Rujukan bagi yang ingin berbisnes secara part time

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Hari ni nak share secebis (tak banyak pun) pengalaman saya sebagai seorang yang menjalankan bisnes secara online sambil bekerja full time. Rujukan ini mungkin lebih sesuai kepada yang newbies. Saya masih bertatih-tatih nak kejar yang da capai rank tertinggi tapi masih bekerja.. Wow...



Apabila kita melaksanakan bisnes secara part time.... Dah terang-terang tertulis - PART TIME kan... Jadi, jangan sekali-kali mengabaikan tugas wajib kamu di tempat kerja... Kalau ade kerja memang wajib habiskan dulu... Kerja-kerja part-time ni, boleh dibuat pada waktu rehat.... macam lunch time... Masa tu, hampa nak promote, nak blast online, dipersilakan. Habis aje waktu lunch, sambungla balik kerja hakiki anda... Unless anda tak berapa nak ade kerja, bos anda pun faham anda boring dan membenarkan anda buat bisnes part-time... Tu kes lainlah.. Sila manfaatkan masa anda.

Mesti ramai yang tanya, setakat lunch time sejam tu, apa je yang boleh dibuat.... Haha.. ok... Saya yakin, 99.9% yang sertai bisnes online ni mesti ada smart phone kan... Siapa yang masih ada Nokia 3310 angkat tangan? Yang ada Nokia pun, saya cadangkan laburkan sikit duit anda beli fon murah-murah... tapi "smart". Langgan data bersama pakej fon anda, atau kalau prepaid, belilah data supaya anda boleh akses Internet. Pastu download Facebook dalam fon yang membolehkan hampa taip apa yang hampa nak jual kat facebook tu. Bagi saya, kalau dibandingkan penggunaan PC/Laptop dan smart phone, cepat lagi pakai smart phone kalau nak online.

Sebab apa? Sebelum saya ulas lanjut, biar saya terangkan dulu macam mana cara nak memastikan orang tau yang anda sedang menjalankan bisnes part time.

1. Pastikan kawan-kawan dalam FB tu mencapai 5000 orang. 

2. Kalau tak cukup 5000 orang, create satu fanpage, promote la untuk dapatkan likers atau anda boleh cari group-group iklan; contohnya Facebook FREE Ads dan mulalah sertai group-group tersebut. Lagi banyak group lagi bagus. Tapi pastikan anda memenuhi rules dan regulation dalam group-group tersebut macam kena bayar RM10 atau add friends anda ramai-ramai ke dalam group tersebut. 

3. Dengan menggunakan smart phone, apabila da ada fanpage sendiri, anda boleh share dan blastkan iklan anda ke group-group iklan tersebut. Senang aje..klik "share", kemudian keluar page untuk anda taip ayat-ayat promo. Kat atas sekali tu, akan tertulis "Share to Facebook". Boleh pilih tu untuk promote pada kengkawan FB anda. Kemudian share lagi, kat atas sekali tu, instead of sharing to FB, anda pilih In a Group. Bila da share in a group, akan keluar senarai group-group iklan yang anda dah join. Maka bolehla anda copy je ayat-ayat iklan anda, dan post ke dalam semua group.

Balik semula ke soalan kenapa lebih cepat pakai smart phone berbanding PC/laptop. Jawapannya ada masa anda nak tekan butang share tu... Kalau dalam PC/Laptop, anda kena taip sebahagian nama group tu, baru keluar. Kalau dalam smart phone, anda pilih share in a group je, keluar semua group anda dah join. Jadi tak buang masa nak taip. Pilih dan post aje... Memang sangat cepat :)

Boleh amalkan post di platform sosial media sebanyak 9 kali sehari. InsyaAllah ada hasilnya :) Lepas dah balik kerja tu, teruskan lagi post di FB ke, Instagram ke, dalam pukul 8.30 malam, 10 malam, dan 11.30 malam.... Selagi orang tak tidur. Nak senang lagi, bila ada masa, schedulekan post anda tu di FB, mengikut masa-masa yang anda kehendaki. Kemudian share.. Tak yah susah-susah nak post satu-satu. Kalau rajin, explore pulak bidang penulisan blog. InsyaAllah berpanjangan bisnes anda ini. 

Sebenarnya, tiada benda yang senang... Bersusah-susah dulu, InsyaAllah akan ada hasilnya. Kukuhkan dulu tapak anda di sosial media. Sharelah benda-benda yang bermanfaat. Kalau asyik iklan je, orang naik bosan. Nanti kita kena block pula... Jadi banyakkan membaca juga dan share. Ilmu yang dishare tu akan bermanfaat kepada anda juga nanti...

Bagi yang betul-betul nak serius buat bisnes ini, sebenarnya kuncinya pada Yang Memberi Rezeki... Semestinya pada Allah. Jangan minta pada manusia, mintalah pada Allah... Allah pegang setiap hati-hati manusia. InsyaAllah, kalau semua suruhan dan perintahNya dilaksanakan, akan ada hasil. Mungkin awal-awal tu slow... Tapi jangan putus asa, konsisten sharing dan beriklan. Memang dalam perjalanan tu, bagai onak duri akan ditempuh, tapi teruskan aje.

Kalau anda tercari-cari bisnes online yang sesuai, saya cadangkan sertailah Shaklee.... Saya tak faham kenapa ramai sangat anti-Shaklee. Sebenarnya yang paling berkesan, rasai sendiri kesan pengambilan Vitamin Shaklee ke atas diri anda. Tapi minum air kenalah banyak juga. InsyaAllah anda takkan kecewa. 

Anda boleh tonton video ni untuk mengetahui kenapa bisnes Shaklee adalah yang terbaik :)


Bisnes Shaklee Penipu? Isk3. Tak Percaya? Tengok Ni from iReach HD on Vimeo.


Saya dulu bermula dengan Ostematriks (tablet kalsium) sebab rasa badan penat dan susah nak bangun pagi. Alhamdulillah, lepas pengambilannya, memang dapat rasa senang nak bangun pagi. Bonus dia, senang juga nak membuang air besar  hari-hari :) Kesayangan saya yang kedua ialah Omega Guard..Pergggg memang best tau... Heeee.. nak tau nape, contact saya.

Banyak lagi kebaikan menyertai Shaklee ini. Anda buat bersungguh-sungguh, anda akan dapat bina empayer anda sendiri. Tak payah dah duduk bawah upline. Anda uruskan sendiri anak-anak buah anda. Semua bisnes melibatkan network yang besar.. Shaklee pun begitu juga. Mana ada orang kaya sorang-sorang. Mesti dia juga bermula dari group yang lain kemudian membina empayer sendiri. Namun yang bagusnya, semua group-group ni sentiasa bergerak bersama-sama. Nak atau tak nak je :)

Anda nak? Hubungi saya segera di 012-5538628. Lepas da join nanti saya cerita lebih lagi. Tidak ada istilah terlambat untuk memulakan sesuatu, yang penting, anda MULA kan :)

Diana
SID: 1112978
012-5538628.


Previous
Next Post »
2 Komentar