Kuasa Minda dan Bangun Awal

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Hari ni nak share pulak berkaitan kuasa minda dan bangun awal pagi... Heeee... Saya tahu, nak bangun awal pagi bagi sesetengah orang tu bukan mudah.. I heart you :) Tapi saya nak create a good habit... Nak biasakan diri bangun pukul 5 pagi...



Dua tiga hari ni, saya perasan, kalau kita nak... Memang boleh buat. Ni nak citer pengalaman sendiri...

Tip #1

Sebelum tidur, minum air banyak sikit.... Janganlah sampai satu liter..kang asyik nak gi toilet je.... Minumlah air dalam dua gelas. Air kosong tau.. Tak kiralah, air sejuk ke... Air suam ke... Asalkan H2O :) Macam saya, saya ambil supplemen kalsium (Ostematriks), InsyaAllah bangun pagi akan lebih segar dan bantu memudahkan buang air besar keesokan harinya.

Tip #2

Masa nak tidur tu, bacalah doa perlindungan, berzikir dan apa-apa sahaja yang membuatkan minda lebih tenang. Kemudian niatkan nak bangun Tahajud (bagi Muslim). Kalau non-muslim, setkan dalam minda, nak jugak-jugak bangun kul 5 pagi, nak exercise ke... nak membaca ke... apa sahaja. Determination kenalah kuat.. Kalau hati rasa, kalau tak bangun pun takpe... kebarangkalian tak terbangun tu memang tinggi.

Tip #3

Kemudian anda tidurlah.... Sebaiknya, tidurlah awal... Sebab tidur awal tu sebahagian daripada Sunnah... Supaya kita dapat bangun in the wee hours untuk beribadat. Tapi kalau dah terpaksa tidur lambat, macam mak-mak yang kerja rumah dan hal-hal anak-anak yang tak habis-habis, nak buat macam mana... Terpaksalah juga....

Dua hari saya buat, Alhamdulillah... memang terjaga on-time pukul 5 pagi. Hari pertama, saya bangun nak ke toilet. Tengok jam, pukul 5 pagi :)

Hari kedua, saya automatik terjaga... Saya memang ada buat alarm kat fon...sebelum alarm tu berbunyi (beberapa saat sebelum alarm berbunyi) saya dah bangun dulu... Allahuakhbar... Betapa Allah Maha Mendengar keinginan dan doa-doa hambaNya.

Selepas terjaga tu, teruslah bangun ye.... Jangan malas-malas atau rasa jap..aku nak tidur 5-10 minit lagi.... Alamatnya anda memang takkan bangun... Silap-silap haribulan, Subuh pun terlepas.

Minda anda sangat berkuasa. Apa yang anda hajatkan, doakan.. Allah akan memakbulkan. Kalau bukan di dunia, di akhirat kelak akan termakbul.

Harap perkongsian ini bermanfaat. Semoga hari anda happy-happy selalu :)

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628


Previous
Next Post »
0 Komentar