Thursday, 20 November 2014

Awas! Atasi Masalah Jeragat Sebelum Melarat!

Jika anda dapati terdapat bintil-bintil halus disekeliling mata anda, awas! Itu adalah peringkat-peringkat awal jeragat! Baik cegah sebelum melarat.


Peringkat-peringkat awal jeragat


Mesti rasa cuakkan. Umur belum mencecah 40-an tapi dah ada tanda-tanda awal jeragat. Buat pengetahuan pembaca-pembaca sekalian, bintil-bintil tersebut akan pecah dan melebar dan akan menjadi warna kehitam-hitaman dan jadilah suatu masalah kulit yang dinamakan jeragat

Mesti tak nak kan jeragat terjadi di wajah anda. Apakah punca-punca yang menyebabkan terjadinya jeragat?

Punca-punca jeragat:
- Terdedah kepada cahaya matahari yang terik
- Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai
- Faktor genetik atau keturunan
- Penggunaan pil hormon

Bagaimana hendak mengatasi masalah jeragat?
- Jalani rawatan "Chemical Peeling" atau pengelupasan kimia.
- Jalani rawatan laser
- Jalani rawatan mikrodermabrasion
- Amalkan pemakaian sunblock
- Amalkan set penjagaan kulit untuk mencegah jeragat

Rawatan-rawatan kulit di atas adalah untuk menjana pembaharuan sel, supaya kulit lama akan dapat digantikan dan kulit baru menghilangkan kesan-kesan jeragat.

Anda boleh cuba amalkan Set Kecantikan Kulit Shaklee untuk mengatasi masalah jeragat.



Set NutriWhite ini terdiri daripada:
- Daily Defense Whitening Essence (RM231.00)
- Gentle Action Make-Up Remover (RM95.00)
- Gentle Deep Forming Cleanser (RM119.00)
- Overnight Renewal Whitening Cream (RM225.00)
- Soothing Radiance Whitening Softener (RM138.00)
- Spot Whitening Treatment (RM150.00)
- Ultimate Protection Whitening Lotion (RM200.00)

Selain daripada pengambilan penjagaan kulit yang baik, terdapat juga supplemen yang membantu mengatasi masalah jeragat.

- Vitamin B Complex (RM53.75)
Membantu mengurangkan stress dan memberi kesan menenangkan yang boleh mengurangkan pengeluaran jerawat dan jeragat.

- Vitamin C (RM92.50)
Menggalakkan pembentukan kolagen, pengambilan yang konsisten membantu mencerahkan kulit, melambatkan proses penuaan dan menghalang pembentukan jeragat.

- Vitamin E (RM149.00)
Membantu mengawal pengeluaran minyak pada kulit wajah, Menghalang pertumbuhan jerawat dan jeragat dan melembutkan kulit.

- Collagen Powder (RM298.00)
Menganjal dan menegangkan kulit wajah.

Jika anda berminat hendak mendapatkan mana-mana supplemen Shaklee, boleh hubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Tuesday, 18 November 2014

Sakit-sakit di Bahagian Muka Semasa Selsema Berpunca Daripada Resdung?

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca yang diingati selalu... Lama tidak bersiaran. Hari ini diduga dengan selsema.. Ye.. Selsema... Heee mesti ingat simple dan tak ada apa kan.. tapi kesannya saya sakit di bahagian muka sekali.

Saya tidak demam... tapi sakitnya di bahagian muka, terutamanya di bahagian gusi atas.. pipi kanan dan kiri... terasa seperti muka dihentak benda keras. Sakit di bahagian muka ini terutama di bahagian gusi atas agak biasa dialami. Cuma kali ini, saya tidak berdaya.

Apabila pergi berjumpa dengan doktor, doktor kata ia adalah tanda-tanda resdung. Selama ini, sebenarnya saya selalu menolak yang saya mengalami resdung. Sebenarnya resdung ni, semua orang ada. Nak kata kronik atau tidak sahaja. Kita fikir yang positif-positif aje. InsyaAllah resdung saya ni terkawal. 

Apa pun, doktor bagi saya dua jenis ubat selsema. Satu untuk diambil pada malam hari kerana menyebabkan mengantuk dan satu lagi boleh diambil pada waktu pagi kerana tidak menyebabkan mengantuk. Lain-lain adalah ubat paracetamol untuk menghilangkan sakit di bahagian muka.

