Wanita Adalah Tunggak Keluarga
Setuju tak dengan tajuk blog saya kali ini? Semestinya kan :) Tanpa seorang wanita, sang suami akan pening. Nak uruskan anak-anak, nak uruskan rumah tangga. Semua dirasakan tidak cukup tangan. Tapi bagi seorang wanita, kacang aje. Bak kata pepatah, tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia.
Lihat saja ibu-ibu terdahulu. Hampir semua dilakukan oleh ibu. Walaupun terlalu banyak dilakukan oleh mereka, namun mereka tetap sihat dan kuat. Kalau orang sekarang, kita cakap sebab ibu-ibu kita dulu, makanannya lebih berkhasiat berbanding sekarang yang mostly banyak sangat makan fast food dan junk food. Persekitaran pula lebih segar dan bersih. Betul juga kan? Tetapi apabila dibandingkan dengan the amount of workload yang dilakukan oleh wanita pada masa kini, sebenarnya tanggungjawab itu tetap sama. Oleh itu, walaubagaimana sekalipun, wanita memang kena sentiasa kuat dan sihat.
Tips untuk kekal sihat dan cantik:
1. Bersenam secara konsisten
Bersenam akan menghasilkan hormon endorfin yang membantu mengurangkan tekanan. Selain itu, bersenam akan melancarkan pengaliran darah dan oksigen di dalam tubuh dan menyumbang kepada kulit yang cantik dan berseri-seri. Berat badan yang ideal juga akan dapat dikekalkan.
2. Menjaga pemakanan yang seimbang
Memang tidak dapat dinafikan iklan-iklan makanan yang berada di pasaran sangat menguji keimanan sesiapa sahaja. Kalau boleh semua hendak dirasa. Tidak salah untuk merasa, tetapi pandai-pandailah mengawal kuantitinya. Amalkan meminum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter setiap hari dan memastikan nutrien serat termasuk dalam diet makanan harian.
3. Sayangi diri anda lebih daripada orang lain
Sebagai seorang isteri dan ibu, keperluan anak-anak dan suami akan didahulukan daripada diri sendiri. Sebenarnya tanggapan ini salah! Cuba bayangkan apabila seorang ibu itu sakit, mampukah dia menguruskan keperluan anak-anak dan suaminya? Oleh itu, seseorang wanita itu harus mementingkan keperluan peribadinya seperti mendapatkan rehat yang mencukupi, memperuntukkan sedikit masa untuk melakukan perkara-perkara yang disukainya seperti bersenam, meluangkan masa untuk hobi dan banyak lagi. Apabila wanita sihat dan bahagia, maka tekanan perasaan dapat dielakkan dan rumah tangga berada dalam keadaan aman damai.
4. Melakukan pemeriksaan kesihatan secara konsisten
Ramai orang mengabaikan pemeriksaan kesihatan yang seharusnya dilakukan sekurang-kurangnya setahun sekali. Namun jika terdapat sebarang penyakit kronik, maka pemeriksaan kesihatan harus dilakukan dengan lebih kerap. Wanita sangat perlu menjalankan ujian kesihatan secara konsisten disebabkan tubuh badannya telah mengalami pelbagai fasa kehidupan.
5. Mengambil supplemen sebagai makanan tambahan
Kehidupan wanita yang sentiasa sibuk menyebabkan pemakanan kurang terjaga dan tidak mendapat rehat yang secukupnya dan seterusnya mengganggu keseimbangan hormon di dalam badan wanita. Wanita mengalami pelbagai fasa dalam kehidupannya yang menyebabkan perubahan kepada sistem tubuh badannya. Fasa-fasa tersebut adalah:
- Akil baligh
- Pra-Kehamilan
- Kehamilan
- Pra-Menopos
- Menopos
- Selepas Menopos
Kadangkala perubahan-perubahan fasa ini menjadi tidak normal. Kebanyakan wanita hanya membiarkan sahaja hinggalah akhirnya menyumbang kepada penyakit yang sukar diubati.
Berikut adalah beberapa supplemen daripada Shaklee yang boleh membantu dalam kesihatan wanita secara menyeluruh.
i) GLA (Gamma-Linolenic Acid) Complex (60 biji, RM91.25)
- Kandungan herba borage melegakan kelesuan dan meringankan kebas urat saraf
- Prostaglandin yang dibentuk oleh GLA memperbaiki simptom PMS seperti sakit perut, mood swing, water retention dan sakit payudara
- Melambatkan menopos
- Memperbaiki inflamasi kulit dengan melambatkan proses penuaan dan mencantikkan kulit.
- Membetulkan kitaran haid yang tidak teratur
ii) OsteMatrix (120 biji, RM61.00)
- Perkembangan tulang wanita akan terhenti pada usia 35 tahun. Oleh itu, pengambilan kalsium yang mencukupi sangat penting bagi seorang wanita untuk mengelakkan Osteoperosis
- Pengambilan OsteMatrix juga membantu di saat kesakitan PMS dan mengurangkan kembung-kembung perut dan angin
- Memperbaiki kejang-kejang kaki dan kebas-kebas badan serta menggalakkan tidur yang selesa.
- Bangun pagi yang lebih segar dan cergas selepas mengambil OsteMatrix sebelum tidur
iii) OmegaGuard (90 biji, RM136.00)
- Kandungan Omega-3 di dalam OmegaGuard membantu mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS serta membuatkan kulit licin dan kemerah-merahan.
- Mencegah penyakit saluran darah dan strok kerana kandungan DHA dan EPA menentang thrombosis, melincirkan dan melancarkan saluran darah.
- Merendahkan tahap kolesterol, menghindarkan pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Menstabilkan emosi dengan mengelakkan kemurungan, tekanan, kebimbangan dengan kehadiran EPA dan DHA.
Pengambilan supplemen-supplemen ini sangat membantu dalam memberikan tenaga, ketenangan dan kekuatan kepada wanita untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seharian. Namun, setiap satu supplemen ini juga mempunyai fungsi-fungsi tersendiri yang sangat baik kepada kesihatan.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, jangan malu-malu untuk menghubungi saya. Akan saya kongsikan segala ilmu dan kebaikan supplemen semulajadi Shaklee ini.
Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park
Reference:
0 Komentar