Kenapa bila makan Shaklee jerawat semakin banyak keluar?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua yang dikasihi sekalian :) Hari ni tetiba terasa nak share pasal isu di atas. Ramai yang mengadu, bila makan Shaklee, jerawat semakin banyak keluar....

Ok, mari kita kupaskan satu per satu isunya... Contohnya Set Kulit Cantik Shaklee yang terdiri daripada Vitamin C, Vitamin E, ESP dan Vitamin B. Ada juga yang ambil GLA Complex.. Apabila dah beli, anda pun start makan vitamin-vitamin tersebut dengan harapan untuk mendapat kulit yang bebas jerawat, kulit yang semakin bersih, halus dan licin...

Tapikan, apabila dah makan set kulit cantik Shaklee ni, kulit jadi tak cantik pulak.... Bila dah seminggu konsisten makan, jerawat-jerawat halus... ada juga jerawat besar tersesat mula keluar... Eeeeeee geramnyaaaaaa... Kulitku yang asalnya tidak berjerawat tiba-tiba berjerawat. GERAM!!!! Habis rosak kulit aku :(



Sabar... sabar cik adik.... Jangan marah-marah... nanti makin banyak jerawat keluar. Gini nak citer.... Sebelum makan Shaklee, kulit mungkin ok-ok... adalah jerawat sikit-sikit tapi idaklah teruk sangat... Tapi apabila dah start makan Shaklee, ehhhh makin teruk pula jadinya... Kenapa? Taknaklah sambung makan... nanti habis kulitku...

Apabila keluar jerawat, itu petanda vitamin-vitamin yang sedang anda makan itu sedang bertindak balas dengan tubuh anda. Vitamin-vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi yang bebas daripada bahan kimia... Jadi jangan risau, tu bukan chemical reaction... Itu dipanggil healing crisis. Apakah itu HEALING CRISIS?

Badan manusia memang berbeza-beza.. Siapa yang selalu menjaga pemakanan, banyak makan sayur dan buah-buahan terutamanya hasil organik, kurang makan yang berlemak dan berminyak, kemungkinan besar tidak akan mengalami healing crisis. Kalau ada pun mungkin tak obvious sangat.

Tapi, bagi yang selalu makan fast food, makanan yang berminyak dan berlemak, kurang makan buah-buahan dan sayur-sayuran, kemungkinan besar anda akan mengalami healing crisis yang agak dahsyat juga.... Tapi jangan risau... Itu petanda yang baik. Kenapa? 

Healing Crisis menandakan bahawa badan anda sedang menyahkan segala toksin yang berada di dalam badan. Apabila toksin-toksin ini telah disingkirkan, barulah nutrisi-nutrisi daripada vitamin-vitamin yang diambil ini akan mula melakukan pembaikian terhadap kulit anda.

Yang penting, kalau jerawat-jerawat tu keluar, jangan stop. Biarkan vitamin-vitamin tu buat kerja dia... Teruskan makan dengan konsisten, InsyaAllah, kulit akan semakin bersih, jerawat pun dah malu nak keluar, parut-parut akan hilang bila ambil ESP dan lama-lama, bersih, licin dan gebu la kulit anda :) InsyaAllah.

Yang penting, saaaabarrrrr... Tiada perkara yang boleh jadi sekelip mata... Kalau jadi sekelip mata tu, tak ke rasa menakutkan... Apa yang ada sampai cepat sangat kesannya kan?

Itulah ceritanya... Jadi jangan bimbang.... Biar vitamin-vitamin tu bersihkan dulu toksin-toksin yang ada.. Kita pun taknak toksin-toksin banyak dalam badan... Hilang toksin, bermakna badan kita juga lebih sihat dan kesannya akan kelihatan pada kulit dan wajah kita :)

Haaaa... mai sapa nak beli Set Kulit cantik Shaklee, boleh hubungi saya di 012-5538628 :)

Terima kasih.

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Kelebihan solat di awal waktu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ni nak sembang-sembang santai je... Terasa nak share pasal kelebihan solat di awal waktu. Saya rasa semua orang tahukan yang banyak sangat kelebihan solat di awal waktu ni... 

