Showing posts with label selsema. Show all posts
Showing posts with label selsema. Show all posts

Batuk, Selsema, Demam, Sakit Tekak Dan Cirit

Ya Allah rindu sangat kak yone nak menulis. Minta maaf pembaca sekalian. Anak kecik kak yone sorang ni tak sihat. Dari selsema batuk, demam pula. Lepas tu drooling (air liur berjejeran). Bawa gi klinik check, rupanya tekak merah dengan white spot (bintik-bintik putih). 


Patutlah air liur anak kak yone tak telan langsung sebab telan je mesti dia nangis. Baju lencun dengan air liur. Kalau air liur nak telan pun sakit, ini kan pula nak minum susu atau makan 😢

Doktor prescribe antibiotic. Kalau yang budak-budak punya mesti kena bancuh dengan air ekk. Sebab tekak adik dah merah sangat tu yang doktor bagi antibiotik. Sian dia nak telan pun tak boleh. Silap-silap kena warded sebab dehydration. 

Anak kak yone yang kecik ni susah sikit nak makan ubat tapi kalau vitamin laju je 😂 Kak yone upkan dose Omega Guard sebab bagus untuk inflammasi kat tekak tu. Vitamin C pun kak yone bagi dua biji. Tapi bukanlah pada masa yang sama. Ada senggang masa.

Tapi nak bagi antibiotik, memang macam berperang je nak suapkan antibiotik tu. Nak bagi dia telan, fuhhhh kudrat mak tak kuat nak 😅

Masa malam pertama makan antibiotik tu, masa nak tidur muntah habis. Takpe nak, biar keluar sekali kahakmu itu. Biar tidur mu selesa.

Keesokan harinya, kak yone mula mendengar anak kak yone cirit. Korang tahukan kalau terkicit yang keluar dengan kentut... Bunyi puweeetttt tu. Haaaa memang kerap juga dia tercirit tapi kak yone tak bimbang sangat sebab still terkawal. Lagipun anak kak yone dah mula makan dan aktif. Macam dah tak sakit tekak. Takde lagi air liur berjejeran.

Hari ketiga, kak yone perasan lagi banyak terciritnya. Boleh kata lepas minum susu atau makan akan tercirit. Kak yone dah mula bimbang. Takut dehydration. Sebab susu pun kurang. Tapi... Ada tapinya, makan nasi ok dan masih lagi aktif. 

Kak yone mula syak mungkin si adik tak sesuai makan antibiotik ni. Dulu memang pernah prescribe tapi kak yone lupa ada kesan negatif ke tak sebab Alhamdulillah adik sihat-sihat je untuk jangka masa yang lama. So kak yone stopkan antibiotik. Taknak dah adik tercirit-cirit 😢 Kesian kat adik. Takut nanti dehydrated. 

Apa pun, kak yone bawa balik ke klinik untuk dapatkan nasihat doktor. Doktor pun advise stopkan antibiotik. Tapi doktor bagi bancuhan yang serbuk untuk solidkan balik najis adik. Alaaaa kalau kita kena dehydration tu, kan ada serbuk dalam paket untuk dibancuh dan minum. Lebih kurang gitula fungsinya.

Tapi doktor check tekak adik still sama. Merah dan white spot tu masih ada. Cuma kak yone pelik. Adik macam tak sakit dah. Cuma dalam tempoh ni, kak yone suap kecik-kecik je kat adik untuk mudahkan adik telan. So far so good. Ikhtiar kak yone, bagi Omega Guard supaya inflammation tu semakin berkurangan.

Apa pun, adik still dalam recovery. Doakan ye adik sihat-sihat selalu. Biasalah waktu anak-anak kecil ni, jadi ibu ayah kena banyak sangat bersabar. Macam-macam karenahnya. Bab tercirit ni, ada lepas mandi, tak sempat pakai pampers, adik tercirit atas lantai. Walaupun sebelum tu kak yone baru sudah basuh dan mandikan adik 🙂 Senyum aje la kita.

Pada ibu ayah luar sana, sekarang tengah banyak kes Rotavirus. Vaksin Rotavirus ni optional. Jadi mungkin ramai yang tak ambil vaksin ni. Kalau anak-anak terlalu kerap muntah-muntah dan cirit-birit, cepat-cepat dapatkan rawatan sebab sangat bahaya pada kanak-kanak. 

Semoga anak-anak kita semua terpelihara dan dilindungi Allah selalu. 

Sekian nukilan kak yone jual vitamin Shaklee, nak beli vitamin, roger je ye 😊
012-5538628.

Postage ke seluruh Malaysia
COD: Shah Alam, Klang, PJ area Amcorp Mall, Menara PKNS, Menara VSQ, Mid Valley, Subang Jaya, USJ

Kenapa Saya Sakit Muka Dan Kepala

Maaflah sahabat-sahabat kak yone semua. Kak yone macam tak aktif dua tiga hari ni sebab diuji dengan kesakitan.

Selsema yang membawa kepada batuk dan mild fever. Tapi sakitnya.... Walaupun hanya selsema kan. Lagi-lagi kita yang dah tua ni, sepatutnya macam kacang je. Tapi bagi kak yone, teruk juga. Mungkin ada sinus. Sakit muka, sakit gusi, sakit kepala seluruhnya. Memang sangat tak selesa.



Alhamdulillah dah beransur baik 😉 Ni kak yone nak share my natural remedy sebab panadol takdak kat rumah. Ntah ke mana-mana kak yone letak sejak berpindah haritu. 

Kak yone amik megadose untuk:

Vitamin B Complex sebab vitamin ni bagus untuk menenangkan urat saraf kita. Membantu mengurangkan stress dan memberi tenaga.

Ostematrix iaitu tablet kalsium Shaklee ni, membantu mengurangkan ketegangan otot. Faham-faham aje la kalau terkena flu, kita akan sakit-sakit badan. Jadi tablet kalsium Ostematrix bantu merehatkan otot-otot.

Kombinasi vitamin B Complex dan Ostematrix ni bagus sangat dalam membantu mengurangkan ketidakselesaan kepala kak yone. Sedikit sebanyak membantu mengurangkan sakit kepala.

Nutriferon yang dalam sachet tu penting sangat untuk boost sistem pertahanan badan kita.





Vitamin C dan minyak ikan Omega Guard (takde dalam gambar) lagilah kak yone tak tinggal sebab penting untuk membantu melawan virus dan bakteria serta mengurangkan masalah kahak.

Satu lagi tips yang kak yone rasa penting sangat bila diserang selsema ni, tolong jangan sayang kahak dan hingus anda. Selagi boleh buang, buanglah sekerap mungkin. 

Awal-awal tu, kak yone rasa sangat tak sihat sebab sakit tekak juga. Nak telan pun susah. Tapi kak yone kerap gi toilet hembus hingus. Ajaibnya, kejap sangat sakit tekak tu hilang. 

Sekian celoteh kak yone hari ni. Nak dapatkan vitamin-vitamin boleh hubungi kak yone ya 😉

Kak yone mentor and agen Shaklee anda: