Kisah semalam. Anak sulung saya makan nasi dengan tomyam kemudian makan pula megi tomyam yang dipesan oleh ayahnya. Memang berselera benar makannya. Saya memang tak galakkan anak makan megi. Tapi sekali sekala tu boleh la...
Biasanya apabila dah makan tomyam ni, habislah supnya pun memang dihirup. Anak saya ni, suka makan bersulam air... Kembungla perut jadinya. Lepas makan tu saya suruh makan Omega Guard. Tapi abang cakap perutnya dah kembung. Jadi saya bagi Vita-Lea for Children yang kunyah-kunyah aje dulu.
Disebabkan makan pun dah lewat, maka tak lama lepas tu, ayahnya dah suruh semua masuk tidur. Si adik pun dah merengek-rengek. Memang dah mengantuk lah tu.... 😊 Makanya kami semua pun bawa budak-budak masuk ke bilik.
Tapi biasanya, si abang apabila dah masuk bilik, main-main dulu dengan adiknya. Memang puas jugalah bergelak tawa, melompat katil semua walaupun dah suruh tidur. Akhirnya adiknya pun tidur, Abangnya pun dah mula settle down.....
Tapi..... Tapi lagi.... Haaa ibu dah mula dengar si abang terbatuk-batuk lelah. Sinonim sangat dengan simptom yang si ibu selalu alami apabila diserang alergik ni. Nampaknya genetik ibu memang kuat dalam si anak sulung.
Bunyi batuk abang tu memang sama dengan batuk yang ibu alami apabila dah mula nak start semput. Jadi sebelum menjadi lagi teruk (sampai tahap batuk macam nak muntah dan sesak nafas) ibu bawa abang ke dapur dan makan Omega Guard dan Chewable Vita-C Plus dulu.
Abang siap cakap "Sorry ibu, abang tak makan Omega tadi". Sweet sangatlah kamu abang 😍 Haishhh melting ibu dibuatnya 😊
Selepas telan Omega Guard dan kunyah vitamin C, kami pun masuk bilik. Bunyi batuk berkurangan dan akhirnya abang pun tidur. Takde dah bunyi-bunyi batuk. Alhamdulillah abang tidur nyenyak tanpa gangguan batuk-batuk tu.
Cukuplah kot dengan apa yang abang alami dulu - Asyik diserang batuk-batuk yang teruk masa abang masih kecil. Sebulan sekali dulu pasti nak kena dapatkan gas (nebuliser). Yang paling teruk, masuk hospital kerana serangan alergik. Boleh baca kisahnya di sini.
Gambar semasa dimasukkan ke hospital kerana serangan alergik
Asbab ibu buat Shaklee ini, Allah temukan ibu dengan pelbagai vitamin untuk membantu dalam pelbagai masalah kesihatan. Sesungguhnya kesihatan kita akan terganggu jika badan kita kekurangan nutrisi.
Sejak abang konsisten makan Omega Guard dan Chewable Vita-C Plus, memang jarang-jarang dah pergi ke klinik. Kesihatan abang sangat baik. Alhamdulillah.
Si abang sekarang 😊
Omega Guard ini membantu mengurangkan inflamasi. Apabila kita mula batuk-batuk, akan terbentuk inflamasi di paru-paru dan tekak. Pengambilan Omega Guard membantu mengurangkan masalah ini serta membantu mengeringkan kahak. Vitamin C pula menguatkan lagi sistem pertahanan badan 😊 Bagi saya memang sangat membantu dalam kesihatan anak-anak saya (termasuk si adik).
Yang best lagi, pengambilan Omega Guard yang mengandungi DHA dan EPA membantu perkembangan otak anak-anak kita supaya lebih cerdas dan mudah menghadam apa yang dipelajari. Ni betul sangat sebab abang mudah sangat belajar. Alhamdulillah.
Saya sangat sarankan ibu bapa agar dapatkan Omega Guard dan Chewable Vita-C ini untuk anak-anak, terutamanya bagi yang mudah diserang batuk-batuk dan selsema. Kasihan melihat mereka sampai tak cukup nafas sebab batuk kuat sangat 😢
Saya sendiri pun rasa terseksa sangat apabila diserang semput. Tak boleh bernafas rasanya walaupun jadi hanya seketika. Inikan pula anak-anak kecil yang kena 😢 Memang kalau saya terkena, Omega Guard juga yang akan saya ambil untuk mengurangkannya.
Alang-alang saya mengamalkannya, saya ingin berkongsi kepada yang mencari. Vitamin-vitamin Shaklee bagi saya memang terbaik. Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi, bebas daripada bahan-bahan sintetik. Yang dah amalkan memang tahu manfaatnya.
Dapatkan daripada saya dengan menghubungi 012-5538628.
Pengedar Shaklee anda:
Diana
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628
0 Komentar