Tips Persediaan Kehamilan

Nutrisi Utama yang Diperlukan untuk Hamil

Dalam membuat persediaan untuk hamil, beberapa perkara penting harus dititikberatkan terutamanya nutrisi yang diperlukan untuk memudahkan usaha mendapatkan anak. Bagi sesiapa yang sedang dalam proses untuk berkahwin dan merancang mendapatkan anak di awal perkahwinan, anda bolehlah mula mengambil asid folik (juga dikenali sebagai folat) sebagai persediaan. Sebaik-baiknya asid folik hendaklah diambil tiga (3) bulan sebelum hamil. 

Apakah Asid Folik?

Asid Folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Juga dikenali sebagai folat dan wujud secara semulajadi di dalam kumpulan kekacang, sayuran hijau, beberapa jenis buah, yis, dan ekstrak daging lembu. Sesetengah jenis roti dan bijiran sarapan ditambah unsur asid folik di dalamnya. 

Apakah Kepentingan Asid Folik?

Asid Folik membantu dalam pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang. Dalam persediaan dan proses kehamilan, asid folik membantu dalam melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan dalam saraf (kecacatan tiub neural bayi) seperti spina bifida.

Spina bifida bermaksud "sumbing tulang belakang". Berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarak di antara vertebra. Saraf tunjang dan saraf-saraf juga tidak berkembang dengan sempurna. 

Selain itu, pengambilan asid folik juga penting untuk:
  • Mencegah anemia dengan membantu dalam pembentukan sel darah merah yang sihat dan merangsang pengaliran darah dalam tubuh.
  • Mengurangkan komplikasi kehamilan seperti muntah-muntah, sakit kepala, keletihan dan sebagainya.
  • Membantu dalam perkembangan otak dan saraf bayi serta mengurangkan risiko sumbing lelangit (cleft palate).
  • Mengurangkan risiko keguguran, bayi pra-matang, dan still birth.

Dos Asid Folik
  • Wanita yang tidak hamil dan merancang hamil - 0.4 miligram setiap hari
  • Wanita hamil - 0.6 - 0.8 miligram setiap hari
Pengambilan asid folik hendaklah diteruskan sekurang-kurangnya sehingga 12 minggu pertama kehamilan dan elok diteruskan sehingga kelahiran bayi.

*Doktor akan menambah dos pengambilan asid folik jika wanita tersebut mempunyai anak yang mengalami kecacatan tiub neural. 


Supplemen Shaklee yang Mengandungi Asid Folik


B-Complex dan Vita-Lea (multivitamin) kedua-duanya mengandungi sebanyak 0.2 miligram Asid Folik. Untuk persediaan kehamilan, adalah sangat baik untuk mengambil kedua-dua supplemen ini untuk mengekalkan kandungan nutrisi yang mencukupi dan menyediakan sistem tubuh apabila kehamilan nanti.

Setiap supplemen yang dinyatakan mempunyai kebaikan yang tersendiri.

Kebaikan Vitamin B-Complex
  • Menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohirat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan atau kelesuan.
  • Melawan tekanan dengan melegakan kesihatan fungsi saraf. Hasilnya sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia dapat dikurangkan.
  • Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Mambantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang (dengan kehadiran Asid Folik).
  • Mengurangkan masalah rambut beruban dan gugur dan memperbaiki masalah kulit kepala seperti kelemumur.
  • Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan fokus.
  • Mencegah anemia dengan membantu dalam pembentukan sel darah merah yang sihat dan merangsang pengaliran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, dan mengurangkan rasa loya, muntah-muntah, mabuk laut atau darat.
  • Meredakan kesakitan senggugut, gejala PMS, masalah penghadaman terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
  • Mencegah perlcche iaitu rekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah dan nafas berbau.
  • Meredakan alahan.

Kebaikan Vita-Lea

  • Berfungsi sebagai pemberi tenaga segera, meningkatkan kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan meningkatkan fokus dalam pembelajaran mahupun pekerjaan seharian.
  • Bertindak sebagai pelengkap nutrisi bagi mereka yang sukar mendapatkan diet seimbang. Baik untuk mereka yang vegetarian dan mengalami anemia.
  • Penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan remaja.
  • Membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Membantu dalam pertumbuhan sel baru, pertumbuhan rambut, kuku, kulit serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
Sangat Menjimatkan!

Harga sebotol vitamin B-Complex (120 biji) adalah RM 53.75 dan Vita-Lea (120 biji) adalah RM 88.75. Dengan pengambilan sehari sebiji bagi setiap satu vitamin, anda hanya perlu membelanjakan RM 1.20 sehari bagi selama 120 hari atau 4 bulan dan InsyaAllah, kesihatan anda akan bertambah baik dan anda akan lebih kuat dalam menghadapi proses kehamilan anda. 

Berminat? Jangan malu-malu untuk menghubungi saya. Cukup dengan meninggalkan pesan, saya akan menghubungi anda semula.


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park

Reference: 






Previous
Next Post »
0 Komentar