Antara kelebihan solat di awal waktu ialah:
  • Diberi NUR pada wajahnya... Bestkan muka akan kelihatan lebih berseri-seri.
  • Mudah memperoleh rezeki. Automatik sangat... 
  • Hati sentiasa tenang :)
  • Doa dimakbulkan...
Dengan solat di awal waktu, kehidupan kita automatik akan lebih bahagia.... :)




Kebiasaannya kan antara Zuhur dan Asar kan pendek aje waktunya... Terutama kalau yang tengah bekerja... Tengok jam je, ehhh dah nak masuk Asar. Kalau tak solat Zuhur lagi, mesti berlari-lari nak kejar masa... Akhirnya jadi jamak Zuhur dan Asar kan...

Berbeza pula kalau yang awal-awal dah solat Zuhur.... Buatlah keje dengan tekun... Tengok jam, ehhh baru pukul 3.30. Panjang lagi masa untuk ke Asar... Boleh sambung fokus buat keje... Pernah tak rasa macam tu?

Cuba try buat... Apabila dah azan Zuhur, terus solat. Kemudian, makan atau sambung keje... Kita akan rasa manfaat dan keberkatan masa itu... :) 

Saja lah petang-petang ni bersembang pasal kelebihan solat di awal waktu. Sama-sama kita ingat mengingati kerana sebagai manusia, kita tidak lari daripada melakukan dosa... 

Terima kasih sebab sudi membaca coretan pendek... Kedai vitamin Shaklee saya dibuka setiap masa. Feel free untuk hubungi saya di 012-5538628 :)

Diana
SID: 1112978
Tel No: 012-5538628

Menghilangkan jerawat di bahagian belakang badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. :) Semoga kita semua sihat-sihat selalu... Hari ni terasa nak tulis pasal jerawat di bahagian belakang badan... Ada orang memang mengalami masalah ini... Susah betul nak hilangkan jerawat di bahagian belakang badan... Ada juga yang tumbuh jerawat di bahagian dada...



Memang tak selesa rasanya apabila ada jerawat... Kalau di bahagian belakang, nak kutil pun susah... :P heeee.... Sesetengah orang, jerawat di bahagian dada sangatlah tidak best.... Bagi wanita, walaupun bertudung dan menutup semuanya, tetapi untuk suami, rasa tak seronok dengan kehadiran jerawat-jerawat ini kan... Kalau yang belum berkahwin atau merancang hendak mendirikan rumah tangga, haaaa bolehla anda nak merawat masalah jerawat di badan ni kan :)

Ok, meh saya ceritakan... baru-baru ini, kami semua, dalam group Shaklee telah menyertai cabaran untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah untuk seluruh badan dengan mengamalkan Sustained Release Vita-C Plus. Taknak cerah muka aje... Kalau cerah muka aje, nanti banding kulit muka dengan belakang tangan, nampak beza pula... :)

Program ini memakan masa selama 3 bulan... Dos pengambilannya juga berbeza. Tapi cara pengambilan vitamin C ini terpaksa saya rahsiakan dulu. Esklusif untuk pelanggan saya sahaja :D 

Di akhir program ini, ramai yang mendapat kesan yang sangat positif... Anda boleh tengok testimoni-testimoni di bawah. Salah satunya ialah jerawat, bukan sahaja di muka, malah di bahagian belakang badan juga akhirnya hilang :)




Seronokkan melihat mereka semua dah merasa kesan yang sangat positif apabila menyertai program vitamin C ini. Jerawat hilang, muka semakin berseri-seri :)

Anda nak tahu rahsianya? :) Meh cepat hubungi 012-5538628. Kalau nak mula, sekaranglah masanya kerana bulan ini juga ada promosi Vitamin C. Beli dua botol dapat 5% diskaun. Kalau beli 6 botol, dapat percuma lagi sebotol :)
Harga sebotol vitamin C ialah RM92.50. Tapi kalau dua botol, daripada RM185 (harga biasa) jadi RM175.75 sahaja (sebotol jadi RM87.90).  Nak murah lagi, beli 6 dan percuma sebotol... Sebotol jadi RM79.30.. Lagiiii jimat kan.. Boleh share-share ngn kawan-kawan.. 

