Showing posts with label Sakit tumit. Show all posts
Showing posts with label Sakit tumit. Show all posts

Apabila dah sakit lutut, sakit tumit, sakit pinggang dan sakit belakang...

Entry hari ni kak yone nak sentuh pasal sakit-sakit sendi ni. Sakit sendi ni banyak jenis. Asal tempat tu bersendi, risiko untuk terjadinya sakit sendi memang ada. Tapi yang paling biasa ialah sakit lutut, sakit tumit, sakit pinggang dan sakit belakang.



Banyak customer kak yone yang contact kak yone, kebanyakan yang sakit pinggang dan sakit tumit ialah yang kerjanya most of the time kena berdiri. Jadi memang memberi kesan kepada bahagian-bahagian yang terlibat iaitu tumit, lutut dan pinggang.

Semakin parah apabila kerja tu, kena pulak mengangkat barang-barang yang berat macam kotak-kotak. Memang memberi kesan kepada pinggang dan belakang 😰 Memang kalau awal-awal bekerja, kita takkan hiraukan sangat cara kita bekerja apabila kena angkat barang-barang berat tu. Tapi kena ingat sendiri, badan kita nak pakai lama. Jadi, ubahlah supaya cara kita bekerja tidak memudaratkan badan.

Bukan kata tak boleh nak angkat berat. Tapi angkat dengan posture badan yang betul. 


Tapi, banyak lagi faktor yang menjurus kepada sakit-sakit sendi ni. Kebanyakan yang dah berumur akan mengalami sakit lutut. Memang kadangkala, tak berdiri banyak pun sakit tumit, sakit pinggang. Orang kata kalau nak jadi, jadi jugak 😭

Kat sini, kak yone share beberapa tips nak mengurangkan sakit-sakit sendi. Bukan apa, kak yone sendiri dulu mengalami sakit tumit. Memang sengsara. Nak-nak kak yone kerja di tempat yang luas. Jadi, banyaklah berjalan. Bila nak berjalan, terhencut-hencut jadinya sebab tumit rasa tak boleh nak jejak tanah.

Tips nak mengurangkan sakit sendi:

💘 Banyakkan minum air kosong. Air memang penting untuk proses tubuh kita kan. So tolong pastikan air sentiasa cukup ye. 20kg berat badan, memerlukan 1 liter air. Jadi kiralah keperluan air anda 😊

💘 Konsisten bersenam. Bersenam memerlukan kita bergerak. Apabila bergerak, sendi-sendi juga bekerja. Cuba bayangkan begini ekk, kalau takal besi boleh berkarat sebab jarang guna, begitu jugalah sendi-sendi kita. Pergerakan membantu aliran darah bergerak lancar. 

💘 Jaga makan dan minum. Seiring dengan usia, kita akan kekurangan kalsium dan kolagen dalam badan. Dua zat ini mempengaruhi kesihatan sendi. Kolagen yang hilang akan menyebabkan sendi kita kekurangan cushion. Tu yang sakit apabila bergeser. Kalsium juga mempengaruhi kekuatan tulang dan gigi. Jadi peliharalah ia. Banyakkan makan makanan yang tinggi kalsium. 

💘 Kurangkan makan atau minuman yang kaya dengan caffeine. Dulu kak yone macam skeptikal. Sebab kak yone hantu coffee. Tapi sungguh, apabila kak yone berhenti minum coffee, sakit tumit kak yone beransur-ansur pulih.

💘 Jaga berat badan. Sensitif sungguh apabila dikaitkan dengan berat badan kannn 😅 Tapi apabila berat badan bertambah, dan kita pula nak terkejut-kejut berlari, memang kesannya bertabahlah menghadapi sakit kaki, lenguh kaki dan macam-macam lagi ketidakselesaan pada kaki dan sendi kita. 

💘 Kawal tekanan dan stress. Aura negatif yang berada di sekeliling kita, kalau tidak terkawal akan memberi kesan kepada kesihatan, terutamanya sendi dan perut. Macam tak logik, tapi ada benarnya tau. Cuba observe orang lain atau diri sendiri yang berada dalam keadaan stress, down, tertungging frust dan sebagainya. Apa yang akan sakit? Sakit badan kan? Sakit kepala, perut pun tak sedap. Tak payahlah nak cuba pula.

