Bestnya gi kelas

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Saya nak share la hari ni... Pengalaman saya join kelas Euphoria Shaklee Business Workshop semalam dengan Master Norita dan suaminya... Memang seronok :)



Ni kiranya saya nak sembang petang aje. Saje share-share happy moments :) Memang kelas Euphoria Shaklee ni, saya dah daftar awal-awal dah. Early bird registration RM60. Untuk menimba ilmu, tak salah kalau kita laburkan duit kan... Kalau yang daftar lambat, kena bayar RM80. Semua participants dapat set Shaklee-on-the-go secara percuma.... 

Okla... kelas ni bukan kelas duduk dan dengar ye... Nama pun workshop. Kelas ni peserta kena masuk kumpulan-kumpulan kecil, buat presentation, ada juga games.. Memang confirm tak mengantuk :) Plus kenal ramai kawan-kawan yang lain. Seronok....

Aktiviti yang pertama ialah masuk ke dalam group yang ada 5 atau 6 orang dan present di depan seluruh kelas (dalam 80 orang) tentang Vitamin yang kumpulan anda kena bincangkan. Ada empat jenis vitamin semuanya iaitu Vitalea, Sustained Release Vitamin C, Ostematriks dan Lecithin. Campur satu pencuci likat Basic H.

Kumpulan saya dapat Vitalea... Haha vitamin yang bagi saya paling basic. Kenapa basic? Sebab Vitalea adalah multi-vitamin. Bukan sekadar multi-vitamin tapi adalah multi-vitamin pertama di dunia. Umur Vitalea pun da 100 tahun (2015). Semua nutrisi ada dalam Vitalea.. 

Alamak saya betul-betul terlupa betul nak snap gambar Vitalea yang larut dalam air dalam masa 3 minit... Itulah yang kami bentangkan semalam.... Vitalea ni, mengandungi zat besi dan selalunya membantu orang-orang yang hamil mengekalkan bacaan HB di atas paras normal. Satu lagi, kami buat perbandingan masa larut Vitalea yang sangat singkat. Apabila kita telan je Vitalea, dalam masa 3 minit, Vitalea mula terurai. Maka nutrisinya akan segera diserap oleh badan. Semalam, saya telah terpilih untuk membentang demo dan maklumat pasal Vitalea ni :)

Share gambar skit :) (Tq Syireen)

Yang bestnya, semua pembentang mendapat sebotol Omega Guard... Waaaaaa seronok sangat... Saya paling suka and sayang Omega Guard. Nak tahu nape, baca sini. Sebotol Omega Guard tu kalau harga retail RM136.00. Kalau ahli RM115.55. Memang mahal dan dapat FREE... siapa tak nak kan...

Kemudian yang menarik pandangan saya lagi apabila melihat pembentangan Sustained Release Vitamin C dan Lecithin.... Heee.. sapa yang nak muka cantik, badan bebas toksin dan kurus, baca kat sini betul-betul. 

Untuk demo Sustained Release Vitamin C, Master Norita bagi setiap kumpulan sebotol iodin dan vitamin C. Anggaplah iodin tu sebagai toksin dalam badan. Apabila iodin dititikkan ke dalam air, air berubah menjadi warna kuning. Tapi yang menakjubkan, apabila sebiji vitamin C dimasukkan ke dalam air yang dititikkan dengan iodin, air tu jadi jernih balik... Wow.... 

Macam tu lah Vitamin C melaksanakan tugasnya di dalam badan kita. Vitamin C membantu mengeluarkan toksin-toksin di dalam badan kita. Sangat bagus terutamanya kepada perokok-perokok sekalian... Kalau yang dah berhenti merokok pun, bagus ambil Vitamin C sebab kesan-kesan nikotin masih ada. 

Tapi.... Jangan samakan Vitamin C Shaklee dengan Vitamin C yang lain ye. Vitamin C Shaklee ada teknologi yang telah dipatenkan iaitu "Sustained Release". Teknologi ini membuatkan Vitamin C diuraikan sedikit demi sedikit. Sebab Vitamin C larut air. Kalau kita makan Vitamin C yang takde teknologi sustained release, contohnya Vitamin C 1000mg, mahallah jadinya air kencing kita sebab vitamin C yang sekali makan, terus larut, diserap oleh badan dalam 200-300mg. Yang tidak diserap dalam 700-800mg oleh badan akan dibuang melalui urin.

Yang pasal Lecithin pula, peserta diberi minyak masak dan Lecithin. Apabila mereka mencampurkan air dengan minyak masak. Kita akan lihat dua lapisan cecair. Sebab minyak and air tak larut. Apabila ditambah dengan Lecithin, lapisan minyak menjadi pecah-pecah kepada molekul yang kecil-kecil... Hahaha..nampak sangat Lecithin membantu memecahkan lelemak di dalam badan... Dan bagi yang nak kurus, ambil Alfalfa dan Herb-Lax untuk membantu membuang lelemak yang telah dipecah-pecahkan ni :)

Fuhhh...banyak lagi nak cerita..sebab kami ade main games jugak. Tapi cukuplah untuk cerita di atas dulu. Sebelum bersurai, semua 80 peserta mendapat sebotol Vitalea dan Zinc Complex.... Bestnya.... Siapa yang tak nak.. Vitalea tu harga retailnya RM88.75 dan Zinc Complex yang sangat baik untuk rambut gugur dan kuku yang bermasalah pula berharga RM33.75. Bayar RM60 tapi yang dibawa pulang manfaat yang berdouble-double lagi :)

Yang teringin nak tahu pasal bisnes Shaklee, jangan segan-segan hubungi saya di 012-5538628

Terima kasih kerana sudi baca coretan saya :)

Diana
SID: 1112978
012-5538628

#EuphoriaShaklee

Previous
Next Post »
0 Komentar