Ingatkan Chicken Pox, rupanya....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Terasa masa bergerak sangat laju. Kali ni nak share kisah yang terjadi sebulan dua lepas kat anak saya. Adalah satu masa tu, anak saya selang seminggu asyik demam je. Seminggu demam, seminggu baik, kemudian demam balik. Berlarutan dekat sebulan lebih juga rasanya.

Ibu ayah mana yang tak risau kan? Napelah asyik demam je. Kami pun agak-agak je, budak demam, sebab nak jalan kot... Macam kata orang tua-tua....

Sampailah satu masa tu, tiba-tiba badan si kecik tu naik ruam penuh satu badan. Muka aje takde. Memang terkezut sangat! En. Asben la yang khabarkan. Masa tu dah berlari bawa ke hospital. Takut terkena chicken pox ke... Dahla tak amik lagi Vaccine 12 bulan masa tu, sebab asyik demam je.




Kat hospital, apabila doktor tengok, doktor kata mungkin disebabkan jangkitan viral. Takut jangkitan denggi juga. Jadi, kena buat pemeriksaan darah. Menangislah budak kecik tu kena cucuk jari masa darah diambil.

Alhamdulillah, result darah clear! Bukan denggi hanya viral fever. Doktor hanya bagi ubat demam dan Calamine lotion untuk mengurangkan rasa-rasa gatal.

Alhamdulillah, si kecik pun takdela nampak menggaruk gatal ke. Cuma ruam tu aje naik. Dalam masa 3 hari, takde dah ruam tersebut. Yang bestnya muka tak naik langsung ruam. Hensem je la... Heeee...

Cukup seminggu si kecik sihat tanpa demam.... Tiba-tiba datang balik demam dia.... Naik balik ruam-ruam di badan. Mak memang risau. Dahla tak inject lagi 12 bulan. Fuhhhh. Kali ni ruam memang lebih meriah.


Macam biasa, kena check darah. Tapi still clear. Alhamdulillah dan minta dijauhkan daripada kita semua, bukan denggi ataupun Chicken Pox. Hanya jangkitan virus aje. Kali ni doktor bagi antibiotik sebab ada batuk-batuk juga. Lepas balik rumah tu, menjelang petang, makin banyak pula ruam-ruam yang naik di seluruh badan dan muka. Memang risau sangat.



Keesokannya bawa lagi ke klinik, doktor suruh stop antibiotik. Mungkin alergik pada antibiotik tersebut. Hanya teruskan ubat demam aje. Alhamdulillah 3 hari selepas tu dah hilang ruam dan takde demam dah. Tarik nafas panjang mak :)

Dulu masa anak sulong, tak pernah encounter anak sakit-sakit sampai naik ruam satu badan gini. Memang rasa zaman sekarang punya jangkitan virus dan bakteria sangat lain macam. Korang tahu tak, kalau dulu-dulu, demam mungkin sampai 3 hari dah ok. Tapi si kecik ni, pernah demam melebihi 3 hari. Dah masuk 4 atau 5 hari dah. Doktor cakap sekarang demam melebihi 3 hari tu perkara biasa.

Satu lagi, korang tau tak, virus dan bakteria ni makin lama dia boleh generate resistance atau rintangan terhadap ubat. Jadi bila kita makan ubat tu, dah tak de kesan sangat kat virus atau bakteria tu. Tu yang menyebabkan apabila sakit, masa pemulihan semakin panjang :'(

Sebab tu, bagi saya, penting sangat kita jaga pemakanan dan ubah gaya hidup ke arah gaya hidup yang lebih sihat. Tujuannya ialah nak membantu memperkuatkan sistem pertahanan badan. Nak mengelakkan daripada diserang pelbagai penyakit. Kalau dah tahap nak kena makan ubat, itu dah terlambat.

