maha Pengabul permohonan doa. 



Hati saya dah rasa tenang :) Apa yang kita perlukan adalah spark untuk memulakannya. Apabila dah mula, InsyaAllah akan berterusan. 

Ohh sekarang dan hampir pertengahan bulan April (cepatnya masa berlalu). Bulan April ni adalah bulan bertuah OsteMatrix. Kalau nak membeli, jangan malu-malu untuk hubungi saya ya. :)

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park


Teruskan Bermimpi... Ia Akan Menjadi Kenyataan

Teruskan Bermimpi... Ia Akan Menjadi Kenyataan
Boleh ke Impian Tercapai?

Memang boleh sangat!!! Malah terbukti memang menjadi. Pernah tak terdetik di hati anda yang anda mahukan kereta.... hmmmm... contohnya kereta BMW 5 Series? Cuba lihat sekarang adakah anda sudah menjadi pemilik kereta tersebut? Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Tapi percayalah, jika anda terus bermimpi untuk memilikinya, InsyaAllah hajat anda itu akan tercapai..PERCAYA lah.

Kenapa tiba-tiba entry kali ni saya bercakap pasal impian dan teruskan bermimpi? Meh saya share pengalaman saya sendiri yang saya rasakan MAGIK kerana ia menjadi kenyataan. Sebelum saya teruskan ingin saya mohon maaf andai anda terasa entry kali ini berlebihan, mendabik dada, nak menunjuk-nunjuk dan sebagainya. Saya hanya mahu berkongsi secebis pengalaman saya dan saya percaya impian mesti tercapai apabila ada terdetik di hati dan fikiran. Mungkin cepat atau lambat aje. Itu bergantung kepada anda :)

Dalam hujung tahun 2012 sampailah ke awal 2013, saya tengah pulun menyiapkan tesis dissertation saya. Pada waktu itu, saya sangatlah bimbang jika tidak dapat menyiapkannya kerana saya mahu anak saya kembali tinggal dengan saya. Buat pengetahuan anda semua, daripada pertengahan 2011 (bulan puasa pada waktu itu) saya terpaksa menyerahkan anak saya yang baru berusia setahun lebih kepada jagaan ibu bapa saya di kampung. Suami saya tidak mahu anak kecil itu dijaga di Taska atau bawah jagaan pengasuh. Maka dengan hati yang sangat-sangat berat, kami hantar Nur Muhammad pulang ke kampung. Sebelum itu, Nur Muhammad dijaga oleh saudara terdekat kami di sini. Namun atas komitmen yang tak dapat dielakkan, maka dia tidak dapat menjaga anak kami.

Sepanjang ketiadaan Nur Muhammad bersama kami, hanya Allah sahaja yang tahu betapa rindunya kami kepada dia, hidup kami terasa kosong. Pada masa itu, saya juga telah menyambung pelajaran ke peringkat Master. Memang niat di hati nak habiskan cepat-cepat pengajian ini agar saya dapat menberi sepenuh tumpuan kepada Nur Muhammad. 

Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa, suami dan semua yang menyokong, perjalanan pengajian saya berjalan lancar. Sampailah ke semester akhir, saya betul-betul mahu pastikan yang saya akan tamat pengajian pada semester itu jugak. Saya tak mahu delay atau postpone lagi kerana saya nak anak saya kembali ke pangkuan kami. Di sini, saya akui, bukan mudah nak melalui ranjau berduri untuk menyiapkan tesis dissertation. Yang penting pada masa itu, saya istiqamah. Suka tak suka saya hadap report saya.. saya teruskan mencari maklumat yang diperlukan, malu tak malu saya pastikan saya selalu berjumpa dengan supervisor saya dan yang paling penting saya tidak berhenti berdoa dan berharap kepada Allah SWT. Setiap kali hujan lebat, saya akan masuk ke bilik meeting di ofis saya dan berdoa dan menitiskan air mata. Agar Allah permudahkan urusan saya untuk menyiapkan tesis ini. 

Dengan rayuan dan pengharapan yang sangat tinggi kepada Allah, maka akhirnya siap tesis saya itu dalam semester itu juga. Alhamdulillah saya sangat-sangat bersyukur. Malah hanya saya seorang yang 'graduate' daripada batch saya. Kini, apabila difikir-fikirkan balik, terasa mudah perjalanan tersebut walaupun pada hakikatnya sukarnya bagi saya, hanya Allah yang Maha Mengetahui. 

Apa yang saya cuba kongsikan di sini ialah, teruskan bermimpi dan berharap untuk memperoleh sesuatu. InsyaAllah impian itu akan tercapai. Tapi kalau diambil pengajaran daripada cerita saya yang tak seberapa itu, pastikan mimpi anda mempunyai deadline. Kalau takde deadline, impian itu akan tercapai juga, tapi mungkin lambat? Bila anda nak capainya. Pastikan anda ada push factor, macam saya, anak saya adalah push factor saya. Saya fikir, kalau saya tangguh pengajian, mungkin saya juga terpaksa menangguh mengambil semula anak saya tinggal bersama saya. Apabila kita terdesak, kuasa minda kita sebenarnya sangat kuat untuk membawa kita mencapai apa yang kita inginkan. Akhir sekali berdoalah dengan penuh pengharapan, keyakinan dan tawakal kepada Allah bahawa Allah akan memakbulkan doa kita.

Hidup ini memang tiada jalan mudah. Kalau mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih bukan? Jika hendak mencapai sesuatu dalam hidup ini, pastikan minda kita nak sangat-sangat untuk mencapainya. Apabila minda kuat, maka fizikal kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Allah tidak akan mensia-siakan usaha hambaNya. Maka berdoalah dengan penuh pengharapan, InsyaAllah impian dan mimpi kita akan tercapai :) Alhamdulillah.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park