Saya beritahu juga awal-awal, program ni, melibatkan sekurang-kurangnya 3 botol vitamin C.. Haaa... sekarang dah promosi... Memang it's the right time kalau nak join program ni... Heeee... Whatsapp saya sekarang di 012-5538628. Nak jimat lagi, jom jadi ahli... lagiiii jimat :)

Diana
Tel: 012-5538628
SID: 1112978

A Pat on my shoulder

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang disayangi dan dihargai.... Alhamdulillah... terasa berbunga-bunga hati... Hari ni ada perjumpaan dengan teacher tadika anak sulungku... 

I can say that I am a proud mother.... Alhamdulillah... Sebak pun ada hati ni bila teacher cakap anak sulungku antara yang paling menonjol di dalam kumpulannya itu. A pat on my own shoulder.. Heeeee.... Takpela orang tak nampak dan rasanya semua orang deserve a pat on the shoulder sometimes... kalau selalu pun takpe.... Tepuk bahu sendiri, bagi penghargaan di atas apa jua pencapaian...

Wahai pembaca sekalian.... Objektif utama saya menulis hari ni, di entry ni, adalah berkaitan dengan doa.... Terutama sekali doa seorang ibu.... Doa seorang ibu itu amat mustajab.... Berdoalah untuk anak-anak tuan-tuan dan puan-puan.... 

Sesungguhnya, anak-anak kita adalah masa depan kita... Masa depan ummah.... Alhamdulillah.... setiap doa, yakinlah yang Allah akan mengabulkannya... Terutamanya doa untuk anak-anak... Apabila melihatkan keadaan dunia yang penuh dengan entahla.... boleh saya kata 'macam-macam', berdoalah kerana suatu masa nanti, generasi anak-anak kecil sekarangla yang akan bangun dan memimpin.... 

Kuat asas agamanya, insyaAllah yang lain-lain akan datang sekali as a package.... Terapkan dunia di tangan, akhirat di hati... Agar hidup ini dijadikan sebagai ladang untuk disuburkan. Hasilnya dituai di akhirat. 

Saya sangat yakin dan percaya, doa ibu itu sangat mustajab. Kadang-kadangkala, saya hairan... Ada beberapa sifat dalam diri yang agak berlainan daripada keluarga saya sendiri... Tak tahu mana datangnya sifat itu.... Saya bersyukur dan berterima kasih... Saya yakin... itu adalah doa daripada orang tua saya untuk saya :) Alhamdulillah...



Kesimpulannya, anak-anak yang kecil itu, ibarat kain putih yang akan dicorakkan. Kita sebagai ibu bapa, memang banyak khilafnya.... Mohon ampun kepada Yang Satu.... Doakan untuk anak-anak agar hati mereka sentiasa bersih dan terang untuk menerima yang baik-baik dan menjauhi kejahatan. Sesungguhnya merekalah masa depan kita dunia dan akhirat :)

Vivix dan Penyakit-Penyakit Kronik

Vivix dan Penyakit-Penyakit Kronik
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Kali ni saya nak terangkan bagaimana Vivix dapat membantu sebagai ikhtiar untuk mengurangkan simptom-simptom penyakit kronik. 

Penerangan berikut adalah di dalam bahasa inggeris. Akan saya cuba terangkan dalam bahasa melayu juga ye :)

Heart disease. Resveratrol helps reduce inflammation, prevents the oxidation of LDL "bad" cholesterol, and makes it more difficult for platelets to stick together and form the clots that can lead to a heart attack.

Cancer. Resveratrol is thought to limit the spread of cancer cells and trigger the process of cancer cell death (apoptosis).

Alzheimer's disease. Resveratrol may protect nerve cells from damage and the buildup of plaque that can lead to Alzheimer's.

Diabetes. Resveratrol helps prevent insulin resistance, a condition in which the body becomes less sensitive to the effects of the blood sugar-lowering hormone, insulin. Insulin resistance is a precursor to diabetes.