Ibu-ibu yang menyusu, apabila anak mula demam, batuk-batuk dan selsema, berusahalah untuk meningkatkan sistem imun anda dengan mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan. Simple rules, khasiat pemakanan anda memberi manfaat ke atas bayi yang disusukan juga :) Nak senang, amalkan supplemen-supplemen berikut:

1. Nutriferon - membantu mempertingkatkan lagi dalaman badan dalam melawan penyakit.

2. Sustained Release Vita-C Plus - membantu meningkatkan sistem imun dan merupakan vitamin yang tinggi antioksidan.

3. Carotomax - kaya dengan antioksidan membantu menghapuskan radikal-radikal bebas.

4. Garlic Complex - Garlic kaya dengan antibiotik semulajadi. Oleh itu, pengambilannya membantu dalam mempertingkatkan antibodi badan secara semulajadi.

Keadaan persekitaran dan pemakanan sekarang sudah jauh berbeza dari dulu. Dr. Forrest C. Shaklee cakap kebanyakan masalah kesihatan disebabkan kekurangan nutrisi. Nak dapatkan nutrisi berkualiti daripada pemakanan memang susah. Sebab itu kita semua sangat-sangat memerlukan supplemen untuk nutrisi yang lebih berkualiti. Tapi make sure amalkan supplemen daripada Shaklee yang semestinya semulajadi dan berkesan 😀

Nak dapatkan supplemen-supplemen ini sangat mudah. Hubungi aje saya di 012-5538628.

Yang berhampiran, saya boleh COD ke:
- Shah Alam
- USJ
- Subang Jaya
- PJ - Amcorp Mall, VSQ
- Klang - Bukit Tinggi

Yang jauh, jangan bimbang. Di Lembah Klang, COD boleh dibuat semasa hujung minggu atau pun kita pos aje :)

Terima kasih.

Diana
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628.






Tips pemakanan yang membantu mengurangkan kepenatan dan stress

Biasa tak berada dalam situasi begini:

Bangun pagi dengan mengantuk yang masih tak hilang-hilang, badan terasa berat. On the way nak pergi ke pejabat, trafik sesak lain macam. Sampai pejabat dah lewat. Kena marah dengan bos, client. Macam-macam lagi jadi di pejabat. Rasa macam.... What a day!

Jangan risau, diakui, tiada siapa pun yang tak pernah rasa penat nak hadap kehidupan ini. Cumanya cara penerimaan kita serta keadaan dalaman kita akan membantu untuk kita lebih tabah, lebih bersemangat nak menghadapi setiap hari yang mendatang

Sebab tu banyak orang cakap, jagalah makan minum kita setiap hari kerana makan minum itu yang menjadi sumber makanan kepada sel-sel dalam badan yang seterusnya akan membantu anda mengawal hari anda  Kalau kurang nutrisi, badan jadi lemah tak bermaya!

Oleh itu, apabila dah rasa tak larat sangat, stress tahap gaban (bahaya sangat apabila stress, boleh menjurus kepada pelbagai penyakit dan masalah lain), makanlah vitamin-vitamin ini:

1. Vitamin B Complex
Kekurangan vitamin B membuatkan kita rasa tak sedap hati, nervous, risau, gelisah dan menyebabkan badan bertambah stress. Mood ceria dan gembira pun akan hilang. Oleh itu, pengambilan vitamin B Complex akan membantu menenangkan sistem saraf dan mengawal hormon yang berkait dengan mood kita.

2. Vitamin C (Sustained Release Vita-C Plus)
Apabila badan berada dalam keadaan tertekan, vitamin C akan musnah dalam badan kita. Ini menyebabkan kita terdedah kepada serangan penyakit. Dengan adanya vitamin C yang mencukupi dalam badan, pengaktifan serangan virus dan bakteria akan dapat dibendung. Jadi anda akan lebih sihat

3. Kalsium (Ostematrix)
Kalsium yang rendah dalam badan akan menyebabkan retensi garam (pengumpulan garam) yang seterusnya menyebabkan tekanan darah tinggi. Mood akan menjadi kacau bilau (macam orang tengah period).Kalsium yang mencukupi akan membantu anda rasa releks, mengurangkan kekejangan otot dan tidur yang lebih lena.

Dalam Ostematrix ni ada juga Magnesium yang membantu mengurangkan rasa penat dan mengelakkan penyakit tekanan darah tinggi.

4. Omega 3 daripada minyak ikan (Omega Guard)
Omega 3 DHA dan EPA memainkan peranan yang sangat besar dalam fungsi minda dan emosi. Oleh itu, untuk rasa lebih terkawal, lebih bersabar, lebih tenang, pastikan badan kita mendapat Omega 3 ini dengan mencukupi.

