Hanya Ceritaku...

Lama juga aku tidak menjengah blog kesayanganku ini... ikutkan banyak yang ingin aku coretkan... tapi ntahla kenapa lemah benar jari jemariku kini...

Aku nak khabarkan kisahku... tapi terdetik di hati... patutkah aku berkongsi kisah ini sekarang?

Jangan bimbang... khabar yang ingin aku kongsikan adalah khabar gembira.. yang aku tunggu selama ini.. tapi ikut adat cina.. choi kalau kongsikan terlalu awal.. Tapi apabila difikir-fikirkan balik... tak salah berkongsi kisah gembira kerana hakikatnya.. kita tidak punya apa-apa.. bak kata suamiku.. Allah yang memberi.. bila-bila masa juga Allah boleh ambil semula... maka kita yang tak ada ni pun... redha dan bersyukurlah... sesungguhnya setiap yang terjadi... pasti mempunyai hikmah yang tersembunyi...

Jangan marah ya... aku nak bercakap pasal Shaklee juga dalam coretan ini.. heee... Inilah juga antara sebab aku terjebak dengan supplemen Shaklee.. Melihat sahabat-sahabatku berjaya dengan Shaklee.. semestinya aku juga tidak mahu lepaskan peluang... Berjaya apa sebenarnya yang aku maksudkan?

Heeee... kalau aku cakap ni.. confirmla korang tau aku nak tulis pasal apa... Berjaya dalam proses penyusuan selama 2 tahun... Tapi sebelum nak sampai ke tahap penyusuan.. kenalah hamil dulu.. Alhamdulillah... tidak aku nafikan tidak mudah untuk aku hamil kali kedua ini... lama juga aku menunggu.. namun aku redha... ketentuan Allah kan yang terbaik... Akhirnya setelah hampir setahun... aku disahkan mengandung.. aku hanya buat pregnancy test di rumah setelah berlaku kelewatan haid... 

Berjaya yang kedua pula... ialah alang-alang dah mencuba pelbagai supplemen Shaklee.. apa kata kita kongsikan kebaikannya dengan orang-orang lain juga kan... Alhamdulillah... in general.. mengamalkan supplemen Shaklee memang dapat terasa kesannya yang ketara... kedua... InsyaAllah melibatkan diri dalam perniagaan Shaklee aku yakin akan dapat meningkatkan diri aku menjadi lebih sihat... berjaya... dan kaya.. kita copy paste aje leader-leader yang dah berjaya... mudahkan?

Inilah coretan aku setelah asyik on and off aje.. pasni akan aku kongsikan kisah kehamilan ku yang baru mencapai 10 minggu hari ini....
Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

wahh. akak mengandung. semoga dipermudahkan segala urusan

Balas
avatar

Terima kasih Nur Inani... InsyaAllah semoaga dipermudahkan urusan kita semua :)

Balas