Rodent studies suggest that resveratrol might even help against some of the effects of an unhealthy lifestyle and lead to increased longevity. Resveratrol-treated mice fed a high-calorie diet lived longer than similarly fed mice not given resveratrol. Resveratrol protected mice fed a high-calorie diet from obesity-related health problems by mimicking the effects of caloric restriction.

Resveratrol has also been linked to prevention of age-related problems such as heart disease and insulin resistance. Researchers believe that resveratrol activates the SIRT1 gene, a biological mechanism that seems to protect the body against the harmful effects of obesity and the diseases of aging.

Siapa yang menyembuhkan setiap penyakit?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ni just nak sembang-sembang pasal kesihatan.. Heee rasanya tiap-tiap hari pun pasal kesihatan juga.. Tapi today is more on personal sharing... 



Nak cerita pasal abah dan mama saya sebenarnya... Yelaaa saya pong pang pong pang bergebang kat FB and blog pasal kebaikan Vivix, tapi abah and mama sendiri saya tak bagi depa rasa pulakkan... Mana boleh... Alang-alang dah jual vitamin-vitamin Shaklee, keluarga sendiri haruslah merasa dulu... :)

Saya takkan tulis ni semua kalau saya tak percaya... Vitamin-vitamin ni semua hanya asbab aje.. Tapi yang menyembuhkan tetap Allah SWT. 

Alkisahnya, dalam sebulan lepas, abah cakap yang abah rasa macam nak rebah dalam bilik air... Alhamdulillah, abah pegang kuat-kuat pada paip air tu sampai mama datang... Allahuakhbar... saya sebagai anak apabila dengar berita ni, mesti rasa goyang sangat... Memang masa tu, abah agak kurang sihat, demam malam-malam, batuk-batuk sampai kena nebuliser... Abah memang ada darah tinggi.

Mama pun ada juga masalah kesihatan seperti darah tinggi dan kencing manis. Tapi Alhamdulillah, keadaan mama terkawal. Cuma itulah, rintihan hati sendiri... Tak patut kot... Bila saya share kebaikan segala vitamin Shaklee yang saya sendiri dah rasa... Tapi tak share kepada mama dan abah sendiri... 

Bagi saya, Vivix adalah yang terbaik. Saya taknak overclaim yang Vivix ni boleh menyembuhkan pelbagai penyakit atau apa... Sebab yang BOLEH menyembuhkan, hanya Allah SWT. Allah GERAKKAN kita untuk berikhtiar. Kalau Allah tak gerakkan, memang kita pun takkan buat apa-apa...

Jadi saya pun beli yang twin pack... Harga jauh lebih menjimatkan berbanding dengan hanya beli sebotol... Harga ahli bagi sebotol Vivix ialah RM402.80. Sekali tengok harga macam mahal... Tapi sebenarnya sangat berbaloi-baloi... Ye la.. Kandungan resveratrol dalam Vivix membantu memperbaiki sel-sel di dalam badan... Meremajakan semula sel dan membantu mengurangkan radang di dalam badan. Vivix ni bukan ubat.. tapi adalah supplemen yang membantu mencukupkan nutrisi di dalam badan kita.

Tapi, alang-alang membeli, biar menang memakai... Kalau sebotol RM402.80, baiklah saya beli yang pakej twin pack terus... Harga twin pack ialah RM765.32. Cer bahagi dua tengok jadi berapa harga sebotol? Sebotol jadi RM382.66. Ok kan.. daripada membeli sebotol... Lagipun, kita tak tahu kesan dia macam mana... Ada orang, sebotol tak cukup, sampai  5 atau 6 botol, baru elok... Jadi baiklah beli dua terus daripada beli satu botol je... Kalau tuan-tuan nak beli pun, harga tu sama, ahli atau bukan ahli, harga twin pack memang dah macam tu :)

Alhamdulillah, sekarang saya tengok abah, cergas macam biasa... Batuk-batuk dah takde...Siap boleh mandikan cucunya yang berumur 7 bulan... Kuat lagi abah saya.. Memandu dari Penang ke Perak.. Dan kemudian datang pula rumah saya di Selangor ni... Abah lahir tahun 1948. Alhamdulillah sihat dan terang mata lagi. Boleh bawa keta ke sana ke mari... Syukur sangat.. 

