Muka ketat cair dengan kata-kata seorang anak

Kosong... kosong... page aku hari ini kelihatan kosong... Aku belum ada idea nak menulis... Ada masanya idea datang mencurah-curah... Tapi memandangkan tanganku dah mula mengetik keyboard ni, maka aku teruskan jua mengetikla :)

Haaa... Dengan dua tiga perkataan, insyaAllah aku akan dapat kembangkan ke satu entry :) Aku teringat kisah semalam.... Mungkin kerana penat.... Muka aku tidak menunjukkan sebarang emosi. 

Perancangan nak memasak makan malam tak jadi. Aku hanya masak nasi. Lauknya aku tunggu suamiku belikan.... Suamiku membawa pulang tomyam campur dan ayam goreng kunyit. 

Terima kasih kepada suamiku, dia letakkan lauk pauk ke dalam mangkuk dan isikan nasi ke dalam pinggan anak sulungku. Aku ketika itu sedang menyiapkan kerja... Tak lama selepas itu, aku join anakku makan. 

Ku lihat lauk yang ada tidak lengkap tanpa telur goreng :D Jadi aku pun goreng telur mata sekejap. Sempat aku tanya anakku sama ada dia nak telur goreng juga. Tapi style anakku, makan nasi hanya dengan satu lauk... Dia dah ada ayam goreng kunyit... Jadi aku goreng untuk diriku sahaja....

Seusai itu, ku duduk untuk makan di meja bersama-sama anakku.... Pada msa itu, wajahku memang tiada emosi. Kalau orang tengok, memang dilabelkan sebagai "muka ketat". Tapi dah memang kalau aku tak senyum, begitu nampaknya... Nak buat cane... :p



Tiba-tiba anakku cakap, "Ibu... telur yang ibu masak sedap.... Tapi...". Tersenyap dia sebentar mengisyaratkan yang dia sudah punya lauk... nasi dan ayam goreng kunyit... 


Aku yang tiada emosi dan muka ketat... terasa cair secairnya... Kelakar pun ada sebab siapa yang tak pandai goreng telur kan.. Hahaha,, Aku tahu.. Korang yang baca ni lagi terror goreng telur... Siap boleh jadi telur bistik dan sebagainya :D

Mukaku yang ketat, akhirnya tersenyum sedikit. "Tak mengapa sayang." Balasku.... :) Tak sangka anak kecil ini sangat pandai mengambil hati... Semoga Allah kekalkan sifat empati dan kasih sehingga anak ini menjadi dewasa.

Selepas makan... Aku duduk-duduk sebentar. Anakku dah sibuk bermain berlari.. sekejap-sekejap main game di dalam a'a (ipad) nya... Yang sorang lagi memang dah lama terlena... Suamiku sedang menikmati makan malamnya pula...

Aku memang rasa penat... Jadi sebelum masuk tidur, aku telan Ostematrix (tablet kalsium) 4 biji dan 2 biji vitamin B Complex... Kalau korang nak tahu... Kalsium lebih baik diambil pada waktu malam kerana kalsium membantu dalam merehatkan badan. Aku tambah B Complex sebab vitamin ini membantu merehatkan urat-urat saraf yang telah penat bekerja seharian.

Alhamdulillah, pagi ini, aku bangun dengan lebih mudah. Tak terasa kepenatan semalam walaupun tidurku dah melebihi jam 1 pagi. Terkejut juga rasa,,, Tapi highy recommended la bagi siapa-siapa yang selalu rasa badan penat-penat.. Nak bangun pagi susah, aku cadangkan korang amalkan Ostematrix ni setiap malam. Kalau terasa sakit-sakit urat, ambil sekali dengan vitamin B Complex.

Sekian celotehku di hari ini. InsyaAllah kita berjumpa di esok hari pula :) Ohhh ya.. Aku serius mencadangkan Ostematrix dan B Complex tu.. Badan kita memang memerlukan kedua-duanya setiap hari... Kalau nak beli, hubungi aje 012-5538628. 

Kalau nak COD, aku boleh hantarkan di area Shah Alam, Subang Jaya, PJ di area VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS dan kawasan-kawasan sekitar. Di Mid Valley dan Klang pun boleh :) Kalau jauh, aku pos aje..

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628
Previous
Next Post »
2 Komentar