Sakit perut aduhhhh sakit perut

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua?Harap ceria-ceria selalu :) Hari ni rasa nak share lagi pasal masalah sakit perut. 



Dulu-dulu, boleh dikatakan, sayalah ratu sakit perut. Saya kurang membuang air besar. Jadi apabila dah lama tak membuang, maka apabila nak membuang tu, perut buat hal. Saya akan mengalami sakit perut yang memulas-mulas dan pergi ke tandas sampai beberapa kali, sehinggalah saya rasa ok.

Alang-alang bercerita pasal sakit perut ni, saya nak kongsikan pengalaman sakit perut semasa bulan puasa pada zaman universiti dulu. Dalam bulan puasa, Alhamdulillah, berbuka tu, makan memangah cukup. Tapi saya dulu mungkin banyak skip sahur (tak elok tau, sahur tu sunnah, jangan skip). Suatu malam tu, dah pukul 11 malam ke atas da... Saya dah mula terasa sakit perut yang agak memulas-mulas.

Pada mulanya, saya cuba lah tahan... Sebab kebiasaannya, begitu. Mungkin nak membuang. Tapi makin lama, makin sakit. Saya tak membuang air besar pun... Cuma sakit memulas-mulas tu melampau sakitnya... Akhirnya saya meminta teman saya membawa saya ke PPUM, sebab malam-malam klinik da tutup. Tak terfikir nak cari klinik 24 jam. 

Sampai di bahagian kecemasan PPUM, punyalah ramai orang.... Dah daftar semua, kami pun tunggu. Masa tu dah pukul 1 lebih kot... Saya semakin sakit dan menangis-nangis... Minta tolong kawan saya pergi meminta jasa baik untuk merawat saya dengan segera.. Akhirnya saya dipanggil... Tapi hanya untuk check tekanan darah... Allahuakhbar... Kena tunggu lagi.. Sampai pukul 3 pagi gitu, baru doktor panggil...

Saya bagi credit pada doktor yang merawat saya, sebab bagi saya cara dia merawat saya sangat bagus. Siap scan perut saya :) Akhirnya kerana terlampau sakit, saya dikenakan injection. Lepas injection terus hilang sakitnya. Doktor tanya apa yang saya makan. Hahaha... dulu-dulu makan tak terjaga. Saya tak suka makan sayur. Buah pun jarang makan... Asyik makan nasi and ayam atau daging je. Begitulah menu saya seharian...

Doktor pun tegur dan minta saya banyakkan makan sayur dan buah-buahan sebagai serat. Hahaha.. tu kisah lama... Sekarang saya rajin juga makan sayur dan buah-buahan... Alhamdulillah... Sekarang ni, saya takde lagi mengalami masalah sakit perut memulas-mulas. 

Cumanya semakin meningkat usia ni, kesihatan perlu dititikberatkan... Muda-muda dulu mungkin kesedaran untuk menjaga kesihatan agak kurang sebab kita muda dan sihat. Tapi bila umur semakin meningkat, kita akan terasa badan mula tak larat, tak boleh silap makan sikit dan macam-macam lagi.

Kini, saya lebih menitik beratkan pemakanan dan pengambilan air yang mencukupi. Kita kena minum air yang mencukupi setiap hari. Sekurang-kurangnya, minumlah 2.5 liter. Jadual minum air boleh dirujuk di bawah mengikut berat badan anda :)



Selain itu, sebab saya tahu saya sukar nak membuang air besar, saya amalkan juga supplemen Ostematrix. Ostematrix ni adalah tablet kalsium... Sebenarnya kalsium membantu melembut dan meregangkan otot. Oleh itu, pergerakan najis di dalam usus juga akan lebih lancar. Ditambah lagi dengan minum air yang mencukupi, memang lawas sangat :)

Kalau siapa-siapa yang mengalami masalah membuang air besar secara konsisten, boleh amalkan Ostematrix ataupun sesiapa yang ingin membersihkan usus besarnya, boleh juga ambil Herblax. Herblax ni memang sangat berkesan untuk membantu membuang air besar... Tapi ada cara untuk mengambil Herblax, dapatkan daripada saya :)

Selain itu, sesiapa yang selalu mengalami kembung perut dan pedih ulu hati, boleh amalkan Peppermint Ginger dan Garlic Complex. Kombinasi kedua-dua supplemen ini membantu meredakan ketidakselesaan perut dan mengeluarkan angin :) 

Orang gastrik pun sesuai mengamalkan Peppermint Ginger. Nak elok, gabungkan dengan ESP. InsyaAllah lega sikit perut :)

Hari ni dah 29 Mac 2016. Promosi ESP beli 6 canister dan percuma secanister lagi akan berakhir lagi dua hari. Mungkin anda tak berapa faham apabila kami gebang-gebangkan penjimatannya... Ok, mari tengok pengiraan ini:

Satu canister ESP berharga RM150

Promosi 1:

Beli dua canister ESP dan dapat 5% diskaun. Jadi RM150x2 tolak 5% diskaun. Harganya akan jadi RM285. Kalau takde promosi, kena bayar RM300.

Promosi 2:

Beli 6 canister ESP dan dapat 1 canister ESP FREE. 

RM150 x 6 = RM900

Tapi kalau anda share beramai-ramai dengan 7 orang kawan-kawan anda:

RM900 bahagi 7 = RM128.60

Kan jimat daripada beli satu canister yang jatuh pada harga RM150. Jimat RM21.00. Tu yang ramai orang pulun beli ESP waktu promosi :)

Kalau anda berminat dengan ESP ni, cepat-cepat beritahu saya. Promosi akan berakhir 31 Mac 2016 ini. Hubungi segera 012-5538628.

Terima kasih.

Diana
SID: 1112878
Tel: 012-5538628

Previous
Next Post »
0 Komentar