5. Cinch Tea
Cinch tea daripada Shaklee ini adalah teh yang membantu boostkan atau meningkatkan tenaga. Sekali minum, memang terasa tenaga UP dan lebih bersemangat. Ini disebabkan kandungannya mampu membuatkan kita lebih tenang sehingga mencapai zon alpha


Selain itu, sentiasalah mendekatkan diri dengan Sang Pencipta. Banyakkan berdoa mengadu kepadaNya kerana tiada guna mengadu kepada manusia. Manusia tak boleh buat apa pun. Allah sahaja yang berkuasa menentukan segala-galanya. 

Kalau anda seorang wanita yang terasa penat plus ada anak-anak kecil, anda perlukan formula 4K ini - Baca di SINI.

Nombor untuk dihubungi jika anda inginkan supplemen-supplemen ini ialah 012-5538628. InsyaAllah, tak rugi anda mencuba. Lagipun kita meningkatkan nutrisi badan kita agar kita lebih sihat dan bertenaga.

Terima kasih
Diana
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628

Cara-cara Buang Cacing Daripada Badan

Tiba-tiba pagi ni terimbas kembali ke beberapa bulan lepas masa tengah menjalani program detox. Program detox yang saya jalani tu, di bawah anjuran Shaklee dan pada masa yang sama, saya buat sekali detox parasit. 

Detox parasit ni, nak membuang segala parasit - cacing-cacing yang bermaharajalela dalam badan kita. Jangan terkejut, dalam badan kita memang ada cacing-cacing yang mungkin masuk melalui pemakanan atau persekitaran. 

Tak percaya, cuba check - Anda selalu craving nak makan benda-benda manis tak? Anda rasa badan lemah, malas, letih, asyik nak tidur? Haaa ni adalah antara tanda-tanda badan kita banyak parasit dan toksin. 

Apabila kita mendetoxkan badan, badan kita akan terasa lebih ringan, toksin dan kotoran dalam usus akan dibersihkan, berat badan pun berkurangan, kulit pun lebih elok dan bersih. Haaaa kalau tak percaya, cuba detox :)

Ok, sambung balik cerita saya tadi :D Saya ingat lagi, hari tu hari Sabtu. Hari ke-5 saya berdetox. Memang berjanji dengan sahabat sejati saya Ainul Malik untuk berjumpa. Kami nak berkarada, Yela dah detox mestilah nak check apa pencapaian kita. Berat badan turun tak, body age turun tak, visceral fat iaitu lemak-lemak yang menyelaputi organ berkurangan tak.


Pertemuan di HQ singkat aje sebab dalam program detox, kami kena ikut meal plan yang dicadangkan. Tak boleh nak gather-gather makan-makan. Makan semua eat clean dan prepare di rumah aje. Tapi berpantang kejap je sementara kita membersihkan badan kita (7 hari) :D Saya dengan berpeluh-peluhnya - Apabila berdetox memang badan kita berpeluh-peluh dengan hebat sekali. Plus asyik berulang-alik ke tandas... Heeeee.... Nampaklah semua macam sedang berpuasa. Hahaha...

Ni tengah berkarada

Jadi apabila berkarada, niat utama nak kempiskan perut, mahu buang baby fat yang masih degil selepas bersalin sebelum ni :D nak mengurangkan berat pun tercapai. Tak banyak pun saya bajet. Dalam 5kg :D Tapi dalam 5 hari berdetox, 3kg dah hilang. Yeayyyyy. Body age pun dah turun, Takdela jauh beza dari usia sebenar :D Lelemak degil yang menyelaputi organ pun berkurangan... 

Haaaa... best sangat. Yang best lagi, apabila gi ofis minggu tu, kawan ofis pun tegur, flawless kulit muka I.. Yang sorang lagi tegur, kurusnya Diana.... :p Hahahaha... Syok tak? Syokkkk.

Nak berdetox? Hubungi saya di 012-5538628. Akan saya kongsikan cara-caranya serta meal plan yang perlu diamalkan dalam masa program detox berjalan :)

#TsunamiShaklee
#9Gemilang
#LiveAmazing

Diana
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628

Kehidupan dan stress tidak dapat dipisahkan

Hidup ni penuh dengan stress aje kalau kita tak menguruskan hati dan perasaan kita dengan baik. Orang cakap kalau ikutkan hati, mati, ikutkan rasa, binasa. Tu yang ramai jatuh dalam tahap tekanan atau stress yang teruk.

Gambar ihsan Google

Pada pendapat saya, cara seseorang itu menguruskan stress berbeza-beza mengikut umur. Semakin meningkat umur, semakin matang cara penerimaan seseorang itu terhadap stress. Betul tak? 

Kalau yang muda remaja, pastinya akan mudah melenting jika perkara yang dirancang tidak menjadi. Tapi bagi yang dah berumur dan matang, pasti kesabaran lebih tinggi dan we'll go to the next backup plan :)

Tapi kehidupan sekarang ni bermacam-macam sangat. Bulan ni aje, masyarakat terpaksa bersabar dengan kenaikan harga minyak. Minyak masak dan minyak kenderaan. Kedua-duanya memang sama penting. Sampaikan ada yang sanggup menamatkan nyawa sendiri dengan terjun daripada jambatan Pulan Pinang bulan lepas kerana terlalu tertekan dengan kehdupan ini. Memang menyedihkan. 

Saya akui, kalau difikir-fikirkan dengan masalah kenaikan barang-barang ini, hidup memang tertekan. Stress! Bagi wanita yang bergelar ibu, anda perlukan 4K untuk bantu anda menjadi lebih tenang. Baca apa itu 4K di SINI.

Memang manusia takkan terlepas daripada diuji. Ambil sahaja dugaan yang datang ini sebagai tanda Allah merindui kita untuk bermunajat kepadanya. Memohon dan merayu supaya hati ini lebih tabah dalam menghadapi kehidupan di dunia yang sementara.

Kalau rasa terlalu tertekan dan stress, amalkan baca Surah Al-Insyirah. Fahami maksudnya. InsyaAllah hati akan berasa lebih tenang.


Sampai dua kali ditekankan bahawa setiap kesukaran disertai dengan kemudahan (Ayat 5 dan Ayat 6). Allahuakhbar. Jangan bersedih ye. Saya tahu, kadangkala rasa segala ujian ini terlalu sukar untuk dihadapi. Tetapi percayalah, akan ada kemudahan di akhirnya. Manis sangat rasanya.

Sebab itu, dalam keadaan ekonomi yang tertekan ini, saya usaha juga memperkembangkan perniagaan Shaklee saya. Saya akui tidak mudah untuk memulakannya. Tapi sekurang-kurangnya saya berusaha juga untuk menghidup dan menggerakkan perniagaan ini. 

Alhamdulillah, walaupun saya masih di peringkat bawah, tapi syukur pendapatan yang saya peroleh daripada mengusahakan Shaklee ini membantu sedikit sebanyak dalam menampung perbelanjaan makan minum harian saya. Things are not cheap nowadays.

Sebab itulah, saya sangat menggalakkan, kalau anda sedang mencari suatu perniagaan yang menggunakan modal yang rendah, Shaklee adalah jawapannya. Dengan serendah RM79.50 anda boleh memulakan perniagaan menjual produk-produk kesihatan semulajadi yang berkualiti tinggi. 

Bukan aja keuntungan retail (harga retail - harga ahli = keuntungan retail) didapati, malah jika anda berusaha betul-betul, bonus bulanan juga dibayar oleh Shaklee. Jadi anda dapat 2 dalam 1. Ini tak termasuk lagi dengan insentif lain seperti insentif kereta dan percutian percuma 6 bintang (mengikut performance serta perkembangan bisnes anda).

Jadi, ambillah peluang ini. Jangan biarkan diri masih lagi tercari-cari. Ramai surihati suami serta para jejaka hensem menceburi perniagaan ini :) Nak tahu lagi, jangan malu-malu untuk menghubungi saya di 012-5538628.

Semoga entry ini bermanfaat dalam membantu anda mencapai ketenangan.

Terima kasih.

Diana
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628

Nak Cantik, Jangan Suntik, Tapi...

Biasa dengar kan orang suntik vitamin C untuk kecantikan? Saya tengok sendiri kawan-kawan saya dapatkan suntikan tersebut di klinik. Ada yang lagi agresif, beli suntikan vitamin C secara online dan suntik sendiri. Takutnya saya. Semuanya sebab mahukan kulit yang lebih anjal dan cantik.

Saya dulu pun seorang yang skeptikal (tak percaya) dengan khasiat vitamin C daripada supplemen. Saya ada makan vitamin C jenama lain, sebutir tablet tu 1000mg. Makan tanpa ilmu. Hmmmm takde apa kesan pun. 

Kemudian apabila dah mula makan vitamin-vitamin Shaklee, saya tetap tak ambil vitamin C, sampailah saya pregnant anak kedua. Masa tu, saya amalkan full Set Hamil Shaklee. Dalam set tu, salah satu vitaminnya ialah Sustained Release Vita-C Plus. 

Apabila makan, saya ambil tahu lah apa keistimewaan vitamin C Shaklee ni. Yang istimewanya ialah vitamin C ni ada teknologi sustained release di mana ia ada lapisan-lapisan vitamin C yang akan dibebaskan layer by layer setiap jam. Vitamin C Shaklee hanya ada 500mg. Tapi bertahan 5 jam dalam perut kerana dengan teknologi sustained release di mana hanya 100mg dibebaskan setiap jam untuk penyerapan nutrisi vitamin C sepenuhnya.

Itula yang membezakan jenama Shaklee dengan jenama lain. Macam vitamin C 1000mg yang saya makan sebelum ni, sekali makan, badan saya menyerap kuantiti yang diperlukan sahaja (tak sampai 1000mg) selebihnya larut dalam air dan dibuang melalui perkumuhan urin atau peluh. Sayang betul pembaziran tersebut.

Masa pregnant tu, demam, batuk dan selsema semuanya saya makan Sustained Release Vita-C untuk mengurangkan sakit-sakit tersebut. Kan mengandung-ngandung ni tak elok telan ubat sangat. Alhamdulillah memang saya bertahan. Dalam tempoh tu juga, saya perasan jerawat pun dah jarang keluar dan kulit semakin cerah dan bersih. Wowww! Sebab dulu saya tak percaya vitamin C ni boleh membantu dalam mencantikkan kulit! 

Setelah merasa kesannya... Saya jatuh cinta 😁 Sampai sekarang saya memang amalkan vitamin C untuk membantu mempertingkatkan sistem imun saya terhadap demam, batuk dan selsema serta untuk membantu menstabilkn kulit dan mengurangkan masalah jerawat. Bila dah amalkan baru saya percaya 😂 Rugi dari dulu tak konsisten tau. 

Ibu-ibu yang ada anak gadis remaja yang mengalami masalah kulit dan jerawat tu... Boleh cuba bagi mereka amalkan vitamin C ni instead of mencuba pelbagai kosmetik yang macam-macam. Tak tentu boleh bagi elok balik tau. Tapi insyaAllah Sustained Release Vita-C Plus ni, bukan sahaja membantu mencantikkan semula kulit tapi juga membantu mengurangkan jangkitan penyakit.



Panjang benar cerita ku... Ni kisah benar. Yang baik-baik saya share supaya korang pun dapat manfaatnya. Saya amal dan saya jual. Nak beli, ingat no ni 012-5538628 😉

#TsunamiShaklee
#9gemilang

Terima kasih
Diana
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628

Kesihatan Itu Mahal Harganya

Dua hari semalam saya tengok suami beli bekas air besar 2 liter. Kemudian semalam lepas balik kerja, tengok kosong bekas air 2 liter tu... Alhamdulillah suka saya tengok sebab at least ada effort nak mencukupkan bekalan air untuk badan kita. Tu pun 2 liter belum cukup untuk berat badan suami saya. Dia kena minum lebih lagi... Tapi okla for a start. 

Keperluan air seorang manusia. Gambar Ihsan Google

Konsistenkan pengambilan air yang MENCUKUPI setiap hari. Setiap 25kg berat memerlukan 1 liter air. Bukan apa, baru-baru ni aja, kami dapat berita abang masuk hospital kerana mengalami luka dalam perut. Disebabkan luka tersebut, makanan yang pedas, berminyak semuanya kena pantang. Memang abang pun tak berani nak jamah dah. Takut katanya tengok luka-luka dalam perutnya yang ditunjukkan doktor.

Luka-luka dalam perut yang disebabkan oleh gastrik. Gambar ihsan Google.

Sedikit sebanyak perkara tersebut menyedarkan kami sekeluarga untuk lebih menjaga makan. Memang di saat kesihatan kita baik, kita lupa dengan nikmat kesihatan ini, sehinggalah kita diuji. Mesti taknak kan kerana sakit, ada organ atau sebahagian daripadanya terpaksa dibuang. Nauzubillahiminzalik.  

Alhamdulillah saya juga pengamal tegar vitamin-vitamin Shaklee. Dulu-dulu saya tak sedar kepentingan pengambilan supplemen atau makanan tambahan dalam kehidupan seharian. Bila dah sakit, sebenarnya agak terlambat nak memulakan supplemen. Dulu tujuan saya ambil supplemen adalah untuk sementara waktu, sementara menunggu sihat kembali. Tetapi apabila dah amalkan, sebenarnya supplemen sangat penting untuk diamalkan secara konsisten.

Badan kita memerlukan nutrisi daripada supplemen atau vitamin ini, kerana pemakanan seharian tidak mampu memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh sel-sel dalam badan kita. Semakin meningkat umur, semakin tinggi risiko kita terdedah kepada pelbagai penyakit. Kalau nak harap daripada pemakanan yang terjaga sekalipun, kita akan masih kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh badan. 

Contohnya kolagen dalam badan akan semakin berkurangan apabila usia meningkat. Nak gantikan kolagen, kena amalkan kolagen atau vitamin C yang membantu menghasilkan kolagen. Barulah kita dapat kurangkan risiko sakit-sakit sendi yang memang femes terjadi apabila usia semakin meningkat.

Alhamdulillah, asbab menjadi ahli Shaklee, saya lebih sedar bahawa pentingnya untuk mengamalkan supplemen-supplemen tambahan. Sesungguhnya kesihatan ini menjadi sangat mahal harganya apabila kita sakit. Bukanlah tujuan saya di sini nak menjual semata-mata, tetapi adalah untuk sama-sama mengingati rakan-rakan yang lain juga supaya lebih sedar akan kepentingan menjaga kesihatan dan pentingnya makanan tambahan. Jangan kata saya tak payung tau :D


#TsunamiShaklee
#LiveAmazing

Diana
ID Shaklee: 1112978 (boleh gunakan ID saya jika membeli di Shaklee)
Tel: 012-5538628

Macam Mana Nak Bertukar Ke Gaya Hidup Sihat?

Semalam saya dah share pasal benda baik, buat apa kita takut dan simpan kan.... Hari ni kita sambung lagi 😉

Produk Shaklee ini bukan terbatas kepada vitamin aja. Tapi Shaklee juga ada pencuci rangkaian Get Clean yang meliputi pencuci pelbagai kegunaan iaitu Basic H, ada rangkaian pencuci dan pelembut pakaian. Shampoo, conditioner, alat-alat kosmetik pun ada tau.

Apabila kita bershaklee, kita bukan sekadar menjual, tapi kita ubah gaya hidup kepada gaya hidup Shaklee.

Haaa apa tu gaya hidup Shaklee? Makan shaklee je tak makan nasi ke???? Hahaha kawan-kawan kat ofis selalu bergurau begitu 😆 Nasi saya tetap makan... Hahaha...

Shaklee sebenarnya adalah sebuah company yg menjaga kelestarian dunia untuk generasi masa depan. Bumi semakin tua dan semakin banyak pencemaran yang terjadi. Tengok aje isu air tercemar tu..... 😓

Oleh itu, vitamin-vitamin Shaklee melibatkan pemilihan bahan mentah dari ladang-ladang yang mengamalkan cara penanaman organik, tanpa guna pestisid, herbisid, GMO dan sebagainya. Ladang organik ni, peladang-peladang tak guna racun sebaliknya guna cara semulajadi utk menyingkirkan perosak. 

Jadi cara ini menyelamatkan kita daripada termakan benda-benda beracun tanpa disedari. Sekaligus menjaga populasi haiwan-haiwan. Almaklumlah kalau guna racun, bukan sahaja haiwan perosak yang mati, malah ekosistem yang berdekatan pun terkesan.

Begitu juga ikan-ikan yang digunakan untuk membuat Omega Guard. Shaklee menggunakan satelit utk menangkap ikan-ikan ni. Penangkapan ikan-ikan ni siap dapat approval daripada Friends of The Sea yg menjaga populasi ikan-ikan sedunia. Canggih tak canggih?

Apabila angkasawan Shaklee naik ke angkasa, dia nampak kerosakan yg berlaku di bumi dan Shaklee ambil tindakan seterusnya dengan melaksanakan pelbagai program, antaranya program tanam sejuta pokok.

Jadi apabila dah jadi ahli Shaklee ni, perlahan-lahan saya ubah gaya hidup saya kepada gaya hidup yang kebih sihat. Macam automatik terasa nak cuba elakkan pencuci-pencuci yang terlalu banyak menggunakan bahan kimia, macam pencuci pinggan mangkuk. Kan tangan kita jadi macam kering. Tapi kalau pencuci pinggan mangkuk rangkaian Get Clean Shaklee, tangan lebih terjaga dan tiada penggunaan bahan-bahan kimia yang berbahaya.

Air basuhan yang menggunakan produk Shaklee juga lebih selamat berbanding air basuhan yang menggunakan sabun yang penuh dengan bahan kimia yang teralir ke sungai 😓

Oleh itu, anda yang sudah tahu, perlahan-lahanlah kita mengubah gaya hidup kita kepada gaya hidup yang lebih earth friendly. Produk dah ada. Cuma kita je nak bertukar atau tidak. Saya dah mula sikit-sikit. Kalau bab vitamin, memang vitamin Shaklee aja. pencuci muka pun dah bertukar ke Nutriwhite. Memang best. Pencuci pun dah pakai Basic H. Haaa perlahan-lahan kita guna bahan yang lebih baik untuk kesihatan kita sekeluarga 😊


#TsunamiShaklee
#LiveAmazing
#SayaJualShaklee

Diana
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628

Benda Baik Buat Apa Takut?

Disebabkan asyik rasa letih dan teringin nak bangun pagi dengan lebih segar, saya mula membeli Ostematrix daripada kawan sekolah yang menjual Shaklee. 



Lama juga saya membeli tanpa menjadi ahli. Hingga suatu masa, terbuka hati nak jadi ahli Shaklee. Tapi takde niat nak berbisnes dengan Shaklee pun. Cuma nak enjoy harga ahli yang lebih murah berbanding membeli secara retail :)

Pada keesokan harinya (ingat lagi, bukan immediately saya decide), saya fikir, alang-alang dah jadi ahli, apa kata saya cuba menjual. Memang zero knowledge. Upline saya a.k.a kawan baik saya dari sekolah dulu, masukkan saya dalam group Whatsapp yang memang fokus untuk berbisnes. 

Banyak sharing dalam group tu, dari cara makan vitamin sehinggalah jika customer ada masalah tertentu dan apa jalan penyelesaiannya. Kami memang berbincang bersama-sama. Lama-lama saya faham dan sentiasa belajar teknik marketing, teknik consult customer, malah dalam tu banyak sharing untuk lebih mendekatkan diri dengan Business Partner Utama kita :D

Seronokkan... Walaupun kami sama-sama menjual vitamin Shaklee tapi takde pula rasa iri hati sesama sendiri. Malah kami sama-sama support pula tu, Bagi kami, rezeki masing-masing. Siapa yang gigih berusaha, pasti ada hasilnya :)

Satu lagi sebab ialah saya percaya dengan kebaikan vitamin-vitamin Shaklee ni. Diri sendiri dah merasa bagaimana konsisten makan Omega Guard membantu menghilangkan sakit tumit saya. 

Diri sendiri dan suami dah melihat bagaimana anak saya yang asyik batuk-batuk sehingga setiap bulan kena ke klinik, akhirnya boleh kata jarang sangat dah batuk-batuk selsema lepas amalkan Omega Guard dengan konsisten juga. Malah perkembangan anak saya dalam pembelajaran juga sangat fantastik :) 

Sekarang ni, mak mertua saya juga tidak mengabaikan pengambilan Omega Guard untuk membantu mengurangkan sakit lututnya.

