Cari Mentor Terbaik Shaklee 😘

Those good old days... 😀 Pada masa inilah saya mula rapat dengan Ainul Malik. Sahabat saya dunia akhirat 😊 Kami memang bersekolah tingkatan 4 dan 5 bersama-sama. Tapi sekadar kawan jiran sekelas. Masuk matrix pun sama. Masa tu pun dah mula kenal rapat 😁 Tapi first year di Uni, bilik kami selang dua tiga bilik. Jadi masa tu selalu gi makan di dewan makan sama-sama. 


Muka macam budak-budak lagi 😍

Sampailah lepas grad semua... Masing-masing bawa haluan masing-masing. Ainul sambung master dan saya bekerja. Memandangkan kami berdekatan, jadi selalu juga berjumpa... Bertukar-tukar khabar, gossip 😅

Sampailah masing-masing berkahwin... Tarikh nikah pun beza seminggu 😂 Tak dapatlah kami nak datang sebab masing-masing sibuk dengan persiapan. 

Lepas tu, bila da ada anak, semua pun lebih banyak spend masa dengan keluarga. Once in a while kami berjumpa. Sebab lokasi dah semakin menjauh 😊 Saya tahu Ainul menjual Shaklee. Vitamin Ostematrix adalah vitamin pertama Shaklee yang saya beli daripada Ainul.

Tapi hati saya belum terbuka pun nak jadi ahli. Hanya beli kadang-kadang. Smpailah tarikh birthday saya pada tahun 2014, saya berkunjung ke rumah Ainul. Masa tu saya terus daftar online di rumah Ainul. Sebelum tu berkali-kali saya kata nak daftar tapi tak daftar-daftar juga. Akhirnya bila berkunjung tu, saya terus nekad taknak bertangguh-tangguh lagi 😁

Alhamdulillah 2 tahun lebih dah saya menjadi ahli dan menjalankan perniagaan Shaklee ini. Syukur banyak yang dipelajari. Dekat atau jauh saya dengan Ainul tak penting pun. Kebanyakan masanya kami berwhatsapp dan sekali sekala berjumpa di HQ atau berkunjung ke rumah.

Kalau anda mencari orang untuk mendaftar diri sebagai ahli Shaklee, tak perlu risau dengan siapa pun anda mendaftar. Tapi carilah ahli Shaklee yang serius dalam perniagaan dan dari group yang best. Macam mana nak tahu? Jenguk-jenguk blognya, fbnya... Kat situ anda akan tahu 😀. 

Yang terbaik, jom join kami 😁

Rakan Shaklee anda:
Nurdiana Aniff
Tel: 012-5538628

#TsunamiShaklee
#9Gemilang

Cara menghilangkan sakit kepala tanpa ubat

Semalam saya dan seorang lagi kawan sepejabat dikehendaki membantu sebagai AJK untuk menguruskan pendaftaran untuk dinner di sebuah hotel. I have been looking forward for this event sebab nak makan free (Lecithin tidak dilupa sebelum nak makan tu 😋). 

Ku sangka panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari 😔 Memang ramai orang yang datang. Ntah kenapa sakit kepala mula menyerang. Aduh... Memang sakit. Ingatkan sebab hectic sangat dengan registration dan tak makan lagi yang membuatkan daku sakit kepala. 



Apabila majlis dah bermula, saya dan sahabat saya masuk ke dewan. Duduk sekejap kemudian makanan pun dihidangkan. Daku mulalah makan. Tapi sakit kepala tak hilang-hilang. Sampai aje hidangan butter prawns, ku cuba makan. Tapi tak lepas tekakku. Masa ni belum ada rasa nak muntah. Cuma hampir-hampir nak mula rasa nak muntah.

Risau sebab sebelum ni, sakit kepala ni menjurus kepada muntah yang teruk. Masa tu nak bangun pun tak boleh.

Saya pun makanlah prawn tu setengah dan saya stop. Tak boleh nak telan (sebelum tu masih boleh lagi). Perut pulak rasa bergelodak. Saya pun meminta diri ke tandas. Pagi tu, memang perut saya memulas. Tak sangka sambungannya ada lagi. 

Namun, walaupun dah ke tandas dua kali, sakit kepala saya masih tak hilang-hilang. Saya tiada sebarang vitamin atau ubat dengan saya waktu tu. Risau macam mana nak drive balik nanti 😓 Saya masuk semula ke dewan dan duduk. Hidangan butter prawns takde siapa dah makan. 

Normally kalau udang tu, memang favourite saya. Tapi itulah, Allah dah menentukan saya makan sikit je. Nak buat macam mana. Ketentuan Allah tak mampu diubah. Walaupun depan mata, tapi bukan rezeki saya. Saya redha dan tersandar kerana sakit kepala menjadi-jadi.

Tiba-tiba, pengacara pun mula bercakap selepas pertunjukan slide show. Saya pun tengok dan dengar apa yang dicakapkan oleh pengacara majlis. Mula-mula tidak menarik perhatian. Tapi rupanya pengacara sedang berjenaka di tengah pentas.

Sedikit sebanyak hati mula tercuit dan terhibur. Memang kelakor. Terbahak-bahak saya dan kawan saya gelak. Makin banyak saya ketawa, makin kurang sakit kepala saya. Allahuakhbar. Saya kembali tenang. Saya enjoy mendengar jenaka yang dilakukan oleh pengacara tersebut. 

Akhirnya, sakit kepala saya hilang! 😊Hebat sungguh kuasa Allah. PerancanganNya yang terbaik. Allah tahu yang saya kena drive agak jauh di malam hari. Walaupun awalnya diuji sakit kepala sampai nak tengok fon pun tak boleh. Tapi sekelip mata boleh hilang!

Bersyukur sangat. Walaupun saya sampai berkira-kira nak telan ubat. Tapi semua itu tak perlu jika dikehendakiNya. Memang hilang dan saya dah boleh makan hidangan seterusnya. Allahuakhbar. 

Jika dikaji secara saintifik, rasa gembira sebenarnya akan membebaskan hormon Serotonin yang akan membuatkan kita rasa gembira, mengurangkan rasa stress atau tertekan.

Selain itu, hormon endorfin juga akan dibebaskan dan membantu mengurangkan kesakitan. Macam sakit kepala yang saya hadapi semalam, dikurangkan oleh hormon endorfin.

Ada banyak lagi hormon-hormon yang dibebaskan apabila kita gembira yang memberi kesan yang sangat baik ke atas tubuh badan :) Jadi, usahakanlah agar selalu tersenyum dan tertawa agar kita sihat selalu, InsyaAllah. Dengarlah cerita jenaka atau tonton sesuatu yang membuat anda gembira.

Jika anda sudah berkahwin, bermesralah dengan pasangan anda. Pasti hilang sakit kepala 😁

Tapi, kalau terasa terlalu stress atau tertekan, dapatkn vitamin-vitamin yang membantu menghilangkan muka ketat, hubungi saya di 012-5538628.

Terima kasih.

Pengedar Shaklee anda.

12 Tips menghadapi musim tengkujuh

Alhamdulillah, rupa-rupanya tahun 2016 ni hampir sampai ke penghujungnya. Pejam celik pejam celik dah pertengahan bulan November. Tak lama lagi, budak-budak pun dah nak cuti sekolah.

Tapi hujung-hujung tahun ni, cuaca tak cerah. Banyak hari-hari akan hujan. Di sesetengah negeri kat Malaysia akan mengalami banjir 😔 

Ingat dulu, masa kecik-kecik saya di Penang. Rumah saya memang tak kena banjir. Tapi banjir kilat terjadi di kawasan yang dalam perjalanan saya nak ke sekolah. Heeee masa tu gagah juga nak pergi sekolah walaupun kebetulan saya tengah demam waktu tu... Nangis-nangis pulak tu.. 😅 Haha.. Kenangan...

Penghujung 2014, pantai timur dilanda bah yang sangat teruk. Kasihan sangat saudara-saudara kita yang berada di sana. 



Apa yang perlu kita lakukan ekk sebagai persediaan menghadapi bah atau banjir walaupun kawasan kita tak terkena?

1. Doakanlah walau apa sahaja terjadi, kita sentiasa berada dalam perlindungan Allah.

2. Pastikan kawasan parit atau longkang di sekeliling rumah kita lancar pengaliran airnya untuk mengelakkan longkang tersumbat dan boleh menyebabkan pengaliran air perlahan semasa hujan lebat.

3. Jaga kebersihan sekeliling rumah. Kita nak juga mengawal pembiakan nyamuk yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

4. Di kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir, sebelum air mula naik, pastikan stok makanan dan minuman mencukupi jika tak dapat keluar rumah kerana banjir.

5. Tak dilupa juga stok ubat-ubatan yang diperlukan sekiranya ahli keluarga ditimpa penyakit seperti demam, batuk-batuk dan selsema.

6. Sediakan peralatan seperti lampu suluh, lilin, power bank sekiranya terjadinya gangguan bekalan elektrik kerana banjir.

7. Dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, passport dan sebagainya hendaklah disimpan dalam bekas kalis air dan disimpan di tempat yang selamat.

8. Pastikan juga memiliki duit dalam tangan untuk kecemasan. 

9. Jaga ahli keluarga daripada bermain air banjir. Air tersebut adalah air yang tercemar dan dibimbangi mudah mendapat jangkitan penyakit.

10. Jika memang setiap tahun anda dikehendaki berpindah kerana bajir, sediakan pakaian yang selesa dan mudah dipakai dan simpan di suatu tempat yang memudahkan anda mencapai jika dikehendaki berpindah.

11. Sebagai persediaan, kuatkan sistem pertahanan badan ahli keluarga dengan mengamalkan diet yang seimbang dan mengamalkan senaman ringan agar badan sentiasa aktif. Kalau nak mudah, amalkan supplemen yang baik untuk memperkuatkan sistem pertahanan badan seperti Nutriferon, Vitamin C, Garlic Complex dan vitamin B Complex.

12. Bagi yang selamat dan terhindar daripada musibah banjir, ringan-ringankan tangan menghulur bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

InsyaAllah, semoga tips ini dapat membantu kita supaya lebih tenang dan bersedia menghadapi pelbagai keadaan dan kemungkinan yang tidak disangka-sangka ini.

#TsunamiShaklee
#9Gemilang

Diana
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628.

Sayangkan Keluarga Bagi Makan Supplemen

Dua supplemen ini paling penting yang saya akan sentiasa sediakan untuk orang-orang tersayang di dalam keluarga saya. 

Mama ada masalah kencing manis tapi sangat terkawal dan abah ada masalah darah tinggi. Masa abah nak rebah hari tu, saya cepat-cepat beli Vivix. Masa tu ada promo Vivix twin pack. Abah pun, kalau datang batuk-batuknya, saya 'paksa' telan Omega Guard juga. Heee merungut orang tua tu kena telan macam-macam 😊

Mak mertua saya pula ada masalah sakit lutut. Mak memang suka sangat makan Omega Guard. Walaupun kesan Omega Guard agak perlahan, tapi mak memang konsisten ambil Omega Guard hari-hari. Mak kata memang terasa perbezaannya apabila mengamalkan Omega Guard. Alhamdulillah. Syukur. 

Anak-anak saya pun terutama yang abang, Omega Guard ni memang best friend dia. Omega Guard bukan saja baik untuk mengurangkan batuk-batuk dan selsema, malah sangat baik untuk perkembangan otak anak-anak. Alhamdulillah, memang mudah abang menghadam dan mengingati apa yang dipelajarinya.

Saya sendiri pun perlukan Omega Guard dan Vivix. Kesihatan diri kena dijaga. Kalau ibu sakit, boleh lumpuh satu keluarga. Jadi saya memang kena jaga diri dan jaga keluarga 😊 Omega Guard dan Vivix ini memang MOST WANTED vitamin dalam keluarga 😊

Ahamdulillah, kalau tak kenal Shaklee, mesti keluarga saya tak dapat merasai kebaikan vitamin-vitamin Shaklee yang ada. Rugi sangat kalau benda baik kita tak kongsikan 😊

Yang nak mendapatkan Vivix, Omega Guard atau apa-apa sahaja supplemen Shaklee, boleh hubungi saya di 012-5538628 😊

Saya boleh COD di kawasan-kawasan ini:
- Shah Alam
- USJ
- Subang Jaya
- Petaling Jaya - Amcorp Mall, Menara PKNS, VSQ
- Klang - Bukit Tinggi, Taman Sri Andalas
- Mid Valley 

Lembah Klang boleh COD pada hujung minggu atau pun, saya boleh hantar melalui pos 😊

#TsunamiShaklee
#9Gemilang
#ShakleeEffect

Diana
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628

Walaupun susah cari parking, ku redah jua......

Hahaha.... Apa lah agaknya saya nak tulis ni.... Korang agak kat mana susah nak cari parking? Gambar pulak tunjuk KFC... KFC kat mana ni ? 😋



Nak share la pengalaman sendiri kepada korang semua.... Juga sebagai kenangan untuk diri sendiri... Dua tiga tahun mendatang, kot-kot FB keluarkan sebagai memori kan :) 

Dalam dua tahun lebih saya berbisnes ni, inilah spot pertama yang saya COD kan vitamin kepada pelanggan PERTAMA yang bukan daripada orang yang saya kenal. Saya ingat lagi, hari tu ialah hari Jumaat. Waaahhh yang syoknya break lunch 2 jam 😊

En. A tu Whatsapp saya dalam pukul 10 pagi. Minta CODkan Vita-Lea. Memandangkan saya tak pernah lagi dapat customer luar, maka nervous sampai sejuk-sejuk tangan. Tanyalah pada upline saya, nak terima ke nak lepaskan. Ainul Malik cakap, GO FOR IT!

Oleh itu, tiba aje masa break, terus saya memandu ke HQ Shaklee untuk dapatkan Vita-Lea (kebiasaannya saya memang ambil stok baru direct dari HQ). Lepas tu terus ke Mid Valley. Heeee... Parking.... Mak aiiiiiii susah bebenor nak dapat. Berapa kali pusing akhirnya banyak kereta keluar. Alhamdulillah.

Saya pun message la En. A kata tunggu dekat KFC. Alhamdulillah tak lama tunggu, akhirnya berjaya saya passkan Vita-Lea. Puas hati rasanya sebab misi accomplished! Suatu achievement dalam kehidupan sebab benda tak pernah buat dari kebiasaan, memang lain rasanya. Sekarang ni Alhamdulillah, Macam-macam tempat dah saya COD dan postkan. Semoga saya dapat bantu lebih ramai orang dalam memperbaiki kesihatan dengan vitamin-vitamin yang sangat best ini :D

List kawasan yang saya COD:
- Shah Alam
- USJ
- Subang Jaya
- PJ - VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, serta kawasan-kawasan sekitar
- Klang - Bukit Tinggi
- Mid Valley
- KL Sentral

Postage ke seluruh Malaysia 😊

Pengedar Shaklee anda:
012-5538628

#TsunamiShaklee
#9Gemilang

Sorry ibu.... Abang tak....

Kisah semalam. Anak sulung saya makan nasi dengan tomyam kemudian makan pula megi tomyam yang dipesan oleh ayahnya. Memang berselera benar makannya. Saya memang tak galakkan anak makan megi. Tapi sekali sekala tu boleh la...

Biasanya apabila dah makan tomyam ni, habislah supnya pun memang dihirup. Anak saya ni, suka makan bersulam air... Kembungla perut jadinya. Lepas makan tu saya suruh makan Omega Guard. Tapi abang cakap perutnya dah kembung. Jadi saya bagi Vita-Lea for Children yang kunyah-kunyah aje dulu.

Disebabkan makan pun dah lewat, maka tak lama lepas tu, ayahnya dah suruh semua masuk tidur. Si adik pun dah merengek-rengek. Memang dah mengantuk lah tu.... 😊 Makanya kami semua pun bawa budak-budak masuk ke bilik.

Tapi biasanya, si abang apabila dah masuk bilik, main-main dulu dengan adiknya. Memang puas jugalah bergelak tawa, melompat katil semua walaupun dah suruh tidur. Akhirnya adiknya pun tidur, Abangnya pun dah mula settle down.....

Tapi..... Tapi lagi.... Haaa ibu dah mula dengar si abang terbatuk-batuk lelah. Sinonim sangat dengan simptom yang si ibu selalu alami apabila diserang alergik ni. Nampaknya genetik ibu memang kuat dalam si anak sulung. 

Bunyi batuk abang tu memang sama dengan batuk yang ibu alami apabila dah mula nak start semput. Jadi sebelum menjadi lagi teruk (sampai tahap batuk macam nak muntah dan sesak nafas) ibu bawa abang ke dapur dan makan Omega Guard dan Chewable Vita-C Plus dulu.

Abang siap cakap "Sorry ibu, abang tak makan Omega tadi". Sweet sangatlah kamu abang 😍 Haishhh melting ibu dibuatnya 😊

Selepas telan Omega Guard dan kunyah vitamin C, kami pun masuk bilik. Bunyi batuk berkurangan dan akhirnya abang pun tidur. Takde dah bunyi-bunyi batuk. Alhamdulillah abang tidur nyenyak tanpa gangguan batuk-batuk tu.

Cukuplah kot dengan apa yang abang alami dulu - Asyik diserang batuk-batuk yang teruk masa abang masih kecil. Sebulan sekali dulu pasti nak kena dapatkan gas (nebuliser). Yang paling teruk, masuk hospital kerana serangan alergik. Boleh baca kisahnya di sini

Gambar semasa dimasukkan ke hospital kerana serangan alergik

Asbab ibu buat Shaklee ini, Allah temukan ibu dengan pelbagai vitamin untuk membantu dalam pelbagai masalah kesihatan. Sesungguhnya kesihatan kita akan terganggu jika badan kita kekurangan nutrisi. 

Sejak abang konsisten makan Omega Guard dan Chewable Vita-C Plus, memang jarang-jarang dah pergi ke klinik. Kesihatan abang sangat baik. Alhamdulillah. 

Si abang sekarang 😊

Omega Guard ini membantu mengurangkan inflamasi. Apabila kita mula batuk-batuk, akan terbentuk inflamasi di paru-paru dan tekak. Pengambilan Omega Guard membantu mengurangkan masalah ini serta membantu mengeringkan kahak. Vitamin C pula menguatkan lagi sistem pertahanan badan 😊 Bagi saya memang sangat membantu dalam kesihatan anak-anak saya (termasuk si adik).

Yang best lagi, pengambilan Omega Guard yang mengandungi DHA dan EPA membantu perkembangan otak anak-anak kita supaya lebih cerdas dan mudah menghadam apa yang dipelajari. Ni betul sangat sebab abang mudah sangat belajar. Alhamdulillah. 

Saya sangat sarankan ibu bapa agar dapatkan Omega Guard dan Chewable Vita-C ini untuk anak-anak, terutamanya bagi yang mudah diserang batuk-batuk dan selsema. Kasihan melihat mereka sampai tak cukup nafas sebab batuk kuat sangat 😢 

Saya sendiri pun rasa terseksa sangat apabila diserang semput. Tak boleh bernafas rasanya walaupun jadi hanya seketika. Inikan pula anak-anak kecil yang kena 😢 Memang kalau saya terkena, Omega Guard juga yang akan saya ambil untuk mengurangkannya. 

Alang-alang saya mengamalkannya, saya ingin berkongsi kepada yang mencari. Vitamin-vitamin Shaklee bagi saya memang terbaik. Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi, bebas daripada bahan-bahan sintetik. Yang dah amalkan memang tahu manfaatnya.

Dapatkan daripada saya dengan menghubungi 012-5538628

Pengedar Shaklee anda:
Diana
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628

8 petanda yang menyebabkan mata berdenyut-denyut

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Heee... Nak tanyalah, mata korang selalu berdenyut-denyut tak? Adehhhhh mata kanan asyik berdenyut-denyut aje. Kononnya orang tua cakap nak dapat benda baik. Hahaha... Kalau ya Alhamdulillah. Tapi jangan percaya kerana Allah yang Maha Menentukan semuanya 😉



Hari ni ku cuba cari sebab-sebab saintifik kenapa mata berdenyut. Sebab dah seminggu lebih tak hilang-hilang. Mata kananlah yang selalu sangat berdenyut-denyut. Kadang-kadang mata kiri pun berdenyut juga tapi takde lama macam mata kanan 😆

Saya tak nak ulas pasal kepercayaan orang-orang tua tu. Tapi saya nak cerita kenapa mata kita berdenyut-denyut 😊

Mata berdenyut-denyut juga dipanggil sebagai myokymia dalam bahasa saintifiknya. Terdapat 8 faktor-faktor yang menyebabkan mata berdenyut-denyut:

1. Stress!
Hahahaha... Mungkin juga daku stress. Kepala ku serabut memikirkan banyak benda. Kemungkinan besar inilah sebabnya mata asyik berdenyut-denyut bersilih ganti.

2. Kurang tidur
Ni satu lagi sebab yang mungkin juga menyebabkan mata ku berdenyut-denyut. Badan letih dan tanpa disedari rupanya kurang tidur 😂

3. Eye strain
Mungkin kalau pakai cermin mata dan berlaku perubahan kepada power mata juga akan menyebabkan mata berdenyut-denyut. Selain itu, kalau asyik mata menghadap komputer atau laptop juga boleh mendorong kepada kepenatan mata dan seterusnya menyebabkan mata berdenyut-denyut (ada juga kena mengena denganku 😅)

4. Kafein
Haaa kalau anda penggemar minuman kopi, teh dan coklat, kemungkinan kandungan kafein yang terdapat di dalamnya menyumbang kepada sebab-sebab mata berdenyut-denyut. Cuba kurangkan atau stop terus pengambilan kafein dan lihat adakah mata anda masih berdenyut-denyut.

5. Alkohol
Merupakan salah satu penyebab juga. jadi cuba-cuba kurangkan pengambilannya ya. Bagi Muslim is a no-no. Haram!

6. Kekeringan mata
Banyak faktor yang menyebabkan mata kering, antaranya ialah:
- Usia dah melebihi 50 tahun
- Selalu mengadap komputer
- Mengambil ubat seperti antihistamines, antidepressants, etc
- Pakai contact lense
- Minum terlalu banyak kafein / alkohol
- Letih dan stress

Fuhhh faktornya serupa macam faktor-faktor yang menyebabkan mata berdenyut-denyut kan? 

Jumpalah pakar mata untuk memeriksa sama ada anda mengalami masalah kekeringan mata.

7. Kekurangan nutrisi
Kekurangan nutrisi adalah faktor kepada banyak masalah kesihatan. Ada yang mengatakan kekurangan nutrisi Magnesium boleh menyebabkan mata berdenyut-denyut. Walaupun belum dapat dibuktikan secara saintifik, sebenarnya keperluan Magnesium itu penting untuk kesihatan otot 😉

8. Elergik mata
Ada sesetengah orang mengalami elergi di bahagian mata yang menyebabkan mata menjadi gatal-gatal. Kesannya kita selalu menyentuh dan menenyeh mata. Keadaan ini menyebabkan suatu bahan kimia Histamine dilepaskan tisu kelopak mata dan air mata dan menyebabkan masa berair. dan berdenyut-denyut. 

Jika berjumpa doktor, pasti ubat titik mata antihistamine akan diberikan. Tapi jangan beli ubat titik mata antihistamin seberangan ye sebab ubat antihistamine juga membuatkan mata kering. Jadi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu 😊

Sekarang kita tahu, ada penjelasan saintifik terhadap perkara-perkara yang terjadi pada mata kita. Kemungkinan besar adalah disebabkan STRESS atau keletihan kerana kurang tidur. Ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil boleh baca method 4K untuk mengurangkan stress dalam menjaga dan mendidik anak-anak.

Selain itu, kalau tak selesa sangat dengan mata berdenyut-denyut ini, apa kata cuba kurangkan simptom ini dengan mengamalkan supplemen secara konsisten. 

Antara supplemen-supplemen yang membantu ialah:

1. Vitamin B Complex
Vitamin ini mempunyai nutrisi yang membantu menyeimbangkan mood agar kita mampu mengawal tahap stress yang dialami. Vitamin B Complex juga kita ketahui sebagai vitamin yang membantu mempertingkatkan tenaga. Selain itu, urat saraf juga akan lebih tenang. Apabila saraf tenang, maka urat saraf di mata juga akan tenang dan kurang berdenyut.

2. Ostematrix
Ostematrix adalah tablet kalsium yang mengandungi Magnesium dan vitamin D yang membantu penyerapan kalsium secara optima di dalam badan kita. Kekurangan magnesium akan menyebabkan otot-otot mata berdenyut. Oleh itu, amalkan Ostematrix agar otot-otot lebih relaks dan mudah meregang.

3. Carotomax
Carotomax adalah vitamin yang kaya dengan beta karotene di mana terdapat kandungan vitamin A yang sangat tinggi antioksidan dan membantu dalam kesihatan mata. InsyaAllah power mata juga akan kembali baik jika mengamalkan Carotomax secara konsisten 😊

Apa lagi? Walaupun mata berdenyut-denyut ini tiada apa-apa. Tapi jangan dibiarkan melarat. Pastikan anda cukupkan apa yang tak cukup dan jangan lupa dapatkan vitamin untuk mencukupkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita.

Elakkan terjadinya masalah kesihatan disebabkan oleh kekurangan nutrisi. Itu sangat penting sebab kita tidak mampu mencukupkan keperluan nutrisi daripada makanan. Jadi ambil langkah bermula sekarang. Nak dapatkan vitamin-vitamin tersebut, hubungi 012-5538628.

Bagi yang berada di sekitar:
Shah Alam
USJ
Subang Jaya
PJ - Area Amcorp Mall, Menara PKNS, VSQ
Klang - Area Bukit Tinggi
Mid Valley

Saya boleh COD kan 😊


Terima kasih.
Diana
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628

Ku penuhkan yang kosong itu dengan ilmu

Setiap apa yang kita ceburi, pasti pada masa itu, kita ZERO, KOSONG. Tiada langsung ilmu berkenaannya. Tapi semakin lama kita berada di dalam sesuatu bidang, pasti kita akan menambah ilmu kan? 

Begitu juga apabila saya join sebagai ahli Shaklee. Saya KOSONG. Ilmu nutrisi pun sekadar belajar masa sekolah-sekolah dulu berkenaan vitamin semua. Tapi tidak secara spesifik. 

Namun, semuanya berubah apabila sedikit demi sedikit, saya belajar daripada ahli-ahli Shaklee yang lain dalam pakej kumpulan Shaklee yang saya join. Tak susah, tak tahu tanya... Jangan berdiam diri itu kuncinya.


Selain itu, Shaklee sendiri selalu menganjurkan kelas-kelas atau mengadakan Health and Wellness events di mana pelbagai ilmu mengenai nutrisi dikongsikan kepada kami. Practice makes perfect. Lama-lama saya rasa mudah apabila berhadapan dengan customer yang bertanyakan macam-macam. 

Macam gambar bawah ni masa saya dan keluarga iReach yang lain menghadiri kelas New Distributor Training. Haaaa jadi jangan risau... Orang yang baru join, boleh masuk kelas ni dan belajar pasal Shaklee. Masa ni kami di Berjaya Times Square... Best... Makan pun sedap 😁


Bukan ilmu pasal nutrisi aja yang dipelajari, malah ilmu marketing, personal branding, dan macam-macam lagi juga diajar dalam keluarga Shaklee kami, agar kita berbisnes dengan strategi. Itu pun saya masih lagi menggali-gali ilmu 😊

Jadi, jangan risau kalau anda tiada apa-apa knowledge pasal nutrisi, pasal marketing dan sebagainya. Kerana semuanya boleh dipelajari. Tiada siapa di dunia ini dilahirkan terus pandai dengan pelbagai ilmu. Ilmu harus dicari, diamalkan, dikongsi untuk lebih berkat dan berkesan :) InsyaAllah manfaat ke atas diri sendiri juga.

Terima kasih keluarga iReach kerana tidak putus-putus mendidik kami ini.

Jom join saya untuk memperkembangkan lagi ilmu, kebolehan, kemahiran anda dalam bidang perniagaan 😀 Banyak lagi manfaat yang akan diperoleh apabila anda join sebagai ahli Shaklee. Kesihatan yang baik adalah salah satu daripadanya.

Pengedar Shaklee anda:
012-5538628

#TsunamiShaklee
#9Gemilang

Manisnya Kenangan Apabila Diimbas Kembali

Kenangan masa belajar dulu memang banyak.... Suka duka nangis gelak semua ada 😂 Phewww... Tapi puas hati.... Haha happy sebenarnya. Ni gambar masa kat kolej kediaman... 

Setiap tahun, ada dua dinner. Satu kat kolej... Satu di hotel. Saya dulu memang aktif join jadi AJK untuk aktiviti-aktiviti kolej ni.... Tapi dalam banyak-banyak jawatan, saya paling suka jadi AJK Teknikal... Hahaha... Saya suka duduk dalam bilik teknikal main-main dengan lampu yang dipancarkan di pentas masa orang buat persembahan. Sambil tu boleh skodeng-skodeng dari atas 😅

Gambar ni salah satu kenangan... Dengan kawan yang dari sekolah sama, lain kelas... Uni sama lain course tapi duduk kolej yang sama... Memang best friend... Dari dulu sampai sekarang... Siapa lagi kalau bukan upline saya Ainul Malik. Dalam gambar ni ada seorang lagi geng iReach - Baiti 😢 Ceria, comel orangnya... Tapi Allah lebih menyayangi dia... Tahun 2014 dia pergi menghadap Ilahi. Al-Fatihah.


Apa pun dalam setiap gambar pasti terselit kenangan.... Yang ada perjuangan diteruskan... Yang dah pergi, semoga mereka mendapat tempat terbaik di sisi Allah SWT 🙂

#TsunamiShaklee
#9Gemilang

Pengedar Shaklee Anda:
Diana
012-5538628.