Kalau tengok balik semua tips kat atas kan, semuanya menjurus kepada kehidupan yang lebih sihat, serta mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Macam minum air yang mencukupi, banyakkan makan makanan berserat, kawal berat badan dan banyak lagi.

Satu lagi, kak yone support sangat usaha mengambil makanan tambahan untuk mencukupkan nutrisi kita. Badan kita yang terdiri daripada sel-sel memerlukan nutrisi untuk membantu memulihkan sel, menjadikan sel-sel lebih bertenaga dan kuat. Apabila sel-sel sihat, maka sihatlah seluruh badan kita.

Seiring dengan peningkatan usia, badan kita semakin kehilangan kalsium. Sebab tu terjadinya Osteoperosis. Jadi zat kalsium sangat penting. Bagi kak yone, kalau susah nak minum susu, then dapatkan Ostematrix terus yang zat-zatnya memang sangat sesuai untuk keperluan tulang kita.

Di samping itu, kak yone rekemenkan sangat pengambilan Vivix. Sebab sakit-sakit sendi ini is no joke. Memang sangat sakit. Vivix yang mengandungi Resveratrol sangat-sangat membantu dalam pemulihan sel-sel dalaman yang rosak dan mengalami radang.

Finally, minyak ikan Omega Guard yang sangat penting untuk mengurangkan keradangan sendi. Yang ni dulu kak yone memang konsisten sangat untuk mengurangkan sakit tumit kak yone.

Kepentingan minyak ikan untuk Rheumatoid Arthritis

Haaa inilah set yang kak yone betul-betul cadangkan bagi orang yang mengalami sakit-sakit sendi, macam sakit belakang, sakit pinggang, sakit lutut atau sakit tumit.


Boleh tengok testimoni-testimoni ni:







Nak dapatkan set kesihatan sendi ini, hubungi aje kak yone di 012-5538628. Setiap pembelian daripada kak yone, melayakkan semua customer kak yone untuk mendapat konsultasi pengambilan vitamin secara percuma. Kita usahakan juga sampai dapat kurangkan sakit-sakit sendi ini. InsyaAllah. Yang penting, kena konsisten dan banyak bersabar. Kak yone tahu sebab kak yone sendiri pernah melaluinya.

Kalau berdekatan dengan Shah Alam, Klang, PJ di area VSQ Tower, Amcorp Mall, Mid Valley, bolehlah kak yone COD kan. Yang jauh, jangan bimbang, Pos Laju ada 😊

Kalau nak order online pun boleh. Klik aje butang order di bawah. Penghantaran pun akan diuruskan sekali:

Nak jimat lagi, boleh join sebagai ahli. Lagi berbaloi-baloi tau. Haaa meh tanya kak yone 😍. Ingat no 012-5538628.

Semoga bermanfaat.

Ikhlas,
Kak yone mentor Shaklee
ID Shaklee: 1112978

Asbab minyak ikan sakit tumit ku pulih

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Hari ni sepanjang hari terasa hati ni banyak dijentik. Sebak hiba terasa. Banyak membaca kisah kematian hari ini. Kita pun tak tahu bila masa kita akan dijemput. 

Ada yang dah lama menderita sakit, lalu dijemput kembali. Ada yang segar bugar sihat, tiba-tiba dipanggil Ilahi... Allahuakhbar. Semestinya setiap satu mempunyai hikmah yang Allah sahaja yang mengetahui.

Apabila membicarakan bab sakit ni, teringat saat-saat aku sakit. Walaupun hanya sakit perut nak muntah pun, dah cukup sensara sakitnya. Masa tu memang aku fikir, andai sakit maut, bagaimana pula rasanya. Namun apabila sakit, kita diberi kebebasan untuk berikhtiar. 

Ada satu sakit yang macam melekat dengan aku untuk sekian lama dulu. Sakit tumit. Masa sakit tu, bukanlah aku duduk sahaja dan menahan je sakit tu. Memang berikhtiar macam-macam juga. Antara ikhtiarku:

1. Makan ubat yang diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
2. Jumpa doktor pakar
3. Berpantang daripada minum kopi dan teh
4. Makan supplemen



1. Sakitnya tumit sampai nak jejak lantai dan berjalan pun menahan sakit. Dulu aku kerja dekat Mid Valley. Tak boleh lari lah kalau tak panjang kaki kan. Bayangkan terpaksa cover sikit jalan tu supaya orang tak nampak aku jalan terhencot-hencot sebab tumit kananku sakit sangat. 

