Bagaimanakah Nak Makan Supplemen Semasa Berpuasa?
Salam bahagia pembaca sekalian. Alhamdulillah hari ni sudah masuklah 1 Rejab. Bermakna ada lagi dalam 58 hari lagi sebelum Ramadhan. Semoga kita semua dipertemukan Allah dengan Ramadhan.
Apabila masuknya bulan Rejab, maka ramai orang akan mula menggantikan puasa yang terdahulu dan mula berpuasa sunat dalam bulan-bulan yang berkat sebelum Ramadhan ini. Namun, apabila berpuasa, pengambilan air akan berkurangan dan kadangkala pengambilan supplemen juga akan terjejas. Kita semua tahu bahawa air sangat penting diambil secukupnya walaupun sedang berpuasa. Kita hendaklah memastikan sekurang-kurangnya 2 liter air diminum setiap hari walaupun di dalam bulan Ramadhan.
Cara Pengambilan Supplemen
Sahur itu satu kemestian ya. Rasulullah SAW bersabda “Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”, (HR al-Bukhari dan Muslim). Lebih baik jika dapat melewat-lewatkan sahur sehingga ke hujung waktu.
Jadi apabila bangun bersahur, sebelum makan, minumlah air kosong suam terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dua gelas. Kemudian makanlah seperti kebiasaan yang anda makan, macam makan nasi ke, terpulang kepada anda.
Saya syorkan kepada yang tidak makan berat-berat untuk sahur, bolehlah mengambil ESP yang dicampurkan bersama dengan milo atau susu sebagai sahur anda. Kandungan ESP yang terdiri daripada protein memberi rasa kenyang yang berpanjangan dan sangat baik untuk kesihatan badan. Kalau hendak lebih tenaga, ESP boleh digabungkan dengan Performance Drink Shaklee untuk menjadikan badan lebih segar. Makanan sunnah iaitu kurma jangan dilupakan kerana kandungan gula di dalamnya sangat mudah diserap oleh badan untuk tenaga.
Selepas sahur, anda boleh mengambil supplemen harian yang diambil. Kalau diwaktu sahur ini, elok diambil vitamin B Complex untuk memberi keceriaan dan tenaga sebagai permulaan hari. Semestinya lepas makan B Complex, hendaklah minum air dengan banyak ye. Sekurang-kurangnya lagi dua gelas hendaklah diminum sebelum tamatnya waktu sahur. B Complex adalah vitamin yang larut air, maka akan dikeluarkan apabila anda membuang air kecil nanti. Kalau saya dalam bulan puasa, memang dalam perjalanan ke pejabat, memang dah rasa nak buang air kecil sebab minum banyak semasa bersahur.. heee...
Apabila sampainya waktu berbuka, mulakan dengan makan kurma dan minum segelas air suam kosong terlebih dahulu. Kemudian pergilah solat Maghrib dulu sebelum makan berat-berat semasa berbuka untuk mengelakkan rasa malas hendak solat... ;)
Selepas berbuka, anda boleh makan supplemen yang sedia ada. Sebagai contoh makan Vita-Lea (multivitamin) untuk pengambilan nutrisi yang merangkumi semua. Amat penting untuk memastikan pengambilan air kosong yang cukup selepas berbuka dan sebelum berterawikh.
Selepas menunaikan solat terawikh, anda boleh mengambil OsteMatrix untuk memudahkan anda tidur dan bangun untuk sahur dengan segar. Selain itu, dengan pengambilan OsteMatrix, badan anda akan rasa tenang dan memberi kerehatan kepada otot-otot badan. Sebenarnya, apabila anda makan supplemen, secara tidak langsung sebenarnya anda memang akan minum air dengan banyak :) InsyaAllah, jangan bimbang akan kekurangan air. Yang penting, pastikan selepas pengambilan supplemen, anda minum sekurang-kurangnya 8oz air.
6 Sebab Air Penting kepada Tubuh Badan Manusia
1. Mengekalkan keseimbangan cecair di dalam tubuh badan
2. Air menolong mengawal kalori di dalam badan
3. Air memberi tenaga kepada otot-otot badan
4. Air mencantikkan kulit
5. Air bagus untuk kesihatan buah pinggang
6. Air memudahkan proses pembuangan air besar
Info Pantas
- 2 gelas air selepas bangun tidur akan dapat membantu membersihkan organ-organ dalaman.
- Minum segelas air 30 minit sebelum makan akan dapat membantu fungsi pencernaan dan ginjal.
- Minum segelas air sebelum mandi akan dapat menurunkan tekanan darah.
- Minum segelas air sebelum tidur akan dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan stroke.
Jika berminat untuk mengambil supplemen-supplemen Shaklee, jangan malau-malu untuk menghubungi atau meninggalkan pesan kepada saya. Akan saya hubungi anda semula.
Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park
Reference:
0 Komentar