Begitu juga mama.. Alhamdulillah... boleh memasak dan mengemas... travel bersama-sama dengan abah... Ya Allah, syukur sangat dengan kesihatan yang Engkau kurniakan kepada mama dan abah... Semoga mereka sentiasa sihat-sihat selalu...

Apa pun, kesihatan itu suatu rahmat dan nikmat. Kesihatan nampak mahal apabila kita sihat.. Tapi apabila dah sakit, kita dah tak kira mahal atau murah.. Tapi kita belanjakan juga demi mendapatkan semula kesihatan yang baik itu... Saja nukilan di tengahari ni...

Kalau rasa-rasa nak tahu pasal Vivix lagi, meh hubungi saya di 012-5538628.

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan saya ini :)

Diana
Hearty . Love . Healthy
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Selamatkah Vitamin Yang Telah Expired Untuk Dimakan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni nak terangkan pasal selamatkah vitamin yang telah expired untuk dimakan? Ramai orang mesti risaukan apabila membeli Vitamin yang semakin menghampiri tarikh luput atau expiry date. Rasa macam tertipu pun mesti ada.



Ok, sebelum saya proceed lagi, berikut adalah tarikh tamat bagi vitamin-vitamin Shaklee bagi tahun ini:

Performance Drink - May 16
Mealshake - June 16
Garlic Complex - June 16
Herb-Lax - June 16
Phytocol-ST - June 16
Peppermint-Ginger - July 16
DTX Complex - Oct 16
Cinch Cafe Latte and Choclate - Nov 16
Vitalea for kids - Dec 16

Bagi sesiapa yang nak beli vitamin-vitamin di atas, jangan risau ye... Penerangan yang bakal saya terangkan nanti adalah untuk supplemen / vitamin aje tau... Jangan apply untuk benda-benda lain pula :)

Sumber FDA:

1. Expiry date bukan tarikh luput tapi tarikh vitamin tu dah tidak boleh dijual.

2. Tarikh luput vitamin ialah apabila potensi vitamin tersebut mulai menyusut. Namun, vitamin tersebut tetap boleh dimakan dengan selamat. Malah vitamin yang belum dibuka boleh dimakan dalam tempoh setahun daripada tarikh luputnya.

3. Jagalah vitamin-vitamin yang dibeli walaupun tarikh luput masih jauh. Kenapa? 
Penjagaan vitamin lebih kepada 'jaga vitamin daripada rosak'. Macam mana nak jaga? Simpan di tempat yang kering dan jangan dedahkan kepada cahaya, haba dan udara. Jadi botol vitamin tu pastikan sentiasa tertutup rapat. Jangan simpan vitamin di dalam kereta kerana haba yang panas akan merosakkan vitamin.

Ni pula adalah Quality Assurance daripada Shaklee terhadap supplemen dan vitamin yang dikeluarkan :)


Saya harap anda berpuas hati membacanya. Anda juga boleh google aje pasal vitamin dan tarikh luput daripada sumber FDA :)

Dengan dukacitanya, saya juga nak umumkan bahawa esok adalah hari terakhir promosi ESP beli 6 percuma 1 atau beli dua dapat diskaun 5%. Saya pun tak tahu bila lagi nak promosi begini. Kalau beli 6 percuma 1, anda share-share la dengan 6 orang lagi kengkawan anda. Jadi daripada RM150 setong, anda hanya bayar RM128.60. Kan jimat sangat tu...

Kalau taknak banyak-banyak, boleh beli dua tong dan dapat diskaun 5%. Daripada RM300, bayar RM285. Setong jadi RM142.50. Masih lagi jimat daripada harga setong yang RM150 tu kan....

Sesiapa yang ingin mendapatkan ESP, bolehlah hubungi saya di 012-5538628.

Superhero pun ambil ESP tau :)

Terima kasih

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Sakit perut aduhhhh sakit perut

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua?Harap ceria-ceria selalu :) Hari ni rasa nak share lagi pasal masalah sakit perut. 



Dulu-dulu, boleh dikatakan, sayalah ratu sakit perut. Saya kurang membuang air besar. Jadi apabila dah lama tak membuang, maka apabila nak membuang tu, perut buat hal. Saya akan mengalami sakit perut yang memulas-mulas dan pergi ke tandas sampai beberapa kali, sehinggalah saya rasa ok.

Alang-alang bercerita pasal sakit perut ni, saya nak kongsikan pengalaman sakit perut semasa bulan puasa pada zaman universiti dulu. Dalam bulan puasa, Alhamdulillah, berbuka tu, makan memangah cukup. Tapi saya dulu mungkin banyak skip sahur (tak elok tau, sahur tu sunnah, jangan skip). Suatu malam tu, dah pukul 11 malam ke atas da... Saya dah mula terasa sakit perut yang agak memulas-mulas.

Pada mulanya, saya cuba lah tahan... Sebab kebiasaannya, begitu. Mungkin nak membuang. Tapi makin lama, makin sakit. Saya tak membuang air besar pun... Cuma sakit memulas-mulas tu melampau sakitnya... Akhirnya saya meminta teman saya membawa saya ke PPUM, sebab malam-malam klinik da tutup. Tak terfikir nak cari klinik 24 jam. 

Sampai di bahagian kecemasan PPUM, punyalah ramai orang.... Dah daftar semua, kami pun tunggu. Masa tu dah pukul 1 lebih kot... Saya semakin sakit dan menangis-nangis... Minta tolong kawan saya pergi meminta jasa baik untuk merawat saya dengan segera.. Akhirnya saya dipanggil... Tapi hanya untuk check tekanan darah... Allahuakhbar... Kena tunggu lagi.. Sampai pukul 3 pagi gitu, baru doktor panggil...

Saya bagi credit pada doktor yang merawat saya, sebab bagi saya cara dia merawat saya sangat bagus. Siap scan perut saya :) Akhirnya kerana terlampau sakit, saya dikenakan injection. Lepas injection terus hilang sakitnya. Doktor tanya apa yang saya makan. Hahaha... dulu-dulu makan tak terjaga. Saya tak suka makan sayur. Buah pun jarang makan... Asyik makan nasi and ayam atau daging je. Begitulah menu saya seharian...

Doktor pun tegur dan minta saya banyakkan makan sayur dan buah-buahan sebagai serat. Hahaha.. tu kisah lama... Sekarang saya rajin juga makan sayur dan buah-buahan... Alhamdulillah... Sekarang ni, saya takde lagi mengalami masalah sakit perut memulas-mulas. 

Cumanya semakin meningkat usia ni, kesihatan perlu dititikberatkan... Muda-muda dulu mungkin kesedaran untuk menjaga kesihatan agak kurang sebab kita muda dan sihat. Tapi bila umur semakin meningkat, kita akan terasa badan mula tak larat, tak boleh silap makan sikit dan macam-macam lagi.

Kini, saya lebih menitik beratkan pemakanan dan pengambilan air yang mencukupi. Kita kena minum air yang mencukupi setiap hari. Sekurang-kurangnya, minumlah 2.5 liter. Jadual minum air boleh dirujuk di bawah mengikut berat badan anda :)



Selain itu, sebab saya tahu saya sukar nak membuang air besar, saya amalkan juga supplemen Ostematrix. Ostematrix ni adalah tablet kalsium... Sebenarnya kalsium membantu melembut dan meregangkan otot. Oleh itu, pergerakan najis di dalam usus juga akan lebih lancar. Ditambah lagi dengan minum air yang mencukupi, memang lawas sangat :)

Kalau siapa-siapa yang mengalami masalah membuang air besar secara konsisten, boleh amalkan Ostematrix ataupun sesiapa yang ingin membersihkan usus besarnya, boleh juga ambil Herblax. Herblax ni memang sangat berkesan untuk membantu membuang air besar... Tapi ada cara untuk mengambil Herblax, dapatkan daripada saya :)

