Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Alhamdulillah.... Dalam tengah menulis blog ini, hujan tengah turun dengan sangat dahsyat... Alhamdulillah walaupun kita dijangka mengalami cuaca yang sangat panas, tetapi Allah masih sayang dan sejukkan bumi dengan hujan yang membawa pelbagai rahmat. Ya Allah, kurniakan hujan yang bermanfaat kepada kami :)
Okla... berbalik kepada entry blog kali ini, saja nak share beberapa resepi smoothie ESP yang sangat sesuai diambil sebagai breakfast pada waktu pagi. Memandangkan sekarang promosi ESP, beli 6 canister dapat percuma satu canister lagi, atau beli dua canister dan dapat 5% diskaun, marilah kita berkongsi manfaat ESP ini.
Setakat ni, dalam FB saya, sudah saya kongsikan tiga resepi ESP. Konsep nak buat ESP ni senang aje... Ada buah-buahan dan ESP... Yang lain-lain tu akan menyedap dan melemakkan lagi rasa ESP ini :)
1. Smoothie ESP dan pisang
Bahan-bahan
- Sebiji pisang
- ESP
- Susu segar
- Air sejuk
Alat yang perlu:
- Blender
Cara-caranya:
Potong pisang kepada hirisan-hirisan kecil supaya senang untuk dikisarkan. Selepas dipotong, masukkan pisang-pisang tersebut ke dalam pengisar. Masuk 3 sudu besar ESP. Tambah susu segar secukup rasa dan sedikit air sejuk... Kalau mesin pengisar anda mampu mengisar ais, maka anda boleh tambah air batu untuk menyejukkan lagi smoothie anda :)
Selepas itu, kisar sehingga bahan-bahan semua hancur dan serbuk-serbuk ESP telah larut bersama dengan adunan tersebut. Taraaaa smoothie anda telah pun siap.... Senang kan...
2. Smoothie ESP dan anggur
Bahan-bahan
- Anggur yang tiada biji (senang nak blend.. kalau tak kena buang biji dulu)
- ESP
- Susu segar (optional)
- Air sejuk
Alat yang perlu:
- Blender
Cara-caranya:
Smoothie ni caranya senang aje... Macam biasa, yang smoothie anggur ni, saya pakai anggur hitam tidak berbiji. Disebabkan anggur ni agak kecil, maka, saya letak dalam 20 biji. Nak manis anggur, letaklah anggur banyak lagi. Then seperti biasa, 3 sudu besar ESP. Nanti saya beritahu kenapa pakai 3 sudu besar ESP :)
Akhir sekali, tambahlah air dan susu segar atau air sahaja. Terpulang kepada kreativiti nak bagi rasa sedap lagi. Seterusnya, blend sehingga anggur-anggur tersebut hancur... Macam smoothie saya, jadi warna purple..comel.. :)
3. Smoothie ESP, avocado dan plum
Bahan-bahan
- Avocado
- Plum
- ESP
- Susu segar (optional)
- Air sejuk
Alat yang perlu:
- Blender
Cara-caranya:
Kali ni, saya buat smoothie avocado ni sebab ada lebihan avocado dan plum yang saya buat solid food untuk baby saya :) Sayang nak buang sisa-sisa yang melekat di blender. Kalau siapa-siapa yang nak buat smoothie avocado tu, pakai satu per empat avocado pun da ok... Plum tu setengah daripada penuh :) (Apa punya ayatla... satu per dua maksud saya).
Masukkan 3 sudu ESP, avocado dan plum ke dalam blender. Masukkan air secukupnya dan kisarkan semuanya.... Smoothie yang terhasil akan berwarna hijau muda... Rasanya, memang lemak-lemak avocado.. Ada masam-masa sikit plum... Fuhhh sedap...
Banyak lagi cara-cara boleh buat smoothie ESP ini. terpulang kepada kreativiti sendiri. Yang penting ada blender untuk blend semuanya... Kalau yang nak bancuh dan tak letak buah-buahan pun boleh. Pakai shaker pun ok... Macam smoothie ESP dan sunquick... sedap :)
Nape saya asyik pakai 3 sudu besar ESP? Sebab 3 sudu besar ESP mencukupkan keperluan protein yang diperlukan oleh badan setiap hari. ESP ni, adalah sejenis makanan yang rendah indeks glisemik. Apakah makna rendah indeks glisemik? Maknanya, apabila kita dah minum ESP, tenaga yang dihasilkan, akan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam badan. Makanya, tenaga yang kita dapat akan dapat dikekalkan lebih lama.
Lain pulanya kalau kita makan nasi lemak atau roti canai... dua tiga jam kemudian, mesti dah rasa lapar balik. Sebabnya, makanan ini tinggi indeks glisemik. Tenaga yang terhasil akan cepat terbebas. Jadi bila dah habis, kita akan terasa lapar semula. Jadi, memang elok kalau ambil ESP ni pada waktu pagi. Sarapan memang sepatutnya kita makan dalam kuantiti yang besar. ESP memang patut ada dalam list anda :)
Badan kita ni juga... memerlukan protein untuk pertumbuhan yang lebih baik.... Pengambilan protein yang cukup akan membantu kita mendapat badan yang lebih kemas tau...
Selain itu, sesiapa yang mengalami masalah kulit akibat tersalah memakai kosmetik sebelum ini, boleh baiki kulit anda dengan ESP. Dicampur pulak dengan memakai produk Nutriwhite, InsyaAllah kulit anda akan kelihatan lebih cerah , parut-parut semakin pudar dan kulit semakin bersih.
Anda mahukan ESP ni? Meh segera dapatkan ESP. Sebab hanya bulan ni aje ada promosinya... Dengan pembelian 6 canister dapat percuma satu canister lagi, anda akan dapat menikmati keahlian percuma Shaklee yang bernilai RM80. Lepas ni nak beli vitamin-vitamin lain pun dah murah. Then dapat cash bonus pada pertengahan bulan depan. Memang best. Kalau berminat nak memulakan perniagaan sendiri, inilah masanya... Tak rugi tau join jadi ahli Shaklee ni... banyak sangat manfaatnya.
Kalau nak.. apa tunggu lagi, hubungi 012-5538628 sekarang :)
Diana
Tel: 012-5538628
SID: 1112978
1 Komentar
makasih udah share
BalasWooclip