Kanak-Kanak dan Demam Panas

Cara-Cara Menangani Demam Panas Kanak-Kanak yang Melebihi 38 Darjah Celcius

Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah pengalaman saya sendiri yang berhadapan dengan situasi anak mengalami demam panas yang mencecah 39 darjah celcius. Mungkin jika perkara ini terjadi di rumah, dengan pengetahuan kami yang cetek ini, mungkin suhu demam tersebut lambat berkurangan.

Ceritanya bermula apabila Nur Muhammad dimasukkan ke hospital kerana sakit kaki yang tidak diketahui puncanya. Mulanya kami ke Klinik Umra di Shah Alam untuk mendapatkan rawatan, namun doktor mendapati terdapat bengkak di paha Nur Muhammad dan segera mengeluarkan surat untuk merujuk ke hospital. Maka suami saya segera membawa berjumpa dengan pakar Ortopedik di sebuah hospital. Berdasarkan pemeriksaan awal, doktor mengatakan mungkin terdapat nanah di sendi Nur Muhammad. Setelah x-ray dan ultrasound dijalankan, didapati tiada sebarang kesan sakit atau tanda yang spesifik. Nur Muhammad diberi antibiotik melalui tiub IV. Sakitnya bukan kepalang apabila melihat Nur Muhammad menjerit-jerit kesakitan setiap kali antibiotik disalurkan melalui tiub IV itu. Tapi untuk memastikan Nur Muhammad sembuh, kami tahankan juga perasaan. Sampai satu tahap, tiub IV ditukar ke tangan yang lain untuk mengurangkan kesakitan.

Alhamdulillah, selepas sehari, keadaan Nur Muhammad bertambah baik dan kembali aktif. Namun kami tidak dibenarkan pulang kerana harus menghabiskan dos antibiotik tersebut. Dengan berat hati, kami teruskan lagi perubatan di hospital.

Hari ketiga, suhu badan Nur Muhammad melonjak dari 37 darjah celcius, meningkatkan ke 38 darjah celcius dan seterusnya ke 39 darjah celcius. Nur Muhammad langsung tidak aktif, terbaring dan tidur sahaja. Nurse menasihatkan kami memandikan Nur Muhammad untuk mengurangkan panas badannya. Namun selepas mandi, hanya sikit suhu yang turun. Nur Muhammad masih lagi demam. Malah tekanan darah juga menurun. Mungkin kerana kepenatan dan demam. Pada malam itu, suhu badan Nur Muhammad kekal dalam 39 darjah celcius dan turun sikit ke 38.5 darjah celcius setelah diberikan ubat. Nurse yang merawat juga kelihatan bimbang kerana suhu badan 39 ke atas memungkinkan kanak-kanak mendapat sawan. Kami diminta agar tidak henti-henti melekapkan kain basah ke badan Nur Muhammad. 

Beberapa jam kemudian, suhu badan Nur Muhammad naik ke 39 darjah celcius. Nurse menguatkan pendingin hawa di dalam bilik dan meminta supaya kami bertahan dengan kesejukan tersebut. Ini adalah untuk melawan kepanasan badan Nur Muhammad. Di samping itu, kami diminta meneruskan mengelap badan Nur Muhammad dengan tuala basah. Memang itu kami lakukan sehingga nurse datang semula untuk memberikan ubat demam untuk tempoh seterusnya. Badan Nur Muhammad dibasahkan di bilik mandi semasa kami membasuh poo poo nya. Alhamdulillah akhirnya suhu badan Nur Muhammad turun ke 36.6 darjah celcius. Kami kekalkan pendingin hawa dengan suhu yang rendah sehingga keesokan harinya (bimbang juga suhu pendingin hawa yang rendah mungkin membuatkan Nur Muhammad batuk. Alhamdulillah sepanjang tempoh itu, Nur Muhammad hanya demam). Syukur kami kepada Allah kerana suhu badan Nur Muhammad kekal normal. Nur Muhammad kembali aktif dan kami dibenarkan pulang keesokan harinya.

Gambar Nur Muhammad semasa mendapatkan rawatan untuk batuk yang kuat.


Di sini juga ingin saya kongsikan doa-doa yang saya temukan daripada seorang sahabat menerusi webnya http://www.feryco.com/ikhtiar-untuk-merawat-demam-panas#comment 4866 dalam usaha-usaha untuk menurunkan demam panas disusuli dengan doa-doa seperti di bawah. 

1. Baca Al-Fatihah
2. Selawat Syifa'



3. Ayat 21 hingga 24 surah al-Hasyr



4. Baca doa demam panas



Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan peluh yang mendidihkan darah dan kejahatan kepanasan neraka

Semua doa-doa ini dibaca dan dihembuskan ke segelas/sebotol air dan diberi minum. Boleh juga digunakan untuk mengelap badan pesakit. Sesungguhnya kita berikhtiar. Semoga Allah mempermudahkan usaha kita, InsyaAllah.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park



Untuk reference berkaitan demam dan kesannya, boleh rujuk:

Previous
Next Post »
0 Komentar