Boleh ke Impian Tercapai?
Memang boleh sangat!!! Malah terbukti memang menjadi. Pernah tak terdetik di hati anda yang anda mahukan kereta.... hmmmm... contohnya kereta BMW 5 Series? Cuba lihat sekarang adakah anda sudah menjadi pemilik kereta tersebut? Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Tapi percayalah, jika anda terus bermimpi untuk memilikinya, InsyaAllah hajat anda itu akan tercapai..PERCAYA lah.
Kenapa tiba-tiba entry kali ni saya bercakap pasal impian dan teruskan bermimpi? Meh saya share pengalaman saya sendiri yang saya rasakan MAGIK kerana ia menjadi kenyataan. Sebelum saya teruskan ingin saya mohon maaf andai anda terasa entry kali ini berlebihan, mendabik dada, nak menunjuk-nunjuk dan sebagainya. Saya hanya mahu berkongsi secebis pengalaman saya dan saya percaya impian mesti tercapai apabila ada terdetik di hati dan fikiran. Mungkin cepat atau lambat aje. Itu bergantung kepada anda :)
Dalam hujung tahun 2012 sampailah ke awal 2013, saya tengah pulun menyiapkan tesis dissertation saya. Pada waktu itu, saya sangatlah bimbang jika tidak dapat menyiapkannya kerana saya mahu anak saya kembali tinggal dengan saya. Buat pengetahuan anda semua, daripada pertengahan 2011 (bulan puasa pada waktu itu) saya terpaksa menyerahkan anak saya yang baru berusia setahun lebih kepada jagaan ibu bapa saya di kampung. Suami saya tidak mahu anak kecil itu dijaga di Taska atau bawah jagaan pengasuh. Maka dengan hati yang sangat-sangat berat, kami hantar Nur Muhammad pulang ke kampung. Sebelum itu, Nur Muhammad dijaga oleh saudara terdekat kami di sini. Namun atas komitmen yang tak dapat dielakkan, maka dia tidak dapat menjaga anak kami.
Sepanjang ketiadaan Nur Muhammad bersama kami, hanya Allah sahaja yang tahu betapa rindunya kami kepada dia, hidup kami terasa kosong. Pada masa itu, saya juga telah menyambung pelajaran ke peringkat Master. Memang niat di hati nak habiskan cepat-cepat pengajian ini agar saya dapat menberi sepenuh tumpuan kepada Nur Muhammad.
Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa, suami dan semua yang menyokong, perjalanan pengajian saya berjalan lancar. Sampailah ke semester akhir, saya betul-betul mahu pastikan yang saya akan tamat pengajian pada semester itu jugak. Saya tak mahu delay atau postpone lagi kerana saya nak anak saya kembali ke pangkuan kami. Di sini, saya akui, bukan mudah nak melalui ranjau berduri untuk menyiapkan tesis dissertation. Yang penting pada masa itu, saya istiqamah. Suka tak suka saya hadap report saya.. saya teruskan mencari maklumat yang diperlukan, malu tak malu saya pastikan saya selalu berjumpa dengan supervisor saya dan yang paling penting saya tidak berhenti berdoa dan berharap kepada Allah SWT. Setiap kali hujan lebat, saya akan masuk ke bilik meeting di ofis saya dan berdoa dan menitiskan air mata. Agar Allah permudahkan urusan saya untuk menyiapkan tesis ini.
Dengan rayuan dan pengharapan yang sangat tinggi kepada Allah, maka akhirnya siap tesis saya itu dalam semester itu juga. Alhamdulillah saya sangat-sangat bersyukur. Malah hanya saya seorang yang 'graduate' daripada batch saya. Kini, apabila difikir-fikirkan balik, terasa mudah perjalanan tersebut walaupun pada hakikatnya sukarnya bagi saya, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Apa yang saya cuba kongsikan di sini ialah, teruskan bermimpi dan berharap untuk memperoleh sesuatu. InsyaAllah impian itu akan tercapai. Tapi kalau diambil pengajaran daripada cerita saya yang tak seberapa itu, pastikan mimpi anda mempunyai deadline. Kalau takde deadline, impian itu akan tercapai juga, tapi mungkin lambat? Bila anda nak capainya. Pastikan anda ada push factor, macam saya, anak saya adalah push factor saya. Saya fikir, kalau saya tangguh pengajian, mungkin saya juga terpaksa menangguh mengambil semula anak saya tinggal bersama saya. Apabila kita terdesak, kuasa minda kita sebenarnya sangat kuat untuk membawa kita mencapai apa yang kita inginkan. Akhir sekali berdoalah dengan penuh pengharapan, keyakinan dan tawakal kepada Allah bahawa Allah akan memakbulkan doa kita.
Hidup ini memang tiada jalan mudah. Kalau mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih bukan? Jika hendak mencapai sesuatu dalam hidup ini, pastikan minda kita nak sangat-sangat untuk mencapainya. Apabila minda kuat, maka fizikal kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Allah tidak akan mensia-siakan usaha hambaNya. Maka berdoalah dengan penuh pengharapan, InsyaAllah impian dan mimpi kita akan tercapai :) Alhamdulillah.
Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park
0 Komentar