Terjumpalah ubat yang diberi nama S*&%$&@. Fuuhhhhh makan berapa biji ntah sekali makan, memang hilang sakit tumit tu. Masa tu Kementerian tak isytiharkan lagi ubat tu haram.

2. Aku jumpa doktor pakar sebab sakit tumit sampai jadi lenguh-lenguh sebelah kaki. Masa tu dah risau sangat. Takut ada kaitan dengan tulang belakang. Jumpa doktor, doktor cakap kalau serius mesti aku akan terasa lebih sakit. Jadi dia cadangkan aku pakai kasut yang menyokong tulang belakang dan berat aku. Semestinya bukan kasut tinggi stiletto ekk.

3. Haaa teringat lagi. Masa ni gi beraya dekat rumah sahabat sestudy segroup Master. Mak dia yang cakap. Perempuan ni agak sinonim juga dengan sakit tumit rupanya. Mak dia cakap, berpantanglah minum kafein macam kopi dan teh.... Amik kau.... Masa tu aku memang selalu minum kopi. Nak bagi tak mengantuk nak settlekan assignment la katakan.

Selepas pengalaman-pengalaman tersebut yang boleh dikatakan adventure la juga, aku mula bertanya kawan-kawan Shaklee aku. Apa yang bagus untuk sakit tumit ni? Kami berbincang berdasarkan feedback kawan-kawan ku yang consult customer diorang. Jadi diorang mencadangkan minyak ikan keluaran Shaklee ni yang tak lain dan tak bukan - Omega Guard.

Alhamdulillah, aku amalkan Omega Guard ini dengan konsisten untuk beberapa tempoh masa. Asbab mengambil minyak ikan ni, sakit tumit aku akhirnya hilang. Alhamdulillah Allah menyembuhkan. 

Sebab tu sampai sekarang, apabila adanya promosi Omega Guard beli 6 percuma 1, aku takkan lepaskan peluang memborong. Memang terasa mahal sekarang. Tapi kalau dah takde promosi, menggigit jari juga nak beli sebotol yang berharga RM136.00 tu. Dikala promosi, harga Omega Guard jatuh sehingga RM100.00.

Lagipun, Omega Guard ni meluas sangat kebaikannya. Cer tengok poster ni.



Nak dapatkan Omega Guard dan kebaikannya, ingat no 012-5538628 setiap masa. Aku dah rasa kebaikannya. Perkara baik jangan disimpan. InsyaAllah untuk pembaca-pembaca yang mencari-cari, berikhtiarlah dengan Omega Guard. 

Mak mertua yang dah lama menderita sakit lutut pun jatuh cinta dengan Omega Guard ni. Sebab memang terasa kesan positifnya. InsyaAllah, perlahan-lahan ku doa mok sembuh dari sakit lutut sepenuhnya.

Apa-apa, janganlah malu nak bertanya saya pasal Omega Guard ini ye. InsyaAllah lebih mudah bagi yang dah merasa untuk membantu yang mencari :)

Penghantaran boleh dibuat ke seluruh Malaysia. Nak COD ini kawasannya:
- Shah Alam
- Subang
- USJ
- PJ
- Mid Valley
- Klang (Bukit Tinggi, Sri Andalas)

Pakar sakit tumit anda:
Diana
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628.

Kenapa Sakit Tumit Kaki Terjadi?

Saya dapati ramai juga orang yang mengalami masalah sakit tumit kaki. Ahli keluarga saya, seperti mama, kakak ipar... semuanya mengalami sakit tumit. Namun kini dalam keadaan yang terkawal. Begitu juga dengan saya. Saya juga mengalami sakit tumit. Alhamdulillah, keadaan masih terkawal.



Apabila saya berjumpa dengan doktor di klinik sebelum ini, doktor hanya memberitahu untuk mengambil kalsium sebagai makanan tambahan. Katanya salah satu sebab sakit tumit adalah kerana kita banyak berjalan dan berdiri. Doktor pakar kedua yang saya jumpa pula, mengatakan saya tidak perlu bimbang dan suruh saya bersenam dengan konsisten.

Dua perkara yang saya dapat rumuskan daripada maklumat yang kurang jelas daripada doktor-doktor di atas ialah, saya semakin meningkat usia, oleh itu, tisu di tapak kaki saya semakin haus. Satu lagi, berat badan saya bertambah dan kesannya tumit saya sakit... Tu yang doktor pakar tu suruh saya bersenam kot.... Heeee... Hmmmmm....