Dengan keyakinan ini, saya share kepada semua dengan niat untuk membantu. Apabila dah sakit, jiwa tak tenteram. Nak buat apa pun sukar. Saya sendiri dah merasa saat-saat itu. Seronok apabila melihat orang-orang yang dibantu merasa lebih baik dari segi kesihatan :)

Apabila dah berkecimpung dalam bisnes ini, saya nampak banyak sangat manfaat yang Shaklee sediakan kepada ahli-ahlinya. Selain mendapat keuntungan jual vitamin, setiap bulan pasti ada bonus hasil performance sales bagi bulan sebelumnya. Itu yang saya kata, siapa buat, dia pasti dapat. Takde benda dalam dunia ni yang datang bergolek tanpa berusaha.

Saya dah tengok ahli-ahli Shaklee yang berusaha dan dapat reward macam-macam. Dapat melihat dunia... Bestnyaaaaa... InsyaAllah, suatu masa saya juga akan join mereka :D

Anda nak join saya jadi ahli Shaklee? Tak semestinya join untuk berbisnes. Join sebab nak jimat beli vitamin pun boleh. Caranya senang aje, hubungi saya di 012-5538628 :)


#TsunamiShaklee
#LiveAmazing

Diana
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628

Stress Ohhh Stress, Apa Nak Buat?

Hari ni, terkenang zaman stress masa belajar di matriks dulu.. Biasalah kan masa student, stress belajar. 

Kalau selalu stress dengan umur sekarang ni boleh kena darah tinggi. Tapi masa belajar dulu manalah fikir penyakit... Haha... Yang fikir nak happy je kan...

Tapi stress saya masa di matriks tu memang teruk. Rasa nak berhenti belajar. Nangis-nangis tu memang banyak. Result pun teruklah waktu tu.

Masuk sem 2 saya nekad. Nak berhenti matriks tu sebenarnya tak dapat nak dijadikan pilihan. Saya buat apa tau? Saya ubah cara hidup saya. Cane? Saya buat keputusan untuk exercise! Haha... Tiba-tiba pulak nak exercise. Macam mana pulak nak relate dengan result teruk dan stress dengan exercise ni? Adeh....

Sebenarnya masa tu saya nak bagi diri saya cergas sikit. Tak mau lemau lembik. Maklumlah belajar pun dah tercorot... Takkan nak biar diri pun nampak lembik kan? 

Petang-petang lepas kelas dalam kul 5.30 saya akan keluar jalan ke taman tasik. Saya tak jogging pun... Saya jalan laju. Orang putih cakap brisk walk. 

Jarak dari asrama dan tasik tu boleh tahan juga. Memang setiap hari saya jalan. Saya jalan sorang-sorang sebab nak tunggu kawan, alamatnya tak jalan la saya. Kalau hujan atau ada hal yang tak dapat dielakkan je saya tak jalan 😁

Tujuannya nak mengurangkan stress. Biar badan dapat enjoy angin petang sepoi-sepoi bahasa, cuci-cuci mata tengok hijau... Alhamdulillah. Kalau diikutkan kajian sains, memang exercise dapat menghasilkan hormon gembira 😀 dan juga membantu meningkatkan keyakinan diri. Plus point lagi, stamina up, berat badan pun elok dan fit 😉

Bila dah ok, saya cari kawan yang pandai untuk bantu saya buat tutorial. Haha. Belajar tetap kena paksa juga kan 😂 Alhamdulillah akhir sem 2, result improve banyak. Syukur. Terima kasih korang for being there 😊

Sebenarnya apa saja yang terjadi adalah suatu pengajaran. Dugaan hidup ni macam-macam. Cara penerimaan kita akan menentukan cara kita menerima sesuatu ujian tu. Kalau dibuatnya saya layan je stress dulu memanjang, tak tahu lah apa jadi sekarang. 

Yang penting kalau rasa tak larat, stop, bertenang dan fikir. InsyaAllah setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya 😉


#TsunamiShaklee
#LiveAmazing

Diana
Hearty . Love . Healthy
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628