Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Beberapa hari ni diviralkan mengenai cuaca panas yang melanda Malaysia dan akan menjadi semakin panas. Especially 20hb March ni, cuaca dijangka akan menjadi sangat panas.
Ini yang diviralkan baru-baru ini:
Tadi berita di radio 13/3/2016... dlm masa 5 hari ni matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa. Malaysia adalah salah satu negara terletak di atas garisan itu.
- Dalam masa ni, berlaku satu fenomena iklim dinamakan equinoks.
- Suhu panas naik mendadak, kerana matahari berada tegak di atas garisan khatulistiwa.
- Dijangka berlaku 5 hari ini
- Suhu boleh naik mendadak sehingga 40 darjah Celsius
- Masa paling panas antara 12 tengahari hingga 3 petang
- Bahaya kerana boleh menyebabkan dehidrasi dan strok haba
Hari ini dah hari Jumaat, 18hb March 2016. Alhamdulillah, dalam menjalani hari-hari yang panas ini, Allah masih turunkan hujan di petang hari di sesetengah kawasan di Lembah Klang... Syukur sangat-sangat.
Cuaca panas melampau memang sangat bahaya, terutamanya kepada kanak-kanak dan warga tua... Kita yang dewasa ni pun mengeluh. Bayangkan kanak-kanak yang aktif bermain dan belum faham apa-apa... Apa-apa pun, sentiasa pantau keadaan mereka (kanak-kanak dan orang-orang tua). Jika mereka kelihatan lemah, segeralah bawa mereka berjumpa dengan pakar perubatan, takut mereka terkena strok haba.
Berikut adalah tanda-tanda awal strok haba:
Cara-cara untuk mengurangkan masalah kesihatan kerana cuaca panas:
- Minum air sebanyak mungkin. Kalau nak memastikan anda mengambil air yang mencukupi, bagi setiap berat 25kg, air yang diperlukan ialah 1 liter. Jadi kalau anda 50kg, maka keperluan air anda ialah 2 liter. Kalau minum lebih, lagi bagus :)
- Banyakkan minum minuman isotonik untuk menggantikan kehilangan mineral dan garam daripada badan akibat berpeluh. Anak-anak yang aktif bermain, akan kerap berpeluh. Nak bagi 100plus banyak-banyak sangat, minuman tersebut mempunyai kandungan gula yang tinggi. Nak elok, saya sarankan berilah anak-anak anda minum Performance Drink (PD) daripada Shaklee. Performance Drink ini adalah minuman isotonik berperisa oren dan sangat sedap rasanya. Bukan aje budak-budak suka, ibu bapa pun boleh minum sekali sebab PD ni dijual dalam bentuk serbuk dan boleh dibancuh pada bila-bila masa :)
- Sentiasa berada di kawasan tertutup seperti di dalam rumah. Pada waktu-waktu ini, seboleh-bolehnya, elakkan berada di luar rumah, terutamanya pada waktu tengahari.
- Jika anda terpaksa keluar, pakailah pelindung UV seperti sunblock (Shaklee pun ada sunblock dan kosmetik untuk kulit wajah) dan berpayung untuk mengurangkan anda daripada terdedah secara terus dengan matahari.
- Kurangkan aktiviti-aktiviti berat dan banyakkan berehat. Apabila kita terlalu aktif, besar kemungkinan kita akan menjadi tidak bermaya dan diserang sakit kepala.
- Mandi dengan lebih kerap dan sentiasa buka kipas atau pendingin hawa untuk menyejukkan rumah.
- Pakai baju yang selesa dan berwarna terang untuk memantulkan cahaya dan tidak menyerap haba. Elakkan baju-baju berwarna gelap seperti warna hitam.
- Pastikan anak-anak anda juga kerap mandi. Bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi berumur kurang dari setahun, sekurang-kurangnya mandikan mereka pagi dan petang serta pakaikan mereka pakaian yang selesa dan lembut. Bagi yang mudah naik ruam kerana panas, anda boleh cuba sapukan krim Herbal Blend yang memang sangat sesuai untuk masalah kulit. InsyaAllah, kejap aje dah baik :) Kalau nak, ketahui cara-cara untuk mendapatkannya daripada saya.
Nampaknya keadaan cuaca panas ni akan berlarutan lagi. Semoga Allah memelihara kita semua. Siapa-siapa yang hendak dapatkan Performance Drink, UV protection atau Herbal Blend, boleh dapatkan daripada saya. Hubungi aje di 012-5538628.
Diana
Tel: 012-5538628
SID: 1112978
0 Komentar