Penawar Selsema & Batuk Kanak-Kanak

Penawar Selsema & Batuk Kanak-Kanak
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... selamat berhujung minggu... Hari ni rasa macam nak share pasal Omega Guard... haha straight forward gitu... bukan apa... sebab memang nampakla kesan yang sangat baik kat anak bujangku sorang ni... Bole kata tiada lagi selsema dan batuk yang serius sejak mengambil Omega Guard.

Jangan risau... Omega Guard ini mengandungi DHA dan EPA yang sangat bagus untuk perkembangan otak si manja. Bab kata iklan susu... menggalakkan sel-sel otak berhubung. Buat penegtahuan anda semua juga... badan kita tidak memghasilkan DHA dan EPA. Kita mendapat nutrisi ini daripada makanan seharian kita.. (jika vitamin dan nutrisi ini tidak rosak semasa proses memasak).

Omega Guard juga membantu mencairkan kahak. Anakku sebelum ini... setiap malam hidung mesti tersumbat. Memang kena sapu vicks untuk memudahkan dia bernafas... sekarang memang tak perlu lagi... Alhamdulillah memang syukur sangat... 

Aku start bagi anakku makan Omega Guard ini selepas dia keluar dari hospital tahun lepas kerana allergik yang teruk... Memang sejak itu... tiada lagi singgah ke klinik... Alhamdulillah... 

Cane nak makan? Omega Guard ini dalam bentuk kapsul... ada sesetengah budak dikunyahnya Omega Guard ini macam gula-gula... tapi anakku tak suka... Maka cara terbaik ialah...aku suruh dia telan aje.. Jangan risau sebab nak telan Omega Guard yang diperbuat daripada minyak ikan laut dalam ni.. mudah sangat... da masuk mulut... minum air... memang licin untuk ditelan.. takde masalah untuk budak berumur 4 tahun menelan..

Apa-apa pun... kalau nak tanya... boleh hubungi daku di 012-5538628. Sebotol Omega Guard ini berharga RM136.00 dan mengandungi 90 kapsul.

Pendarahan atau Spotting Semasa Kehamilan Part II

Pendarahan atau Spotting Semasa Kehamilan Part II
Sambung balik cerita pasal pendarahan atau spotting semasa kehamilan.... Aku terasa nak selit juga kisah-kisah rakan-rakan lain yang mengalami masalah yang serupa...

Aku ada tanya juga sahabatku yang juga merupakan seorang doktor. Dah ditentukan Allah rupa-rupanya dia juga sedang hamil dalam 8 minggu dan mengalami pendarahan yang banyak. Pada masa aku bertanya tu, sahabatku ini sedang menunggu untuk berjumpa dengan doktor.... Katanya mungkin kesnya "Threaten Miscarriage". Jadi dia hendak dapatkan pengesahan doktor. True enough, belum masa dia lagi, kandungan tidak dapat diselamatkan... Beberapa hari selepas itu, dia telah menjalani prosedur D & C (Dilation & Curettage) iaitu proses untuk mengeluarkan janin yang gugur itu :'(

Ada juga seorang sahabatku yang telah selamat melahirkan bayi yang comel, di mana semasa hamil lebih kurang 5 bulan... mengalami pendarahan yang agak banyak.... Apabila scan, doktor mengesahkan ade pendarahan di area berdekatan dengan uri. Mengikut kata doktor, mungkin akibat pergerakan ibu yang aktif menyebabkan geseran di antara uri dengan dinding rahim maka terjadilah pendarahan. Apabila ditanya lebih-lebih doktor hanya suruh mengurangkan pergerakan dan maklumat selanjutnya hanya boleh diketahui apabila kandungan melebihi 6 bulan....

Begitu jugalah dengan kes aku... Alhamdulillah kandunganku tidak terusik... Aku sebenarnya berjumpa dengan dua orang gynea... doktor yang pertama cakap tak ade apa-apa... give it some time to heal... Tapi hati tak senang apabila pendarahan yang sikit masih keluar apabila masuk minggu kedua... Then aku decide untuk get 2nd opinion ngn gynea lain di tempat lain. Masa tu dah takde pendarahan. Apabila scan, Alhamdulillah... kandungan memang tak de menunjukkan sebarang pendarahan atau apa-apa pun. Kemudian sample keputihan diambil. Mengikut kata doktor, mungkin jangkitan kulat. Namun, bagi kandungan sebelum 12 minggu.... jangkitan kulat tidak boleh dirawat. Jadi aku hanya diberi ubat penguat rahim. 

