Masalah Keputihan

Adakah Ia Normal Atau Disebabkan Penyakit?

Menjadi seorang wanita ini, terlalu banyak perkara yang harus dijaga. Salah satunya ialah isu keputihan yang dialami oleh wanita. Sesetengah wanita mengalami isu keputihan yang banyak dan menjejaskan aktiviti seharian wanita. Sesetengah wanita pula tidak mengalami sebarang masalah mengenai keputihan dan merupakan sesuatu yang normal bagi mereka. Mari kita lihat punca-punca terjadinya keputihan dalam kalangan wanita.

Apakah itu keputihan?

Proses perubahan hormon dan pembersihan sel mati yang dikeluarkan daripada dalam lubang keintiman wanita yang dikeluarkan dalam bentuk lendir atau cecair pekat yang berwarna jernih. 

Lendir yang dikeluarkan juga mempunyai tujuan tertentu seperti melindungi sel daripada kerosakan dan kekeringan. Pengeluaran lendir ini tidak bermakna wanita mengalami penyakit, namun harus dipantau jenis-jenis cecair yang dikeluarkan. Keputihan dipengaruhi oleh paras hormon estrogen dan progestron dalam darah wanita. Keputihan yang normal mengeluarkan lendir yang tidak berbau, jernih dan tidak menyebabkan kegatalan.




Punca-Punca Keputihan
  • Wanita hamil berisiko mengalami masalah keputihan kerana perubahan hormon dan mungkin menyebabkan jangkitan kulat kerana hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen. Selain itu, hormon estrogen juga akan menyebabkan kulat lebih senang melekat pada dinding faraj dan menyebabkan wanita hamil mengalami masalah keputihan.
  • Wanita yang mengalami berat badan berlebihan 
  • Wanita yang memakai alat pencegahan kehamilan seperti IUD 
  • Perubahan ke atas keadaan fisiologi seperti melakukan persetubuhan dan ketika nafsu syahwat sedang memuncak juga menghasilkan lendir yang yang dikeluarkan oleh kilang lendir yang terdapat di bibir faraj.
  • Gangguan emosi seperti marah, sedih, keletihan juga akan menyebabkan pengeluaran keputihan.
  • Sangat jarang berlaku dalam kalangan remaja namun boleh terjadi dengan pengambilan ubat tertentu atau perubahan hormon.

Keputihan Luar Biasa Yang Perlu Diawasi
  • Penghasilan lendir seperti keju, kekuningan, coklat bercampur darah berkemungkinan mengalami jangkitan kuman seperti kulat candidiasi, kuman tricomona, chlamydi, gardneralla, dan bacterial vaginosis.
  • Kesan keputihan ini berbeza mengikut bau, rasa gatal di kawasan sulit dan ketidakselesaan apabila bersama dengan suami.

Cara Mengatasi Ketidakselesaan Keputihan
  • Memakai pelapik seluar dalam untuk mengurangkan keradangan pada kulit dan ketidakselesaan.
  • Memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas dan tidak terlalu longgar.

Petua Mengatasi Masalah Keputihan

Cara Pertama
1. Secekak pucuk pegaga dan akarnya diambil dan dibersihkan
2. Rebus pucuk pegaga tadi bersama dua gelas air bersih
3. Tambah sedikit garam ke dalam air rebusan tersebut
4. Apabila telah mendidih, biarkan ia sejuk
5. Setelah sejuk, tapi air rebusan tersebut
6. Minum air tersebut sehingga keputihan dan kegatalan berkurangan atau sembuh



Cara Kedua
1. Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkannya
2. Sediakan 1 liter air suam
3. Ramas kesemua daun sireh tadi bersama air suam
4. Air tersebut kemudian ditapis
5. Air tapisan itu kemudiannya digunakan untuk mencuci bahagian sulit
6. Teruskan perkara ini sehingga dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami
7. Selain daripada dapat menghilangkan bau dan kegatalan pada kawasan sulit, cara ini dapat merapatkan kembali bahagian sulit wanita.




Supplemen Shaklee Yang Membantu

Alfalfa Complex (330 biji, RM53.75)  - Supplemen yang bersifat anti-kulat
Garlic Complex (60 biji, RM47.50) - Antibiotik semulajadi dan membunuh kulat
GLA Complex (60 biji, RM91.25) - Supplemen anti-kulat
B Complex (120 biji, RM 53.75) - Kekurangan vitamin B menyebabkan infeksi faraj
Sustained Release Vita-C (180 biji, RM92.50) - Penting dalam fungsi sistem imun



Namun tak semua supplemen ini perlu diambil pada masa yang sama. Anda boleh memilih berdasarkan situasi yang dihadapi oleh anda. Hubungi saya atau tinggalkan pesan dan saya akan hubungi anda semula dan memberi konsultasi untuk pengambilan supplemen yang sesuai.


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park

Reference:




Previous
Next Post »
0 Komentar