Alhamdulillah... saya memang adalah member Shaklee. Jadi akses saya kepada range of Shaklee vitamins adalah sangat luas dan dapat harga yang lebih murah. Walaupun kesan pengambilan supplemen Shaklee tidaklah secepat mengambil drugs, but in the long run, insyaAllah kesihatan saya akan maintain baik, InsyaAllah.



Memandangkan saya dah tahu yang resdung saya ni memerlukan lebih perhatian, saya akan amalkan pengambilan supplemen Shaklee yang sesuai untuk masalah resdung ini. Supplemen-supplemen yang sesuai ialah:

- Vitamin B Complex - RM53.75
- Alfalfa Complex - RM53.75
- Sustained Release Vita-C - RM92.50

Set Resdung ini bukan sahaja baik untuk mengawal resdung, malah in the long run, insyaAllah akan mencantikkan kulit juga. 

Nak tahu lebih lanjut, hubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Friday, 14 November 2014

Pendapatan Sampingan Yang Boleh Diwarisi

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca sekalian. Hari ni, nak ajak kawan-kawan berfikirlah... Kalau tak fikir, mungkin kita alpa.. Kalau fikir, risau pula jadinya... Apakah ia? Hahaha... Inilah yang dinamakan kehidupan :)

Hidup ini, akan penuh dengan dugaan. Namun setiap satunya adalah ketentuan yang terbaik yang Allah telah tentukan. Cuma hari ini, saya nak ajaklah kawan-kawan berfikir sejenak... Bak kata Albert Einstein: "Kegilaan adalah melakukan kerja yang sama berulang-ulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza..."



Fikirkan... kehidupan kita sendiri. Bangun pagi, solat subuh, bersiap-siap, terus ke pejabat dari 9am - 6pm. Setiap hari rutin hampir sama. Dan kita mengharapkan, suatu perbezaan besar akan berlaku dalam hidup kita. Akan berlakukah apabila kita hanya melakukan perkara yang sama setiap hari?

Dengan harga barang-barang keperluan yang semakin meningkat dan terlalu banyak keperluan yang harus dipenuhi, hidup menjadi semakin tertekan. Yang mempunyai keluarga dan ramai anak, semestinya berasa tertekan dengan keadaan sekarang ini. Masakan tidak, orang yang gaji 5 angka pun terasa harga barang-barang yang semakin menjerut.

Kerana ini, saya nekad untuk serius dalam perniagaan Shaklee. Tidak dinafikan, banyak lagi peluang perniagaan yang boleh diceburi. Tapi kenapa saya memilih Shaklee? Boleh baca sedikit sebanyak perbandingan yang saya lakukan di SINI.

Kenapa Shaklee? Banyak keistimewaan dan manfaat Shaklee. Antaranya:

- Yang utama ialah Master Checklist yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan ini yang memberi impak yang besar maknanya dalam kehidupan. Nak tahu apa itu Master Checklist, hubungi saya di 012-5538628.

- Perniagaan Shaklee hanya memerlukan yuran keahlian sebanyak RM75 seumur hidup. 

- Shaklee dilengkapi dengan kemudahan sistem online, dimana pembelian barang-barang boleh dijalankan di atas talian dan dihantar direct ke muka pintu anda atau pun pelanggan anda.

- Anda tidak perlu menyimpan stok. Beli apabila menerima order. Anda juga tidak perlu mengepos barang kepada pelanggan. Hanya berikan alamat, Shaklee akan menghantar direct ke muka pintu mereka.

- Adanya sokongan ahli kumpulan yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan sentiasa bersama-sama dalam membantu membangunkan empayer Shaklee anda.

- Latihan dan tunjuk ajar yang disediakan oleh Shaklee sendiri.

New Distributor Training untuk SID yang baru bermula

- Empayer perniagaan anda yang boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

- Hadiah percutian atau Umrah kepada SID (Shaklee Independent Distributor) yang berjaya mendapatkan point yang mencukupi. Boleh bawa seisi keluarga untuk percutian ini.

- Supplemen Shaklee yang memang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang memang selamat untuk seisi keluarga.