Alhamdulillah... aku bersyukur.... setakat ini tiada apa-apa masalah. Jadi kepada ibu-ibu yang sedang hamil, jika berlaku apa-apa pendarahan, pergilah berjumpa dengan doktor segera. Pendarahan ini boleh terjadi dengan banyak sebab... Ada disebabkan perubahan hormon, seperti mana yang terjadi kepadaku.... Ada disebabkan pergerakan aktif... Ada juga disebabkan kandungan itu lemah... dan 1001 sebab lagi yang mungkin timbul. Kebanyakan doktor tak dapat memberi apa-apa assurance. Macam kes aku... kandungan masih di peringkat awal. Kena tunggu kandungan mencecah 3 bulan. Sama kes juga dengan sahabatku... sah sampai 5 bulan... kena tunggu 6 bulan pula.... 

Jadi apabila hamil... banyakkan berdoa agar kandungan ini terpelihara oleh Allah selalu... Macam aku cakap sebelum ini... Allah Maha Memberi... Allah juga boleh mengambilnya semula bila-bila masa sahaja. Kita berdoa dan berserah dan harapkan yang terbaik....

Semasa hamil, pengambilan nutrien yang mencukupi juga sangat penting. Kalau dah baca cerita kisah kehamilanku... semestinya supplemen Shaklee menjadi pilihan.... Nak harapkan food intake.... memang tak cukup nutrien... contohnya kalsium.... takut nanti gigi kita jatuh sebab bayi dalam kandungan juga memerlukan kalsium.

Untuk kehamilan ini, aku mengambil Set Kehamilan Trimester Pertama yang terdiri daripada:

- Sustained Release Vita-C - meningkatkan sistem imun dan mengurangkan bengkak gusi.

- Vita-Lea (multivitamin) - mengandungi asid folik, iron yang sangat-sangat diperlukan oleh sang ibu dan vitamin-vitamin penting yang lain.

- B Complex - Mengurangkan bengkak gusi, mengandungi asid folik. Mengandungi kesemua keluarga vitamin B yang diperlukan oleh tubuh.

- OsteMatrix - Membekalkan keperluan kalsium yang diperlukan oleh ibu hamil dan mengurangkan sembelit dan cramp kaki semasa hamil.

- ESP - Membekalkan keperluan protein untuk pertumbuhan sel-sel yang sihat dan membantu menguatkan rahim.

Jika ada sebarang persolan, nak tanya pasal supplemen ke... nak beli ke... jangan malu-malu untuk menghubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com



Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

Kind Hearty Enterprise


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Pendarahan atau Spotting Semasa Kehamilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Hari ni aku nak sambung menulis pasal kisah kehamilanku. Intronya dah tulis dalam entri sebelum ini... sekarang sambungannya. Aku akan fokus kepada isu kehamilan yang aku sendiri lalui iaitu pendarahan atau spotting semasa kehamilan.

Pendarahan atau spotting semasa kehamilan ini memang suatu isu yang menakutkan bagi semua wanita yang hamil. Apatah lagi wanita hamil yang berada dalam fasa trimester pertama, di mana apa-apa kemungkinan boleh terjadi. Aku juga mengalami perkara yang sama. (Rasa serius betul penulisanku pagi ni...)

Alhamdulillah... kehamilan kali kedua ini, aku tidak mengalami simptom-simptom morning sickness. Releks aje... Ada tu ada la rasa loya-loya... tapi bukan sepanjang masa... Selalunya terjadi semasa aku lewat makan 3 meal utama setiap hari... Haaa kalau terlewat.. the urge to vomit tu datang secara tiba-tiba. Jadi... this time, aku memang makan banyak dan kerap sangat... sigh... Harap-harap berat badanku meningkat dengan sihat... 