Selain itu, sesiapa yang selalu mengalami kembung perut dan pedih ulu hati, boleh amalkan Peppermint Ginger dan Garlic Complex. Kombinasi kedua-dua supplemen ini membantu meredakan ketidakselesaan perut dan mengeluarkan angin :) 

Orang gastrik pun sesuai mengamalkan Peppermint Ginger. Nak elok, gabungkan dengan ESP. InsyaAllah lega sikit perut :)

Hari ni dah 29 Mac 2016. Promosi ESP beli 6 canister dan percuma secanister lagi akan berakhir lagi dua hari. Mungkin anda tak berapa faham apabila kami gebang-gebangkan penjimatannya... Ok, mari tengok pengiraan ini:

Satu canister ESP berharga RM150

Promosi 1:

Beli dua canister ESP dan dapat 5% diskaun. Jadi RM150x2 tolak 5% diskaun. Harganya akan jadi RM285. Kalau takde promosi, kena bayar RM300.

Promosi 2:

Beli 6 canister ESP dan dapat 1 canister ESP FREE. 

RM150 x 6 = RM900

Tapi kalau anda share beramai-ramai dengan 7 orang kawan-kawan anda:

RM900 bahagi 7 = RM128.60

Kan jimat daripada beli satu canister yang jatuh pada harga RM150. Jimat RM21.00. Tu yang ramai orang pulun beli ESP waktu promosi :)

Kalau anda berminat dengan ESP ni, cepat-cepat beritahu saya. Promosi akan berakhir 31 Mac 2016 ini. Hubungi segera 012-5538628.

Terima kasih.

Diana
SID: 1112878
Tel: 012-5538628

Menyembuhkan Luka Bersalin Caeser Dengan Cepat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Hari ni nak kongsi topik luka bersalin. Saya tahu, ramai yang ingin luka bersalin cepat sembuh, lebih-lebih lagi yang bersalin secara Caesar, supaya senang nak jaga baby dan anak-anak lain kan? :)



Meh kita tengok video di bawah tentang menyembuhkan luka bersalin Caesar dengan cepat :)


Nak Luka Pantang Cepat Sangat Sembuh, Walaupun Caesar? from iReach HD on Vimeo.

Saya dulu pun, lepas bersalin anak kedua, walaupun normal, terasa lain macam sakitnya berbanding anak pertama, mungkin sebab saya menahan kesakitan dalam 10 jam dan kena episiotomy.

Alhamdulillah, masa tu saya hanya amalkan Set Berpantang dan Menyusu Shaklee. Zink Complex tu memang bagus sangat. Masa check sebulan, nurse cakap memang dah elok dah luka-luka saya. Kalau amalkan Vivix, InsyaAllah lagi cepat baik....

Sementara Shaklee buka pakej Twin Pack Vivix ni, baiklah cepat-cepat dapatkan sekarang, bulan depan belum tahu ada lagi tak twin pack Vivix ni.

Kalau nak banding harga, Nampak macam mahal, tapi sangat-sangat berbaloi. Berbaloi lagi kalau beli yang twin pack sebab kalau sebotol aje, harganya dah RM475.00. Tapi kalau beli dua botol, harganya jadi RM765.32. Dengan RM765.32 dapat pula keahlian Shaklee secara percuma yang bernilai RM80. RM765.32 ni pun dah ditolak 5% diskaun. Pertengahan bulan depan, dapat pula RM36.00. Memang berbaloi-baloi sangat beli twin pack berbanding dengan hanya membeli satu botol Vivix.

Sayangnya kalau lepaskan peluang ini. Tahap keberkesanan Vivix juga bukan sekelip mata. Bergantung pada badan masing-masing. Sebabnya Vivix adalah supplemen semulajadi yang bebas daripada sebarang bahan kimia... InsyaAllah, pengambilan yang konsisten, akan memberikan kesan yang sangat positif untuk tubuh badan kita :)

Kalau nak order, jangan malu-malu untuk hubungi 012-5538628. InsyaAllah, saya akan bantu dan guide anda dalam mengambil vitamin-vitamin semulajadi anda :)

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628