Entry hari ni kak yone nak sentuh pasal sakit-sakit sendi ni. Sakit sendi ni banyak jenis. Asal tempat tu bersendi, risiko untuk terjadinya sakit sendi memang ada. Tapi yang paling biasa ialah sakit lutut, sakit tumit, sakit pinggang dan sakit belakang.
Banyak customer kak yone yang contact kak yone, kebanyakan yang sakit pinggang dan sakit tumit ialah yang kerjanya most of the time kena berdiri. Jadi memang memberi kesan kepada bahagian-bahagian yang terlibat iaitu tumit, lutut dan pinggang.
Semakin parah apabila kerja tu, kena pulak mengangkat barang-barang yang berat macam kotak-kotak. Memang memberi kesan kepada pinggang dan belakang 😰 Memang kalau awal-awal bekerja, kita takkan hiraukan sangat cara kita bekerja apabila kena angkat barang-barang berat tu. Tapi kena ingat sendiri, badan kita nak pakai lama. Jadi, ubahlah supaya cara kita bekerja tidak memudaratkan badan.
Bukan kata tak boleh nak angkat berat. Tapi angkat dengan posture badan yang betul.
Tapi, banyak lagi faktor yang menjurus kepada sakit-sakit sendi ni. Kebanyakan yang dah berumur akan mengalami sakit lutut. Memang kadangkala, tak berdiri banyak pun sakit tumit, sakit pinggang. Orang kata kalau nak jadi, jadi jugak 😭
Kat sini, kak yone share beberapa tips nak mengurangkan sakit-sakit sendi. Bukan apa, kak yone sendiri dulu mengalami sakit tumit. Memang sengsara. Nak-nak kak yone kerja di tempat yang luas. Jadi, banyaklah berjalan. Bila nak berjalan, terhencut-hencut jadinya sebab tumit rasa tak boleh nak jejak tanah.
Tips nak mengurangkan sakit sendi:
💘 Banyakkan minum air kosong. Air memang penting untuk proses tubuh kita kan. So tolong pastikan air sentiasa cukup ye. 20kg berat badan, memerlukan 1 liter air. Jadi kiralah keperluan air anda 😊
💘 Konsisten bersenam. Bersenam memerlukan kita bergerak. Apabila bergerak, sendi-sendi juga bekerja. Cuba bayangkan begini ekk, kalau takal besi boleh berkarat sebab jarang guna, begitu jugalah sendi-sendi kita. Pergerakan membantu aliran darah bergerak lancar.
💘 Jaga makan dan minum. Seiring dengan usia, kita akan kekurangan kalsium dan kolagen dalam badan. Dua zat ini mempengaruhi kesihatan sendi. Kolagen yang hilang akan menyebabkan sendi kita kekurangan cushion. Tu yang sakit apabila bergeser. Kalsium juga mempengaruhi kekuatan tulang dan gigi. Jadi peliharalah ia. Banyakkan makan makanan yang tinggi kalsium.
💘 Kurangkan makan atau minuman yang kaya dengan caffeine. Dulu kak yone macam skeptikal. Sebab kak yone hantu coffee. Tapi sungguh, apabila kak yone berhenti minum coffee, sakit tumit kak yone beransur-ansur pulih.
💘 Jaga berat badan. Sensitif sungguh apabila dikaitkan dengan berat badan kannn 😅 Tapi apabila berat badan bertambah, dan kita pula nak terkejut-kejut berlari, memang kesannya bertabahlah menghadapi sakit kaki, lenguh kaki dan macam-macam lagi ketidakselesaan pada kaki dan sendi kita.
💘 Kawal tekanan dan stress. Aura negatif yang berada di sekeliling kita, kalau tidak terkawal akan memberi kesan kepada kesihatan, terutamanya sendi dan perut. Macam tak logik, tapi ada benarnya tau. Cuba observe orang lain atau diri sendiri yang berada dalam keadaan stress, down, tertungging frust dan sebagainya. Apa yang akan sakit? Sakit badan kan? Sakit kepala, perut pun tak sedap. Tak payahlah nak cuba pula.
Kalau tengok balik semua tips kat atas kan, semuanya menjurus kepada kehidupan yang lebih sihat, serta mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Macam minum air yang mencukupi, banyakkan makan makanan berserat, kawal berat badan dan banyak lagi.
Satu lagi, kak yone support sangat usaha mengambil makanan tambahan untuk mencukupkan nutrisi kita. Badan kita yang terdiri daripada sel-sel memerlukan nutrisi untuk membantu memulihkan sel, menjadikan sel-sel lebih bertenaga dan kuat. Apabila sel-sel sihat, maka sihatlah seluruh badan kita.
Seiring dengan peningkatan usia, badan kita semakin kehilangan kalsium. Sebab tu terjadinya Osteoperosis. Jadi zat kalsium sangat penting. Bagi kak yone, kalau susah nak minum susu, then dapatkan Ostematrix terus yang zat-zatnya memang sangat sesuai untuk keperluan tulang kita.
Di samping itu, kak yone rekemenkan sangat pengambilan Vivix. Sebab sakit-sakit sendi ini is no joke. Memang sangat sakit. Vivix yang mengandungi Resveratrol sangat-sangat membantu dalam pemulihan sel-sel dalaman yang rosak dan mengalami radang.
Finally, minyak ikan Omega Guard yang sangat penting untuk mengurangkan keradangan sendi. Yang ni dulu kak yone memang konsisten sangat untuk mengurangkan sakit tumit kak yone.
Kepentingan minyak ikan untuk Rheumatoid Arthritis
Haaa inilah set yang kak yone betul-betul cadangkan bagi orang yang mengalami sakit-sakit sendi, macam sakit belakang, sakit pinggang, sakit lutut atau sakit tumit.
Boleh tengok testimoni-testimoni ni:
Nak dapatkan set kesihatan sendi ini, hubungi aje kak yone di 012-5538628. Setiap pembelian daripada kak yone, melayakkan semua customer kak yone untuk mendapat konsultasi pengambilan vitamin secara percuma. Kita usahakan juga sampai dapat kurangkan sakit-sakit sendi ini. InsyaAllah. Yang penting, kena konsisten dan banyak bersabar. Kak yone tahu sebab kak yone sendiri pernah melaluinya.
Kalau berdekatan dengan Shah Alam, Klang, PJ di area VSQ Tower, Amcorp Mall, Mid Valley, bolehlah kak yone COD kan. Yang jauh, jangan bimbang, Pos Laju ada 😊
Kalau nak order online pun boleh. Klik aje butang order di bawah. Penghantaran pun akan diuruskan sekali:
Nak jimat lagi, boleh join sebagai ahli. Lagi berbaloi-baloi tau. Haaa meh tanya kak yone 😍. Ingat no 012-5538628.
Semoga bermanfaat.
Ikhlas,
Kak yone mentor Shaklee
ID Shaklee: 1112978
FB page: Hearty . Love . Healthy
0 Komentar