Ok.. berbalik kepada isu pendarahan semasa kehamilan ni... Sebenarnya aku memang selalu mengalami pendarahan... even sebelum aku hamil... Orang panggil spotting dalam bahasa Inggerisnya... Apakah maksud spotting ini?

Spotting ini adalah pendarahan ringan... seperti yang terjadi semasa awal kitaran haid atau masa dah nak abis period gitu... Tapi spotting bukan terjadi masa period ekk... Tiba-tiba je keluar darah sikit... dan anda tidak period masa tu...



Aku memang agak particular sikit hal-hal kewanitaan begini. Sebelum hamil, aku siap gi buat pap smear untuk mengesahkan tiada perkara-perkara yang tidak diingini apabila terjadinya spotting. Dalam waktu tidak hamil, doktor akan bagi ubat insert untuk merawat masalah ini... Antara punca-puncanya mungkin luka di pangkal rahim... jangkitan selepas luka... dan seribu satu kemungkinan... kita fikir yang baik-baik aje ye...

Begitu juga kes aku masa sebelum hamil dulu... doktor kata jangkitan aje... tak perlu risau. Jangkitan tu akan baik nanti... Memang take time jugalah nak clearkan spotting tu.. rasanya dekat 2 minggu baru takde darah da... 

Then masa hamil.... seawal 6 minggu kot... ade keluar darah / spotting ni.... skit aje la... aku fikir positif... aku fikir mesti sebab yang sama macam sebelum hamil... Jadi aku memang lengahkan berjumpa gynea. Tapi bila da masuk minggu kedua.. masa tu kehamilanku dalam minggu ke-7... aku dah tak sedap duduk... lama la spotting ni... asyik ade je walaupun takdela keluar all the time... Tapi dalam sehari mesti ade... Tak puas hati jugak rasa... dulu masa aku hamil anak sulungku... tak pernah ade darah sikit pun keluar... memang da berbeza... dulu umur agak muda...sekarang da meningkat umur.... hahaha..

Haishhh...panjang celotehku... kita sambung next entry ya... pening pulak korang baca meleret-leret ni... heeee....


Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com



Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

Kind Hearty Enterprise


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Kisah Kehamilanku

Segan juga sebenarnya untuk aku coretkan kisahku tentang kehamilan ini... harap semua pembaca mendoakan yang baik-baik untuk kita semua.. bukan niat aku berkongsi semua ini untuk berbangga atau riak... jauh sekali nak menunjuk lagak.. hanya sekadar perkongsian.. Mana tahu boleh bantu pasangan suami isteri di luar sana yang sedang berusaha untuk mendapat cahaya mata juga.. Namun harus diingatkan... Segala-galanya juga adalah ketentuan Allah Yang Maha Esa.. 

Dalam entri sebelum ini... aku cakap kira-kira setahun juga aku mencuba... masa tu.. aku tak tekankan sangat pengambilan supplemen kesuburan Shaklee sebab aku fikir we just go through the normal way... Aku hanya ambil B Complex yang mempunyai asid folik untuk persediaan kehamilan.. Tapi mungkin faktor umur... berat badan yang dah bertambah.. dan juga belum masa yang ditentukan Allah.. maka tiada hasilnya... 

Aku start makan GLA Complex.. memang tiptop GLA Complex ni dalam membantu menstabilkan kitaran haid.. GLA Complex ni macam Evening Primerose tapi lebih baik dari Evening Primerose.. heee bukan auta tapi fakta.. :p memang bagus sangat bagi orang yang mengalami masalah kitaran haid yang tak teratur.. for myself.. memang stabil sangat kitaran haidku... tiap-tiap bulan memang tarikh hari pertama kitaran haid dicatatkan di dalam kalendar... tak pernah miss.. sebagai persedian in case ade kelewatan kan...

Tapi... bukanlah dengan makan sebotol gitu da pregnant... jangan salah anggap... kalau aku ditakdirkan hamil sekali pun.. Itu kerana Allah yang menentukan.. selebihnya.. pengambilan supplemen hanyalah ikhtiar bagi kudrat yang bukan milik kita pun.. ☺

Dalam mengambil GLA Complex botol kedua... aku tambah sekali dengan Vita E Complex... yang bukan sahaja bagus untuk kecantikan kulit.. malah juga untuk kesuburan... Caranya makan half half ngn GLA Complex.. haha.. gane tu? Aku mkn GLA Complex dan Vita E Complex dari hari pertama kitaran haid sampai hari ke-14.. Hari ke-15 aku hanya ambil Vita E Complex aje..sampai ke akhir kitaran haid... Namun sudah tertulis.. belum rezekiku... 

Kemudian aku fikir... mungkin badanku penuh toksin... menyebabkan berat badan semakin bertambah dan menyukarkan kehamilan... jadi aku ambil Alfalfa Complex untuk detoks perutku.. sebenarnya nak kuruskan badan la.. heee... Aku tak ambil lecithin... tapi aku ambil Omega Guard terus untuk membantu pembuangan lemak yang dikikis Alfalfa Complex... Selain tu.. Omega Guard sebagai ikhtiar aku yang tak punya apa-apa ini untuk sakit tumit kananku...  Cinch Shake perisa coklat juga aku ambil untuk mengekalkan otot supaya hanya lemak dibuang... dan jangan lupa... senaman jangan tinggal... nak kuruskan badan kena bersenam tau... 

Being human.. bersenam memangla tak konsisten.. especially yang da lama tinggalkan aktiviti ni... tapi aku buat jugakla...misi nak menguruskan badan... heee... supplemen GLA Complex.. Vita E Complex.. Alfalfa Complex... Omega Guard.. Cinch Shake tetap konsisten.. malah aku suruh suamiku ambil juga Vita E Complex...

Alhamdulillah... GLA Complex adela beberapa biji lagi... sebotol Vita E Complex pun tak sempat abis lagi... Alfalfa Complex yang 330 biji tu.. tak yah cakapla... long way to go... aku heran... sebab periodku delay... haishhh... daripada berteka teki... aku suruh suamiku belikan pregnancy test... Alhamdulillah... simbol campur keluar.. memang Allah kurniakan rezeki dalam waktu yang tidak disangka-sangka... bersyukurku kepada Allah... kerana sebaik-baik manusia merancang... rancangan Allah lagi Maha Hebat... 



Untuk entri ni.. aku berhenti di sini dulu.. dah hamil Alhamdulillah... tapi manusia tidak sunyi dari dugaan.. Sebab Allah sayang... ☺ Syukur pada Allah... nanti aku sambung part 2...

Nak tahu lebih lanjut, pasal supplemen Shaklee dan cara-cara pengambilannya, jangan malu-malu untuk hubungi aku :) di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com



Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

Kind Hearty Enterprise


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Hanya Ceritaku...

Hanya Ceritaku...
Lama juga aku tidak menjengah blog kesayanganku ini... ikutkan banyak yang ingin aku coretkan... tapi ntahla kenapa lemah benar jari jemariku kini...

Aku nak khabarkan kisahku... tapi terdetik di hati... patutkah aku berkongsi kisah ini sekarang?

Jangan bimbang... khabar yang ingin aku kongsikan adalah khabar gembira.. yang aku tunggu selama ini.. tapi ikut adat cina.. choi kalau kongsikan terlalu awal.. Tapi apabila difikir-fikirkan balik... tak salah berkongsi kisah gembira kerana hakikatnya.. kita tidak punya apa-apa.. bak kata suamiku.. Allah yang memberi.. bila-bila masa juga Allah boleh ambil semula... maka kita yang tak ada ni pun... redha dan bersyukurlah... sesungguhnya setiap yang terjadi... pasti mempunyai hikmah yang tersembunyi...

Jangan marah ya... aku nak bercakap pasal Shaklee juga dalam coretan ini.. heee... Inilah juga antara sebab aku terjebak dengan supplemen Shaklee.. Melihat sahabat-sahabatku berjaya dengan Shaklee.. semestinya aku juga tidak mahu lepaskan peluang... Berjaya apa sebenarnya yang aku maksudkan?

Heeee... kalau aku cakap ni.. confirmla korang tau aku nak tulis pasal apa... Berjaya dalam proses penyusuan selama 2 tahun... Tapi sebelum nak sampai ke tahap penyusuan.. kenalah hamil dulu.. Alhamdulillah... tidak aku nafikan tidak mudah untuk aku hamil kali kedua ini... lama juga aku menunggu.. namun aku redha... ketentuan Allah kan yang terbaik... Akhirnya setelah hampir setahun... aku disahkan mengandung.. aku hanya buat pregnancy test di rumah setelah berlaku kelewatan haid... 

Berjaya yang kedua pula... ialah alang-alang dah mencuba pelbagai supplemen Shaklee.. apa kata kita kongsikan kebaikannya dengan orang-orang lain juga kan... Alhamdulillah... in general.. mengamalkan supplemen Shaklee memang dapat terasa kesannya yang ketara... kedua... InsyaAllah melibatkan diri dalam perniagaan Shaklee aku yakin akan dapat meningkatkan diri aku menjadi lebih sihat... berjaya... dan kaya.. kita copy paste aje leader-leader yang dah berjaya... mudahkan?

Inilah coretan aku setelah asyik on and off aje.. pasni akan aku kongsikan kisah kehamilan ku yang baru mencapai 10 minggu hari ini....

Bersyukur... Bersyukur.. Bersyukurlah....

Hari ni, tergerak hati nak menulis pasal bersyukur lagi.... Kalau tengok dalam entri-entri saya dalam blog ni... banyak juga entri pasal bersyukur... Setiap kali tulis.. terasa insaf.. kemudian terlupa... Agaknya sebab tu saya suka sangat tulis.. keep on repeating the same topic over and over again... nak mengingatkan diri saya sendiri pasal bersyukur ni...

Cer tengok video di bawah....

Terbayangkan keadaan anak-anak kita yang hidup dalam keadaan yang sangat selesa dan mewah berbanding dengan kanak-kanak yang berada di Afrika... Zimbabwe.. etc... Minum air keruh... makan apa yang seadanya.... Kuku jari kaki dan tangan berdarah-darah terluka... tetapi adakah mereka menangis? takde pulak... tapi kita yang melihat..... Sedih.... 

Itulah yang saya katakan... kita selalu terlupa... Merungut dan mengadu kehidupan kita terlalu sukar... Tetapi adakah sesukar mereka di sana? Renung-renungkan selalu...



Semoga kita terapkan peringatan dan ikhtibar kepada anak-anak kita.... agar mereka menjadi generasi yang cakna dengan kehidupan yang tidak diperoleh oleh sesetengah kanak-kanak di dunia... Sama-sama berkongsi kebahagian dan kegembiraan...

Akhir kalam... ingatlah.... sesukar kehidupan kita sekarang.. mungkin tidak sesukar kehidupan sesetengah orang yang lain... Bersyukur dengan apa yang ada.... dan perbaiki lagi diri dengan izin Allah agar diri kita menjadi sebahagian daripada asbab untuk membahagiakan orang lain....




Jom tonton video dari Facebook...



Ceritera 2015

It's been awhile I have not written anything on the blog... rinduuuuu... Kenapa saya dah lama tak menulis? Haha malas nak memberi alasan.... Mungkin tidak cukup komitmen.... Tapi akan ku share jugakla ceritera 2015 ini..



Dalam masa beberapa minggu ini... banyak juga yang terjadi di dalam hidup... Alhamdulillah... syukur dengan segala-gala yang terjadi... There's a lot to share and I will share it sooner or later :)

Life goes on as usual...walaupun tak berapa nak usual sebab sekarang ni dah lain.... heee... cer teka apa yang lainnya... Takpe-takpe tunggu masa yang sesuai untuk saya reveal satu per satu ya.

Haaa.... Shaklee saya tetap berjalan seperti biasa... Saya tetap menjual malah saya sendiri dah mendaftarkan perniagaan untuk menjual Shaklee secara online... bising sangat kan.. nak amik... heeee... Nanti saya akan kongsikan kisah saya mendaftarkan perniagaan saya ye. Boleh dibuat rujukan kepada rakan-rakan yang masih belum berdaftar...

Heee... hari ni hanya tulisan kosong...as an introduction selepas agak lama menyepi... InsyaAllah akan saya usahakan agar blog ini terupdate setiap hari... Harap-harap dapat lebih daripada satu artikel sehari..

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul semua.. mari kita perbanyakkan berselawat ke atas Rasul junjungan kita... Tanpa kesabaran dan dakwah Rasulullullah saw... entah bagaimana kita sekarang..

Tahun 2014 yang baru meninggalkan kita semestinya banyak meninggalkan kesan pahit dan manis dalam hidup kita dan juga kepada negara kita.

Pada tahun 2014 ini, terlalu banyak perkara yang terjadi yang seharusnya diambil iktibar oleh kita semua. Bermula dengan kehilangan MH370, terhempasnya MH17 dan sebagai penutup tirai 2014, terhempasnya QZ8501. Banjir yang melanda pantai timur juga merupakan suatu dugaan besar kepada kita semua...

Bagi diri kita sendiri secara personally, saya yakin banyak lagi peristiwa yang dialami.... Renung-renungkan kenapa kita melalui perkara ini... Adakah kita patut berdiam diri dan mengabaikannya...? Sempena kelahiran junjungan besar Baginda Rasulullah SAW, renungkan juga segala pengorbanan jerit perih yang tidak ternilai yang telah dilalui Baginda SAW. Hasil pengorbanan baginda, pada hari ini, Islam telah tersebar ke seluruh dunia... Kita adalah orang Islam... Banyak sangat perkara yang kita harus syukuri...

Akhir kata, dalam saudara-saudara kita yang sedang bersusah payah, jangan kita lupakan mereka. Paling sedikit... doakan kesejahteraan dan ketenangan mereka... Semoga apa yang terjadi diambil iktibar dan pengajaran oleh kita semua....


Selamat Tahun Baru 2015

Assalamualaikum dan salam ceria semua pembaca-pembaca sekalian. Selamat Tahun Baru 2015. Semoga tahun ini kita lebih matang dan mengambil iktibar daripada segala peristiwa pahit manis yang terjadi pada tahun 2014. 

Masuknya bulan Januari 2015 ini, maka berakhirlah juga promosi tiga produk Shaklee yang best iaitu Vitamin E, Vitamin C dan Collagen Powder. 

Tapi ade tiga lagi produk superb yang dipromosikan pada tahun baru ini iaitu; Vivix, Alfalfa Complex dan Vita-Lea for Children.... waaaa.. Inilah masa nak rebut produk anti-aging Vivix yang sangat best, nak detoks kan badan dan sediakan multivitamin kepada anak-anak cerdik anda.


Seperti biasa, bagi pembelian Vivix, beli 6 botol Vivix, anda akan dapat percuma sebotol lagi, malah keahlian percuma dan bulan depan anda akan dapat cash rebate. Tawaran yang memang tak patut anda lepaskan.. Harga retail ialah RM475.00 sebotol... tapi dengan promosi ini, anda akan nikmati harga ahli, iaitu RM380.00 sebotol, malah lebih rendah apabila anda memborong 6 botol dan dapat percuma sebotol.

Begitu juga dengan Alfalfa Complex, beli 6 botol percuma sebotol lagi. Alfalfa sangat baik untuk ibu-ibu yang ingin boostkan pengeluaran susu.... pada masa yang sama, detokskan badan dan juga sesuai untuk pengidap gout. Sebotol Alfalfa bersaiz besar, 700 biji ialah RM97.50 dan botol kecil 330 biji, RM53.75. Namun pembelian borong akan menjanjikan penjimatan berganda-ganda :)

Finally, kini Vita-Lea for children kembali lagi. Vita-Lea merupakan multivitamin yang mengandungi vitamin yang diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar. Harga sebotol ialah RM48.75 mengandungi 65 chewable tablets. Beli 6 botol Vita-lea ini, istimewanya anda akan mendapat 2 botol free! Weee... memang masa yang sesuai... sekolah akan dibuka tak lama lagi, atau anda boleh sumbangkan kepada anak-anak mangsa banjir... Inilah masanya :)

Apa-apa pertanyaan, anda boleh hubungi 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek