Benda Baik Buat Apa Takut?

Disebabkan asyik rasa letih dan teringin nak bangun pagi dengan lebih segar, saya mula membeli Ostematrix daripada kawan sekolah yang menjual Shaklee. 



Lama juga saya membeli tanpa menjadi ahli. Hingga suatu masa, terbuka hati nak jadi ahli Shaklee. Tapi takde niat nak berbisnes dengan Shaklee pun. Cuma nak enjoy harga ahli yang lebih murah berbanding membeli secara retail :)

Pada keesokan harinya (ingat lagi, bukan immediately saya decide), saya fikir, alang-alang dah jadi ahli, apa kata saya cuba menjual. Memang zero knowledge. Upline saya a.k.a kawan baik saya dari sekolah dulu, masukkan saya dalam group Whatsapp yang memang fokus untuk berbisnes. 

Banyak sharing dalam group tu, dari cara makan vitamin sehinggalah jika customer ada masalah tertentu dan apa jalan penyelesaiannya. Kami memang berbincang bersama-sama. Lama-lama saya faham dan sentiasa belajar teknik marketing, teknik consult customer, malah dalam tu banyak sharing untuk lebih mendekatkan diri dengan Business Partner Utama kita :D

Seronokkan... Walaupun kami sama-sama menjual vitamin Shaklee tapi takde pula rasa iri hati sesama sendiri. Malah kami sama-sama support pula tu, Bagi kami, rezeki masing-masing. Siapa yang gigih berusaha, pasti ada hasilnya :)

Satu lagi sebab ialah saya percaya dengan kebaikan vitamin-vitamin Shaklee ni. Diri sendiri dah merasa bagaimana konsisten makan Omega Guard membantu menghilangkan sakit tumit saya. 

Diri sendiri dan suami dah melihat bagaimana anak saya yang asyik batuk-batuk sehingga setiap bulan kena ke klinik, akhirnya boleh kata jarang sangat dah batuk-batuk selsema lepas amalkan Omega Guard dengan konsisten juga. Malah perkembangan anak saya dalam pembelajaran juga sangat fantastik :) 

Sekarang ni, mak mertua saya juga tidak mengabaikan pengambilan Omega Guard untuk membantu mengurangkan sakit lututnya.

Dengan keyakinan ini, saya share kepada semua dengan niat untuk membantu. Apabila dah sakit, jiwa tak tenteram. Nak buat apa pun sukar. Saya sendiri dah merasa saat-saat itu. Seronok apabila melihat orang-orang yang dibantu merasa lebih baik dari segi kesihatan :)

Apabila dah berkecimpung dalam bisnes ini, saya nampak banyak sangat manfaat yang Shaklee sediakan kepada ahli-ahlinya. Selain mendapat keuntungan jual vitamin, setiap bulan pasti ada bonus hasil performance sales bagi bulan sebelumnya. Itu yang saya kata, siapa buat, dia pasti dapat. Takde benda dalam dunia ni yang datang bergolek tanpa berusaha.

Saya dah tengok ahli-ahli Shaklee yang berusaha dan dapat reward macam-macam. Dapat melihat dunia... Bestnyaaaaa... InsyaAllah, suatu masa saya juga akan join mereka :D

Anda nak join saya jadi ahli Shaklee? Tak semestinya join untuk berbisnes. Join sebab nak jimat beli vitamin pun boleh. Caranya senang aje, hubungi saya di 012-5538628 :)


#TsunamiShaklee
#LiveAmazing

Diana
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628
Previous
Next Post »
2 Komentar