Apa-apa pun kemungkinannya, eloklah kita mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan daripada sakit tumit ini daripada menjadi lebih teruk. Jom kita tengok dengan lebih detail, apakah sebenarnya masalah sakit tumit ini...

Salah satu sebab sakit tumit adalah pemakaian kasut yang tidak sesuai, terutamanya kepada wanita-wanita yang suka memakai kasut tumit tinggi. 



Saya akui perkara ini, kerana dulu saya memang memakai kasut tumit tinggi dan berjalan serta berdiri untuk jangka masa yang lama. Selepas itu, saya ubah pula kepada kasut yang tapaknya rata dan tapak lembut. Tapi tidak sesuai juga kerana kasut yang baik adalah kasut yang mempunyai tapak atau tumit yang sederhana serta lembut untuk menyokong tekanan di tumit.

Kenapa sebenarnya kita sakit tumit?
  • Sindrom sakit tumit atau nama saintifiknya ialah Plantar Fasciitis, merujuk kepada radang pada tisu plantar yang membentuk lengkok pada tapak kaki (radang di bahagian tisu tapak kaki atau tumit).
  • 70% pesakit yang mengalami Plantar Fasciitis juga mengalami Heel Spur iaitu merujuk kepada tulang yang berbentuk duri pada tumit di mana tisu plantar melekat (tekanan pada saraf di tapak kaki).
  • Apabila sakit tumit dirasai, sebenarnya seseorang itu sedang mengalami radang pada tisu atau kemerosotan degeneratif (proses penuaan di mana lapisan lemak dan tisu mula mengecut).
  • Berat badan yang bertambah secara mendadak dan melakukan aktiviti riadah memberi tekanan kepada tapak kaki.
  • Berlari atau berjogging yang memberi tekanan hentakan kepada tapak kaki disertai dengan pemakaian kasut yang tidak bersesuaian.
  • Sakit tumit selalunya akan lebih dirasai pada waktu pagi, selepas bangun tidur kerana tisu tapak menjadi ketat. Ketika berpijak dan berjalan, tisu tersebut akan meregang, dan sakitnya akan berkurangan.



Bagaimana untuk mengawal atau mengurangkan masalah sakit tumit?

1. Rehat
Kurangkan aktiviti fizikal yang memberi tekanan kepada tapak kaki seperti berdiri lama atau banyak berjalan.

2. Meletakkan ais di tapak kaki untuk mengurangkan sakit tumit.

3. Senaman regangan untuk melonggarkan tisu di sekeliling kaki dan tapak kaki.

4. Pelapik kasut yang sesuai untuk menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan kepada tisu plantar (tisu di tumit kaki).

5. Pemakaian kasut yang bersesuaian apabila bersukan.

6. Memakai sokongan kaki ketika tidur untuk mengelakkan tisu plantar menjadi ketat. Apabila tisu di tumit kaki longgar dan meregang, maka tapak kaki tidak akan sakit setelah berpijak apabila bangun daripada tidur.

7. Ambil ubat anti-radang untuk membantu mengurangkan sakit dan mengurangkan radang.

**Walaubagaimanapun, rawatan di atas bukanlah rawatan yang singkat. Jadi banyakkan bersabar. Pada saya, elok amalkan supplemen secara konsisten daripada bergantung kepada ubat tahan sakit yang tidak baik kepada badan dalam jangka masa yang lama.

Kini, saya amalkan Vivix untuk pembaharuan sel dan OsteMatrix sebagai memenuhi keperluan kalsium yang diperlukan oleh badan serta mengurangkan bengkak dan kesakitan. Alhamdulillah... sakit tumit kaki saya terkawal. Harga bagi OsteMatrix ialah RM61.00 dan Vivix ialah RM475.00.



Satu lagi, untuk mengawal radang, elok juga mengambil Omega Guard. Selain mengawal dan memperbaiki masalah radang, Omega Guard juga membantu dalam proses mengurangkan berat badan dan mencantikkan kulit. Harga sebotol Omega Guard ialah RM136.00.



Anda nak dapatkan maklumat lanjut? Atau hendak beli?Hubungi saya di 012-5538628. InsyaAllah, dengan membeli daripada saya, saya akan sentiasa memberi panduan dan nasihat tentang pemakanan supplemen Shaklee yang betul.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek


Reference: