Muka cerah dan berseri setelah jerawat pulih

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... :)

Setiap orang, lelaki atau pun perempuan mengidam-idamkan wajah yang bersih dan bebas jerawat. Tapi pelbagai produk dah dicuba, bermacam-macam pencuci muka, bedak dah pakai, tapi susah sangat nak memulihkan jerawat di wajah....



Dulu-dulu, muka saya pun banyak sangat jerawat. Saya masa tu, berikhtiar dengan pencuci muka... Pakai krim steroid... Rupanya saya salah...

Kita patut mula berikhtiarkan dengan memperbaiki kesihatan kulit dari dalam dahulu. Apabila dalaman elok dan baik, maka akan terpancar keserian pada wajah :)



Gambar kat atas ni, setelah berikhtiar dengan vitamin C dan vitamin E serta detoks darah dengan Alfalfa Complex, tengoklah hasilnya.... Daripada sebelumnya kulit kusam, gelap dan berjerawat. Setelah konsisten mengamalkan ketiga-tiga vitamin ini, Alhamdulillah, wajah lebih cerah dan bebas jerawat! Siapa yang tak nak kan?

Vitamin-vitamin Shaklee adalah vitamin yang selamat, dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi, bebas bahan-bahan sintetik dan berkesan. Ramai yang dah merasainya... Jom, senang aje nak dapatkan vitamin-vitamin ini. Hubungi saya di 012-5538628.

Penghantaran ke seluruh Malaysia atau saya boleh COD kepada anda yang tinggal di sekitar Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, sekitar Amcorp Mall, Menara PKNS, VSQ, Mid Valley, Klang di sekitar Bukit Tinggi.

Tak pun, anda nak beli terus secara online? Klik aje butang order di bawah. Penghantaran semua akan diuruskan direct daripada Shaklee :)


Apa tunggu lagi... Dapatkan segera. Lagi cepat anda mulakan proses untuk penyembuhan, lagi cepat hasil yang anda akan dapat :)

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Batuk selsema go away

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Saja nak share.. Minggu lepas si kecik baru je baik daripada batuk-batuk yang agak teruk. Kalau diikutkan sebenarnya telah terjadi beberapa episod batuk yang merungsingkan kami sebagai parents.

Dulu saya ada tulis pasal Barking Cough atau Croup Cough. Boleh baca di entry INI. Bukan apa, batuk-batuk pada bayi atau kanak-kanak ini sangat menyeksakan mereka. Lagi teruk apabila mereka terbatuk-batuk semasa tidur. Sampai bangun dan menangis-nangis.. Kesian sangat.

Episod anak saya batuk-batuk dua minggu lepas sangat merisaukan... Sampailah dia kena amik neb (gas) sebab kedengaran bunyi kahak di paru-paru. Doktor siap menyuruh agar diberikan antibiotik.


Alhamdulillah, dia telah pulih. Namun, sejak semalam, bermula semula batuk-batuk sikit. Semasa tidur, ada masanya dia terbatuk-batuk yang teruk... Ya Allah, peliharalah anak-anak kami. Memang kami sendiri juga batuk-batuk sekarang ni... Terjangkit gamaknya.

Saya bukan doktor, tapi pernah bertanya kepada doktor berkenaan virus dan bakteria pada masa kini. Kalau dulu-dulu mungkin kalau demam dan batuk-batuk hanya mengambil masa 3 hari untuk pulih sepenuhnya, tapi sekarang mungkin memakan masa sehingga 7 hari.

Satu lagi, bagi sayalah... Lain macam sikit apabila tengok si adik ni batuk... Macam tak pernah pula tengok si abangnya batuk sebegitu sebelum ini.

Apakah maknanya semua ini? Ini menunjukkan bahawa kekuatan virus dan bakteria semakin bertambah. Virus dan bakteria boleh berevolusi... Mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran dan menjadi lebih kuat. Jadi ubat-ubatan biasa yang selalu digunakan mungkin bertindak agak perlahan dalam membunuh virus dan bakteria tersebut.

Mungkin hal ini tidak begitu membimbangkan orang dewasa. Tapi pada kanak-kanak, ishhh tak sampai hatilah. Bagi bayi yang masih menyusu, ibu-ibu kena pastikan anda makan makanan yang tinggi antioksidan, kaya dengan vitamin C. Khasiat daripada pemakanan yang bernutrisi ini akan disalurkan kepada bayi anda dan membantu dalam meningkatkan sistem pertahanan badan mereka.

Bagi kanak-kanak yang sudah besar, ibu-ibu kena pastikan anak-anak mendapat pemakanan yang berkhasiat. Tahu tak, apabila anak-anak mendapat nutrisi yang mencukupi, bukan sahaja kesihatan mereka baik, malah appearance atau penampilan, kulit dan wajah mereka lebih berseri-seri.... Haaaa...

Tapikan... susah sebenarnya nak memastikan kita mendapat nutrisi yang mencukupi setiap hari. Nak harapkan anak-anak makan sayur dan buah-buahan, majoriti anak-anak takkan makan... Betul tak?

Bagi saya, ibu-ibu menyusu kena mendapatkan nutrisi tambahan daripada vitamin-vitamin untuk top up keperluan nutrisi seharian. Penting sangat sebab bayi anda memerlukannya untuk kekuatan dirinya. Memang susu ibu makanan yang terbaik... Tapi akan menjadi lebih baik jika kandungan susu ibu itu lebih bernutrisi hasil pemakanan vitamin atau supplemen oleh si ibu.

Untuk kanak-kanak, ada multivitamin, vitamin C, dan minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA serta Omega 3 yang sangat bagus dalam perkembangan minda anak-anak. Dalam keadaan masa kini, pemakanan anak-anak harus dititikberatkan...

Bagi ibu-ibu menyusu yang nak berikhtiar untuk kesihatan bayi yang mengalami masalah demam, batuk-batuk dan selsema, boleh amalkan Nutriferon, Omega Guard dan Sustained Release Vita-C, iaitu supplemen yang membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, menguatkan sistem imun dan mengurangkan inflammation atau radang apabila badan tidak sihat.
Ni untuk ibu-ibu yang makan ye. Bukan bagi pada baby

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah batuk-batuk dan selsema, boleh amalkan vitamin yang sama iaitu Omega Guard, Chewable vitamin C dan Nutriferon untuk meningkatkan kekuatan sistem pertahanan dalaman mereka. Untuk intake harian, anak-anak boleh amalkan Vitalea for Children atau Mealshakes iaitu multivitamin untuk mendapatkan nutrisi harian yang diperlukan.


Saya cadangkan semua ini, berdasarkan pengambilan harian saya sendiri juga. Alhamdulillah, saya cadangkan dan jual vitamin-vitamin kerana saya yakin vitamin-vitamin ini selamat dan berkesan kepada kita sebagai orang dewasa dan juga kepada kanak-kanak yang sangat memerlukannya untuk kesihatan, pembesaran dan perkembangan mereka.

Nak dapatkan vitamin-vitamin ini senang aje. Hubungi 012-5538628. Saya boleh pos ke seluruh Malaysia. Jika nak COD, saya boleh COD kan ke area Shah Alam, Subang Jaya, PJ di area Amcorp, Menara PKNS, VSQ, Mid Valley, Klang di area Bukit Tinggi. 

Terima kasih.

Diana
Hearty . Love . Healthy
SID: 1112978 (boleh guna ID saya kalau membeli direct di Shaklee)
Tel: 012-5538628

Berjaya hamil dengan tonik merah

Berjaya hamil dengan tonik merah
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Kebelakangan ni banyak sungguh mendengar berita orang yang berjaya hamil dengan tonik merah ini. Apa tonik merah ni? Haha.. Ramai yang telah berjaya hamil selepas mengamalkan Vivix.

Saya percaya, kemungkinan untuk berjaya selepas mengamalkan Vivix ini adalah tinggi. Malah ada yang bertahun-tahun mencuba mendapatkan zuriat tapi masih tidak berjaya sehinggalah mengamalkan Vivix. Alhamdulillah.

Secara bahasa bukan perubatan, anggap sahaja Vivix ni apabila kita amalkan setiap hari, membantu memperbetulkan sistem dalaman supaya berfungsi dengan lebih baik, sihat dan bertenaga.

Nanti saya sharekan apa kandungan Vivix yang insyaAllah membantu untuk hamil :)




Si muka ketat diserang asma... Terus rindu padanya....

Sambung cerita pasal si muka ketat lagi hari ni... :) Begini ceritanya... Aku sebenarnya diserang dengan lelah atau semput dua malam semalam... Macam orang yang mengalami asma... Tiba-tiba terbatuk-batuk dan sesak nafas kan... 

Yang bezanya kes aku ni, aku tiada asma... Tapi macam ada alergik kepada persekitaran... Ada masa-masanya aku akan bersin-bersin, mata gatal-gatal dan lebih parah lagi, aku akan mula batuk-batuk sampai berbunyi (wheezing) dan mengalami sesak nafas...

Kes malam semalam, mula-mula tu gatal-gatal mata. Selalunya gatal-gatal mata ni petanda awal yang menandakan ada unsur-unsur yang menyebabkan aku alergik. Kadangkala gatal-gatal mata ni, hilang begitu sahaja. Tapi kadangkala boleh menyebabkan aku terus semput.

Nak dijadikan cerita, mata tu, aku tak boleh lelap walaupun jam da menginjak ke pukul 1 pagi.... Dari pukul 1 pagi, hampir ke pukul 2 pagi, aku dah mula batuk-batuk. Mula-mula tu bolehla aku tahan lagi. Tapi semakin lama, semakin galak pulak batuk-batuknya.

Aku terbatuk-batuk sampai macam nak muntah.. Boleh bayangkan tak betapa teruknya... Masa tu, aku rasa bahagian mulut dan hidungku jangan disentuh... Tak boleh bernyawa rasanya. Nafas jadi pendek dan tersekat-sekat.

Suamiku gosok minyak herba tropika.... Macam vicks juga.. Selalu ada juga kesan melegakan... Tapi kali ni takde kesan langsung. Sambil batuk-batuk air mata aku pun keluar sekali.. Takde dah la muka ketat... Tapi muka nangis jadinya....



Masa tu, I have no choice.... Kalau siang memang dah ke klinik untuk minta nebuliser (pakai topeng di mulut dan hidu gas, macam budak-budak yang selalu batuk selsema tu). Tapi disebabkan dinihari... Aku tanya suamiku...

"Yang, tadi beli Omega Guard tu mana?". "Ada" Jawab suamiku... Segera dia mengambil Omega daripada beg sandangnya. Asalnya Omega Guard Shaklee ni aku nak buat sebagai stok... Tapi di saat genting ini, aku dah tak tertahan...

Suamiku buka Omega Guard yang baru itu, dan dikeluarkan 3 kapsul keemasan dan diletaknya di atas tanganku.... Ohhhh Omega Guard.... Rindu sungguhku padamu.... Memang sungguh berperasaan rasa sebab dah sebulan lebih tak makan Omega.... Bila tengok butir-butir Omega Guard tu... rasa... preciousnya....

Haha... Gila ke apa aku ni.... Heeee... Tapi sungguh.... Omega Guard ni, apabila kita dah biasa makan dan kemudian TERPAKSA TINGGAL, terasa sungguh hati ini... Sebab manfaatnya bagus sangat....

Aku amik Omega Guard sebab Omega ni sangat bagus dalam mengurangkan masalah inflammation. Apabila jadi batuk-batuk dan berkahak ni... Sebenarnya di saluran pernafasan ku sedang mengalami inflammation, di mana badan sedang berusaha untuk melawan serangan kuman-kuman. Jadi Omega Guard membantu mengurangkan inflamasi.

Aku tambah juga Garlic Complex sebab bawang putih, seperti yang kita tahu, merupakan antibiotik semulajadi yang bertindak membunuh kuman. Jangan lupa, minum dengan air suam ye... Supaya melegakan pernafasan yang sempit. Selepas makan tu, aku rehat...


Ku duduk dan nafasku atur pelan-pelan. Walaupun masih batuk-batuk, aku cuba bertenang. Badan dah terasa penat.. Namanya semput dan lelah kan... Akhirnya aku terlelap...

Pada pagi harinya... Nafasku lancar... Seolah tidak pernah terjadi serangan lelah tersebut beberapa jam yang lepas. Hidungku clear tidak tersumbat. Cuma tekakku terasa perit kerana tekanan batuk yang kuat....

Alhamdulillah... Lega rasanya... Tahu apa ku rasa masa menghadap serangan lelah tersebut? Jika serangan kecil itu pun terasa nafas bagaikan nak terhenti.... Bagaimana pula apabila menghadap mati nanti :'(

Sakitnya penamat kepada kehidupan... Tapi cukup bersediakah kita nak menghadap Tuhan.....

Renung-renungkan.... Terima kasih sebab baca celoteh kali ini. Nak dapatkan Omega Guard dan Garlic, atau mana-mana lagi vitamin Shaklee, wasap aje 012-5538628.

Cod:
Shah Alam
Subang Jaya
PJ - Amcorp Mall, Menara PKNS, VSQ serta kawasan-kawasan sekitarnya
Mid Valley
Klang - Bukit Tinggi

Seluruh Malaysia melalui pos.

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Muka ketat cair dengan kata-kata seorang anak

Kosong... kosong... page aku hari ini kelihatan kosong... Aku belum ada idea nak menulis... Ada masanya idea datang mencurah-curah... Tapi memandangkan tanganku dah mula mengetik keyboard ni, maka aku teruskan jua mengetikla :)

Haaa... Dengan dua tiga perkataan, insyaAllah aku akan dapat kembangkan ke satu entry :) Aku teringat kisah semalam.... Mungkin kerana penat.... Muka aku tidak menunjukkan sebarang emosi. 

Perancangan nak memasak makan malam tak jadi. Aku hanya masak nasi. Lauknya aku tunggu suamiku belikan.... Suamiku membawa pulang tomyam campur dan ayam goreng kunyit. 

Terima kasih kepada suamiku, dia letakkan lauk pauk ke dalam mangkuk dan isikan nasi ke dalam pinggan anak sulungku. Aku ketika itu sedang menyiapkan kerja... Tak lama selepas itu, aku join anakku makan. 

Ku lihat lauk yang ada tidak lengkap tanpa telur goreng :D Jadi aku pun goreng telur mata sekejap. Sempat aku tanya anakku sama ada dia nak telur goreng juga. Tapi style anakku, makan nasi hanya dengan satu lauk... Dia dah ada ayam goreng kunyit... Jadi aku goreng untuk diriku sahaja....

Seusai itu, ku duduk untuk makan di meja bersama-sama anakku.... Pada msa itu, wajahku memang tiada emosi. Kalau orang tengok, memang dilabelkan sebagai "muka ketat". Tapi dah memang kalau aku tak senyum, begitu nampaknya... Nak buat cane... :p



Tiba-tiba anakku cakap, "Ibu... telur yang ibu masak sedap.... Tapi...". Tersenyap dia sebentar mengisyaratkan yang dia sudah punya lauk... nasi dan ayam goreng kunyit... 


Aku yang tiada emosi dan muka ketat... terasa cair secairnya... Kelakar pun ada sebab siapa yang tak pandai goreng telur kan.. Hahaha,, Aku tahu.. Korang yang baca ni lagi terror goreng telur... Siap boleh jadi telur bistik dan sebagainya :D

Mukaku yang ketat, akhirnya tersenyum sedikit. "Tak mengapa sayang." Balasku.... :) Tak sangka anak kecil ini sangat pandai mengambil hati... Semoga Allah kekalkan sifat empati dan kasih sehingga anak ini menjadi dewasa.

Selepas makan... Aku duduk-duduk sebentar. Anakku dah sibuk bermain berlari.. sekejap-sekejap main game di dalam a'a (ipad) nya... Yang sorang lagi memang dah lama terlena... Suamiku sedang menikmati makan malamnya pula...

Aku memang rasa penat... Jadi sebelum masuk tidur, aku telan Ostematrix (tablet kalsium) 4 biji dan 2 biji vitamin B Complex... Kalau korang nak tahu... Kalsium lebih baik diambil pada waktu malam kerana kalsium membantu dalam merehatkan badan. Aku tambah B Complex sebab vitamin ini membantu merehatkan urat-urat saraf yang telah penat bekerja seharian.

Alhamdulillah, pagi ini, aku bangun dengan lebih mudah. Tak terasa kepenatan semalam walaupun tidurku dah melebihi jam 1 pagi. Terkejut juga rasa,,, Tapi highy recommended la bagi siapa-siapa yang selalu rasa badan penat-penat.. Nak bangun pagi susah, aku cadangkan korang amalkan Ostematrix ni setiap malam. Kalau terasa sakit-sakit urat, ambil sekali dengan vitamin B Complex.

Sekian celotehku di hari ini. InsyaAllah kita berjumpa di esok hari pula :) Ohhh ya.. Aku serius mencadangkan Ostematrix dan B Complex tu.. Badan kita memang memerlukan kedua-duanya setiap hari... Kalau nak beli, hubungi aje 012-5538628. 

Kalau nak COD, aku boleh hantarkan di area Shah Alam, Subang Jaya, PJ di area VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS dan kawasan-kawasan sekitar. Di Mid Valley dan Klang pun boleh :) Kalau jauh, aku pos aje..

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Kisah separuh botol Omega Guard - Mengurangkan masalah sakit lutut mak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... :) Hari ni nak citer pasal kisah mak cari Omega :) 

Mak mertua saya ni, masa nak raya hari tu, (ni diceritakan oleh kakak ipar saya) pergilah ke pasaraya nak beli lapik lantai.... Masa nak membeli tu, tengok-tengok dalam beg, beg duitnya takde.... Memang panik dan terkejutlah mak saya... Masa tu mak saya di tingkat dua pasaraya.

Anak sedara saya yang bawa mak ke pasaraya turun dari tingkat dua pasaraya cepat-cepat check dalam kereta. Kot-kot terjatuh masa nak keluar kereta... Tengok-tengok takde... Bayangkanlah macam mana perasaannya kan... Dengan duit dan pelbagai kad yang ada dalam beg duit tu...

Dari kereta, anak sedara saya call beritahu mak yang beg duit tu takde dalam kereta. Dengan pantasnya, mak dari tingkat dua pasaraya cepat-cepat turun. Apabila anak sedara saya masuk ke pasaraya tu, mak saya dah ada di tingkat bawah. Fuhhh memang cepat mak turun...

Mak mertua saya ni memang sakit lutut... Tapi tahan lagi nak berjalan... Tapi apabila dah jadi kes ni, dia dah tak hirau sakit lutut dan memang turun tangga tu dengan pantas. Niatnya nak balik rumah. Nak cari di rumah pula.. Mana lagi kalau bukan tertinggal di rumah kan..

Sesampainya di rumah, alhamdulillah, memang tertinggal di rumah rupanya.... Fuuhhhh lega... Tapi kesan selepas itu, kaki mak mertua saya bertambah sakit :'(

Apabila kami pulang beraya hari tu, mak sembunyikan aje rasa sakit lututnya... Tapi sebelum balik tu, saya tinggalkan sebotol Omega Guard yang telah dibuka... Sebab sebelum ni, saya pun ada sakit tumit. Apabila makan Omega Guard dan Ostematrix dengan konsisten, alhamdulillah, memang ada perubahan. Hilang dah sakit tumit tu...

Beberapa hari lepas, kakak ipar maklumkan yang mak tanya, ada ke jual Omega Guard tu di Pasir Mas... Dia nak beli... Ya Allah.... syukurnya rasa apabila mengetahui perkara tu.. Maknanya mak rasa kebaikan Omega Guard tu.. Kata mak... Hilang rasa berdenyut-denyut sakit lututnya tu... Bermakna dengan izin Allah, Omega Guard membantu mengurangkan masalah sakit lutut mak....

Takpe mak... Nanti kami akan pos kan kepada mak.... Ya Allah... Semoga mak tak sakit lutut lagi selepas ini... InsyaAllah, nanti kita bagi mak makan Omega Guard dengan Ostematrix sekali... InsyaAllah kombinasi Ostematrix sebagai kalsium dan Omega Guard memang terbaik.

Bulan ni pun ada promosi Ostematrix, memang time terbaiklah nak beli ni. 

Semoga mak sihat-sihat selalu lepas ni... Tak payah lagi nak tahan sakit lutut... Ya Allah, semoga ramai lagi insan dapat dibantu dengan masalah sakit lutut atau sakit-sakit sendi ni... Orang tua tak mengadu kat anak pasal sakitnya... Anak-anaklah yang kena selalu tanya dan ambil tahu hal mereka... 

Nak dapatkan Omega Guard ni, boleh hubungi saya di 012-5538628. Saya boleh pos kan di mana jua anda berada. Nak COD pun boleh bagi yang tinggal di Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, area Amcorp Mall, Menara PKNS, dan sekitarnya. Mid Valley dan Klang pun boleh :)

Diana
SID: 1112978 (boleh guna ID saya kalau membeli terus di Shaklee)
Tel: 012-5538628

Cerita santai-santai, makan multivitamin pun boleh cerah kulit

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ni nak share berita gembira.... Feed back daripada kakak ipar ke atas anak sulung saya yang bertambah cerah :)

Kisahnya:

Semalam ke rumah kakak ipar... Macam biasa je... sekali sekala memang kami akan ke sana... Heeee apa yang bestnya kakak ipar komen, abang yang merujuk kepada anak sulung saya dah kelihatan cerah. 

Waaaa... Tak pernah-pernah tau kakak ipar saya komen gitu. Padahal selepas raya baru ni kami ada bertandang ke rumah kakak ipar.. Tapi takde pulak komen sebegitu.... Kakak cakap, abang nampak lebih cerah berbanding masa datang ke rumah lepas raya hari tu.... 

Apa yang bezanya ialah, baru-baru ini, abang baru start makan Vitalea for Children. Yelaaa saya sendiri risau dengan keperluan nutrisi harian abang.... Abang suka makan nasi atau bihun dengan tomyam... Tapi makan kosong gitu aje... Mana lah nak dapat protein, dan segala bagai nutrisi yang diperlukan oleh badan....

Sebab tu saya mulakan Vitalea for Children untuk abang.... Sekurang-kurangnya saya cuba memenuhi keperluan vitamin dan mineral harian untuk abang. 

Alhamdulillah, apabila badan dah mendapat keperluan nutrisi, mesti ada kesan positif :) Haha tak sangka kakak komen abang kelihatan lebih cerah. Tapi saya tak terkejut sebab apabila badan kita mendapat nutrisi daripada kebiasaan, kebaikannya akan terpancar pada kulit dan wajah... Sebab tu abang lebih cerah dan berseri :D Tu setakat makan Vitalea for Children dan Chewable Vita-C.

Untuk ini, saya nak relatekan dengan cerita di bawah. Petikan daripada salah seorang daripada ahli group kami.


"FEED THE CELL

Merungkai kata-kata Haji Hussain , pembuat buku panduan yang ada dalam rumah ini, buku panduan yang penuh dengan maklumat dan penerangan kenapa makan shaklee ini penting. Perjumpaan dengan master Haji Hussain dalam surau, masa tuh kami solat asar.. masa lepak sekali dengan Mohd Kamarul Baharin, bercerita tentang business shaklee , jatuh bangun, dan datang pergi keluarga shaklee dalam organisasi . Tips haji hussain itu memang terkesan kepada kami, mendengar  betul betul apa yang dia cakapkan.

Tapi dalam bab nutrisi dan kesihatan, Haji Husain ada jugak cerita tentang seorang kawan dia, yang memang sihat, walaupun dah berumur. Dia kata dia memang sentiasa makan shaklee, dan muncullah istilah "FEED THE CELL" . CELL perlukan makanan, dan itu pun Naquib Hussain, anak dia yang gagah perkasa pun cerita  benda yang sama, dari kelas pertama aku dengar dia cakap, sampai sekarang, itulah konsep penting untuk sihat. 

Bila kita makan betul-betul, kalau nak rasa beza, kena ambil MEGADOSE, EXTRADOSE, SUPERDOSE, dan macam-macam DOSE  vitamin Shaklee, memang akan terasa badan sedap. Lagi bila study lagi, kenapa kita sakit kepala, selsema, mengantuk, itu semua menunjukkan, simptom, badan kita sedang sakit. Dulu kalau selsema, makan ubat selsema, kalau sakit kepala, makan panadol. Tapi bila faham konsep CELL ini, baru faham, setiap fungsi badan kita, semuanya bermula dari CELL, kalau badan dah mula rasa selsema, dan rasa pening, maknanya badan kita  dah letih, penat, tak sihat, CELL perlukan makanan, rehat, dan tenaga untuk kembali bertenaga.

Kalau betul betul nak merawat CELL ini, jawapannya kena bedal VIVIX,  yang memang merawat sehingga  ke peringkat CELL. Cerita paling terbaru tentu sekali pengalaman MOHD HUZAIFAH yang aku cerita sebelum ini . Memang beza gila bila kita bagi CELL kita makan. Mestilah makan benda benda yang elok, bukan bagi dia makan jajan dan MSG dan pengawet.

Bila betul-betul detox, makan SHAKLEE, makan semua sayur-sayuran SHAKLEE macam Alfalfa, Herb-lax, Peppermint, Garlic, DTX, badan akan rasa sedap ringan, bertenaga. Itu belum pekena sumber caffien natural CINCH TEA MIX, memang boleh hilangkan mengantuk dan mengembalikan kesegaran. Ini memang feveret aku, sayur sayuran shaklee nih.

FEED THE CELL

#tsunamishaklee
#hunt2shaklee"


Feed the cell.. Atau bagi makan kepada sel-sel di dalam badan kita.... Ada pernyataan di atas yang menyatakan nak rasa keberkesanannya, makan megadose, superdose etc... Nak katanya, makan kuantiti yang lebih banyak dari kebiasaan. Baru akan nampak kesan yang ketara ke atas diri kita.



Macam program Detox Shaklee. Saranan vitamin-vitamin yang dicadangkan memang kuantiti megadose.. Alhamdulillah, kesannya sangat ketara.. Habis detox tu, kawan ofis tegur kata saya sangat berseri-seri.. Ecewahhh :p Berat badan pun turun, perut pun tak buncit...

Haha... Jomlah cuba... Kalau rasa sihat, saya cadangkan buat program detox Shaklee... InsyaAllah badan akan semakin sihat dan cergas... Nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee ni bukan susah sangat, hubungi aje saya di 012-5538628 :)

Terima kasih sebab baca celoteh saya... Yang baik-baik kita kongsikan.. Agar manfaatnya dirasai bersama :)

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Carotomax - Menyelesaikan masalah mata dan rabun

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah dah hari Sabtu. Seronok boleh berehat-rehat bersama keluarga. Hari ni nak bercerita pasal satu vitamin Shaklee ni... Namanya Vitamin Carotomax.

Carotomax - Carrot... Carrot ni sinonim dengan mata kan... Haaa... Memang kebanyakan orang yang mencari Carotomax ini adalah untuk berikhtiar menyelesaikan masalah mata dan rabun.



Apakah keistimewaan Carotomax?

Carotomax mengandungi 6 jenis karotena yang diekstrak daripada rangkaian sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan sifat antioksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, epal dan sebagainya.

Apabila tubuh kita mendapat cukup sumber karotena (5-9 sajian sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari) maka insyaAllah kita akan dapat memelihara kesihatan penglihatan (mata kita), kesihatan kulit dan juga membantu mencegah kanser. 

Manfaat utama Carotomax

1. Lebih selamat daripada Vitamin A
Pengambilan vitamin A secara berlebih-lebihan akan menyebabkan keadaan yang toksik. Namun, Carotomax mengandungi beta karotena yang merupakan prekursor vitamin A yang lebih selamat untuk pengambilan.

2. Mempertingkatkan penglihatan
Pengambilan Carotomax dengan konsisten akan menghasilkan suatu yang dikenali sebagai "Visual Ungu" yang membantu penglihatan kita semasa berada di dalam gelap. Di samping itu, masalah mata yang lain seperti masalah rabun iaitu rabun malam, rabun dekat, rabun jauh astigmatisme (silau), mata kering, mata lesu, glaucoma, katarak, floaters dan sebagainya juga akan dapat dikurangkan.

3. Meredakan penyakit kulit
Disebabkan Carotomax adalah tinggi antioksidan, maka pengambilannya yang konsisten akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, jerawat dan sebagainya. Di samping masalah seperti panau, kudis buta ,ulser kulit juga boleh diikhtiar dengan mengambil Carotomax. 

4. Melindungi epithelial
Pengambilan Carotomax yang konsisten membantu memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, serta merawat ulser di dalam saluran usus. 

5. Melawan kanser dan oksidasi
Carotomax yang mengandungi beta karotena membantu mengukuhkan sistem imun badan kita. di samping itu, proses penuaan dapat dilewatkan, menyekat aktiviti-aktiviti bahan-bahan kanser serta menghalang pembentukan sel-sel kanser. Radikal-radikal bebas juga akan dihapuskan serta disingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

6. Menghalang Infeksi
Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mengurangkan risiko penyakit sistem respiratori paru-paru, batuk, hepatitis, asthma, flu dan selsema.

Kandungan Carotomax:

1. Alpha Carotene - untuk penglihatan malam, mata sihat, serta menghalang degenerasi penglihatan.

2. Beta Carotene - memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka, mempertingkatkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.

3. Lycopene - bersifat antioksidan, menghalan penuaan organ. Ikhtiar untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem imun. Mengurangkan penyakit kelenjar prostat.

4. Astaxanthin - melindungi kerosakan oksidasi kolesterol LDL.

5. Lutein - menyekat katarak, AMD (age related macular disease yang berkaitan umur), glaucoma.

6. Zeaxanthin - melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek yang berbahaya, mengurangkan risiko kanser payudara, ovari endometrial dan serviks.

Jom saya sharekan testimoni-testimoni orang-orang yang telah mengambil Carotomax:

Gejala mata kering hilang


kulit semakin cerah


Jadi, untuk mendapatkan kesihatan mata yang lebih baik, mendapatkan kulit yang lebih elok serta menurunkan risiko penyakit-penyakit seperti kanser, dapatkan Carotomax sekarang! Hubungi 012-5538628.

Terima kasih.

Diana
SID: 1112978 (boleh gunakan ID ini untuk pembelian di Shaklee)
Tel: 012-5538628

Cara-cara menyelesaikan masalah sinki tersumbat dengan baking powder

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Hari ni nak share pengalaman ecewahhh... Heee mungkin bagi sesetengah orang, it's just a small thing, but for me, when we achieved, it's something special :)

Kisahnya pasal nak clearkan sinki dapur yang hampir tersumbat. Sebelum ni dah pernah tersumbat... Pakai pencuci Mr. Muscle yang tuang dalam sinki tu.. tapi tak berapa jadi. Pakai pelocok tu, baru air jalan... Tu pun mula-mula, cedok air yang bertakung dan buang air yang penuh dengan lemak-lemak yang menyumbat sinki tu... Pemandangannya memang menggelikan... Salute pada orang yang jadi tukang paip ni tau.

Kemudian pastu jadi balik, bila pakai pelocok, air keluar daripada lubang kat bahagian dapur bawah. Terpaksa panggil tukang paip. Memang dia korek segala lemak-lemak dan kotoran dalam paip tu. Alhamdulillah dah settle.

Baru-baru ni, tengok pengaliran air macam perlahan je... Nampak dah macam kotor dan banyak lemak-lemak di sekeliling tu... Hmmmm baking powder yang beli dekat dua tahun dan dah expired masih belum dibuka.

Ni apa yang saya buat untuk clearkan masalah sinki tersumbat. Tapi pastikan air tak bertakung dalam sinki... Kalau tak, tak jadi proses ni ye. 

1. Mula-mula masak air. Sebab kita perlukan air panas sepanjang proses ini. 

2. Setelah air masak, tuang air panas dalam 1 liter ke dalam lubang sinki. Pastikan sinki tu kosong dan takde air yang bertakung ye. 

3. Setelah melalukan air panas dalam lubang sinki tu, masukkan pula setengah cawan baking powder. Sebab saya punya baking powder dalam bekas kecil je, jadi saya letakkan semua. Apabila letak baking powder tu, memang macam air berkarbonat kesannya, berbuih-buih jadinya. 


Gambar ihsan Internet, saya tak ambil gambar semasa proses ini 

4. Lepas tu saya letakkan secawan cuka. Menambah perasa supaya lagi banyak minyak-minyak yang melekat dalam paip tu dapat dibuang.

5. Setelah beberapa minit, saya tuangkan sampai habis air panas 3 liter yang dimasak. 

Memang kita akan nampak lemak-lemak berketul-ketul dalam partikel-partikel yang agak kecil. Kalau buka air paip tu, lemak-lemak tu cepat mengeras dan melekat-lekat pada dinding paip dan sinki, boleh aje kita buang dan bersihkan. 

Alhamdulillah, selepas itu, sinki dapur saya dah tak lagi lenggang itik pengaliran airnya. Laju airnya bergerak :) Puas hati rasa dapat selesaikan masalah air slow dengan bahan-bahan dalam rumah aje :) 

Haaa alang-alang bercakap pasal menyelesaikan masalah sinki tersumbat, saya nak promote Set Get Clean Shaklee iaitu terdiri daripada: 

1. Basic H iaitu pencuci serba guna. 

2. Fresh Laundry Concentrate untuk membasuh pakaian. 

3. Soft Fabric Concentrate untuk melembutkan pakaian. 

4. Dish Wash Concentrate untuk membasuh pinggan mangkuk. 



Apa yang istimewanya Set Get Clean ini? 

1. Selamat kerana bebas bahan-bahan toksik 

2. Sangat lembut dan tidak merengsakan kulit. 

3. Fresh Laundry Concentrate Powder dan Soft Fabric Concentrate sangat sesuai digunakan untuk membasuh pakaian bayi. 

4. Dish wash Concentrate juga sangat sesuai digunakan untuk mencuci peralatan seperti botol susu dan bekas makanan bayi. 

5. Penggunaan yang sedikit sudah mampu membersih dengan baik dan sangat menjimatkan. 

6. Salah satu cara untuk mememastikan rumah anda bebas daripada bahan-bahan kimia yang berbahaya. 

Jom detox rumah kita!

Nak dapatkan Set Get Clean ini mudah sahaja. Anda boleh beli secara online dengan klik butang Order di bawah. Dengan pembelian secara online ini, anda tak perlu rungsing-rungsing, proses penghantaran semuanya akan diuruskan dan dihantar sampai ke pintu rumah anda :) 


Jika anda nak membeli secara COD atau perlukan lebih maklumat, anda boleh hubungi saya di 012-5538628. Saya boleh buat penghantaran pos ke seluruh Malaysia atau pun COD di sekitar Petaling Jaya - Amcorp Mall, Menara PKNS, VSQ Tower dan kawasan-kawasan sekitarnya. Selain itu, saya juga boleh menghantar di sekitar Shah Alam, Subang Jaya, Mid Valley dan Klang. 

Apa lagi, hubungi saya segera :) 

Terima kasih. 

Diana 
SID: 1112978 (boleh pakai ID Shaklee saya di branch Shaklee) 
Tel: 012-5538628 

Gemuruhnya apabila buat Public Speaking

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Tadikan teringat zaman sekolah dulu.... Rasanya masa sekolah rendah... Kena buat essay, kemudian baca di depan kelas...

Heeee... masa tu... bukan main nervous nak baca essay tu kat depan kelas... Kat depan kelas aje kot nak takut apa kan... Tapi memang masa tu... Tak tergambar perasaan... Yela.. Bila tak biasa, memang gemuruhnya lain... 

Apabila tiba giliran saya... Macam mana tau keadaan saya.... Tangan memang sangat sejuk.. Tapi macam berpeluh. Apabila saya mula baca di depan, memang tersekat-sekat... Yang peliknya dalam tersekat-sekat membaca, saya boleh pulak tergelak... haha... Gemuruh sangat sampai macam tu jadinya.. Heeee...


Tapikan, as we go along in life... Apabila terpaksa bercakap di depan, tak kiralah umur berapa pun kita... Gemuruh tetap ada.. Cuma yang berbeza adalah presentation kita. 

Presentation kita akan lebih tenang, lancar dan terkawal. Haha takde lagi nak tergelak tak tentu pasal. Jadi jangan risau... Masa kat sekolah itu adalah langkah pertama kita. Semestinya banyak lagi langkah yang harus diambil di kemudian hari. Jadi, practice makes perfect. Lama-lama keadaan akan jadi lebih baik :)

Heeee... ibu bapa kenalah support anak-anak dalam bidang begini.... Galakkan mereka bercakap di depan. Anak-anak kecil mudah dilentur. Titipkan keyakinan ke dalam diri mereka. InsyaAllah mereka akan lebih yakin dan berani dalam apa jua yang mereka lakukan.

Nak anak-anak mudah mengingat dan memahami pelajaran, berikan mereka nutrisi yang mengandungi DHA dan EPA yang sangat-sangat membantu dalam meningkatkan kecerdasan otak mereka. Yang terbaik adalah sediakan vitamin minyak ikan yang memang mengandungi kandungan DHA dan EPA.

Omega Guard daripada Shaklee adalah salah satu vitamin yang mengandungi Omega 3, DHA dan EPA yang memang sangat bagus untuk ibu-ibu yang sedang hamil dan juga sesuai diambil oleh kanak-kanak yang sedang membesar untuk membantu meningkatkan kecerdasan otak anak-anak untuk menumpukan lebih kepada pembelajaran mereka.


Kalau nak dapatkan Omega Guard ini, mudah aje. Hubungi saya di 012-5538628. Penghantaran adalah ke seluruh Malaysia. Kalau nak saya COD pun boleh. Saya boleh COD di area Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, terutamanya di area VSQ, Menara PKNS, Amcorp Mall, Mid Valley, dan Klang di kawasan Bukit Tinggi :)

Terima kasih.

Diana
SID: 1112978 (boleh pakai ID saya kalau nak beli terus di Shaklee)
Tel: 012-5538628