Menenangkan jiwa dengan Surah Yassin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 😊 Hari ni kak yone nak sharekan tip mudah nak bantu untuk menenangkan jiwa yang resah dan gundah gulana 😍



Tak dapat dinafikan, hidup kita ni, setiap hari pun penuh dengan pelbagai cabaran. Ada masa-masanya kita rasa stress sampai macam dah nak jadi gila. Tak boleh tahan sangat. Haha banyak orang menghadapi situasi tertekan ini tapi ini memang kehidupan. Memang penuh cabaran.

Kak yone pun tak lari daripada menghadapi keadaan-keadaan yang penuh mencabar ini. Tapi satu kunci yang kak yone pegang ialah, bertenang dan gi baca surah Yassin.

Kebaikan membaca Surah Yassin:

💙 Jika ada permintaan, insyaAllah akan dikabulkan

💙 Membantu menenangkan jiwa yang resah. Sebenarnya apabila baca Al-Quran, insyaAllah jiwa kita akan lebih tenang.

💙 InsyaAllah semua urusan kita akan dipermudahkan sepanjang hari. Pendapat personal kak yone, memang betul. Cuba baca surah Yassin selepas Subuh. InsyaAllah sepanjang hari tersebut kita akan rasa tenang dan bahagia je. Orang-orang di sekeliling kita juga baik-baik je pada kita (especially yang ada bos 😁)

Banyak lagi manfaat membaca surah Yassin. Malah lebih baik jika kita dapat membaca al-Quran setiap hari. Indirectly apabila membaca al-Quran, kita sedang membeli masa dengan Allah. Sebab itu, kalau terasa masa macam terbuang dan tiada yang bermanfaat diperoleh pada hari itu, bacalah al-Quran. 

Nak lagi baik, pagi-pagi tu, bacalah al-Quran dahulu. InsyaAllah hari kita memang akan menjadi lebih berkat dan bermanfaat 😊

Sekian coretan kak yone 😘😘😘
Previous
Next Post »
0 Komentar