Nak Berjaya, Tulis Matlamat Hidup

Hari ni kak yone dapat berkenalan dengan seorang Dato' yang sangat down to earth tapi tengok rumahnya bagai istana 😍 Kalau tak tengok umahnya, memang tak sangka tau. Orangnya memang humble sangat.

Memang kami ke rumahnya dan beliau baru berpindah ke situ. Katanya, ini ialah dream house beliau. Alhamdulillah. Orangnya telah banyak menabur jasa kepada negara dan bekerja dengan banyak pemimpin negara kita. Ikhlas dan sangat amanah dalam melaksanakan tanggungjawabnya 😉

Katanya pernah suatu masa merajuk dengan Tun M disebabkan satu kesalahan kecil. Padahal yang lain semua ok dan sebenarnya beliau dah put so much effort dalam menyiapkan tugasan tersebut. Ntah macamana, sejak dari itu, dirinya bagai tersedar. Hidup ni biar bertujuan. Kalau tidak kita memang hilang arah tuju.

Aduh... Masa tu macam nak nangis kak yone dengar. Dalam hidup ni, kebanyakan daripada kita tak sedar yang hidup ni biar bertujuan. Selalu kita akan cakap, tujuan kita nak berjaya dalam hidup tapi tujuan nak berjaya dalam hidup itu terlalu luas. Ada orang jadi doktor tu consider dah berjaya. Kemudian apa jadi? Jadi doktor and follow the flow?

Kata beliau yang sangat sama dengan bisnes Shaklee yang kak yone usahakan ialah, kami sentiasa diingatkan untuk TULIS matlamat dalam hidup. Contoh:

Pada penghujung tahun 2018, kak yone  nak bawa diri, suami dan kedua-dua belah parents untuk menunaikan umrah tajaan Shaklee.

InsyaAllah, Allah akan kabulkan sebab indirectly our mind, body and heart akan mendorong kita berusaha ke arah itu.

Apabila menulis matlamat, biar jelas sejelasnya. Biar ada tarikh spesifik, di mana dan apa-apa sahaja lagi yang menggambarkan tujuan. Supaya kita tahu deadline kita and work for it.

Beliau memang mencapai semua matlamat beliau. Begitu juga leader-leader Shaklee yang lain memang telah mencapai apa yang mereka hajati. Tapi mereka tak berhenti di situ. Perkara yang baik, kita share sama-sama kan supaya orang lain juga berpeluang merasai dan menikmati kehidupan ini dengan lebih baik 😊

Kak yone teringat satu lagi kata Dato' tersebut. Ohhh ya, Dato' tu perempuan tau. Bukan lelaki 😊 Kata Dato', jaga silaturahim dan panjang-panjangkan silaturahim. 

Benda-benda yang ditekankan ini semuanya adalah asas apabila kita berniaga. Macam dalam Shaklee, kami berkumpul dan bersilaturahim dengan ramai orang daripada pelbagai latar belakang. Tapi semuanya saling hormat menghormati, tolong menolong dan sayang menyayangi 😊

Kak yone sangat-sangat menggalakkan sesiapa yang mencari-cari untuk memperbaiki diri fizikal dan rohani, jom ikut kak yone kita jalan sama-sama perbaiki diri. Dalam Shaklee bukan aje nak suruh rebut wang ringgit tapi dalam Shaklee yang kak yone join ini, kami diminta untuk meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada Allah Ta'ala.

Satu lagi, pesan dato' tersebut dan memang sangat penting pun peringatan ini dalam kehidupan kita, mintalah segala-galanya dengan Allah dan tiada selainNya. Dia yang Maha Memberi dan Maha Pemurah. InsyaAllah Allah akan makbulkan.



Ajaran Islam memang sangat lengkap. Kita nak buat atau tidak aje. Apabila kita mengejar akhirat, InsyaAllah dunia akan mengejar kita. Dengan itu, semua kebaikan akan datang kepada kita. Segala-galanya minta daripada Allah. InsyaAllah, jika bukan sekarang, suatu masa nanti pasti terkabul.

Sekian coretan kak yone. 
012-5538628
Previous
Next Post »
0 Komentar