Banyak lagi keistimewaan perniagaan Shaklee ini. Kalau hendak mencari perniagaan yang terbaik, carilah perniagaan yang sudah mempunyai sistem seperti Shaklee. InsyaAllah, anda hanya jalankan sahaja. Semuanya disokong oleh Shaklee dan juga ahli kumpulan anda yang sama-sama mahu berjaya :)

Setakat beberapa bulan menjadi ahli perniagaan Shaklee ini, saya rasakan hidup saya lebih tenang dan bahagia. Ada kawan-kawan yang sentiasa berada di sisi. Memang seronok.

InsyaAllah, janji Allah itu benar. Keluarlah daripada kepompong hidup dan majukan diri untuk kehidupan yang lebih baik. Takkan berubah diri seseorang itu, melainkan kita sendiri yang merubahnya, dengan izin Allah :)

Kalau ada apa-apa pertanyaan mengenai keahlian Shaklee, jangan malu-malu untuk hubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Thursday, 13 November 2014

8 Cara-Cara Untuk Menghilangkan Rasa Sakit-Sakit Badan Setelah Lama Tidak Bersenam atau Bersukan

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca budiman sekalian... Hari ni saya nak share tentang macam mana ekk nak kurangkan sakit-sakit badan selepas bersenam atau bersukan.. lebih-lebih lagi bila dah lama tak bersenam atau bersukan. Mesti badan akan terasa sakit-sakit. 

Saya ingat lagi pengalaman mendaki Bukit Broga.. ek eleh... hahaha..memang takdela tinggi mana pun.. tapi disebabkan dan bertahun tak bersenam dan bersukan...stamina memang 0. Alhamdulillah... selepas aktiviti naik dan turun Bukit Broga, takde pulak badan saya sakit-sakit :)

Pemandangan indah awal pagi di Bukit Broga


Badan kita terutamanya kaki atau anggota badan yang mengalami lebih tekanan, mesti akan terasa lenguh dan sakit-sakit selepas melalui sesi senaman atau bersukan. Lebih-lebih lagi kalau aktiviti mendaki bukit, tentunya akan memberi tekanan yang lebih kepada kaki. 

Haaa..begini cara-cara untuk mengurangkan sakit-sakit badan atau sakit-sakit kaki akibat bersenam atau bersukan:

1. Setkan minda anda yang anda boleh lakukan. Pastikan minda anda bersemangat dan bersedia.

2. Pakai pakaian sukan. Pastikan baju dan seluar anda selesa dan boleh menyerap peluh. Bawa tuala kecil jika perlu.

3. Pastikan anda minum air secukupnya atau makan supplemen yang bersesuaian sebelum aktiviti bersenam atau bersukan.

4. Warm up sebelum memulakan aktiviti. Sesi warm up harus dimulakan daripada kaki ke atas.. bukan daripada kepala ke kaki tau.

5. Anda tahu anda dah lama tidak bersenam dan bersukan, oleh itu, jangan terlalu memaksa diri. Bersenam atau bersukan mengikut keupayaan anda. Kalau badan anda mula protes, slow down. Jalan perlahan-lahan...kawal nafas anda.

6. Nikmati senaman atau sukan tersebut. Anda akan bahagia dan gembira :)

7. Setelah selesai, cool down dengan membuat regangan kepada tubuh anda.

8. Ucapkan tahniah kepada diri anda sendiri kerana anda berjaya bersenam atau melaksanakan aktiviti bersukan yang dirancangkan :)

Memang penting untuk memastikan tubuh bersedia sebelum melakukan apa-apa aktiviti senaman atau bersukan. Jika tidak, kesannya, anda akan sakit-sakit badan, tidak enjoy dan mungkin juga muntah. 

So take it easy. Yang rasa cuak, boleh bersedia dengan mengambil supplemen atau makanan tambahan yang dapat membantu. Anda boleh cuba beberapa supplemen berikut:



- B-Complex - Membantu memberi tenaga untuk persediaan sebelum bersenam atau bersukan.

- Performance Drink - Serbuk bancuhan air tenaga yang berperisa oren yang sangat sedap dan membantu mengurangkan rasa haus.

- OsteMatrix - Memberi ketenangan kepada sistem saraf dan mengurangkan rasa sakit-sakit badan dan memberi kesegaran. 

Jika anda sedang dalam perancangan untuk bersukan atau bersenam, dan ingin mendapatkan supplemen-supplemen tersebut, boleh hubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Tuesday, 11 November 2014

Cara-Cara Menghilangkan Lemak Daripada Badan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca-pembaca sekalian. Dah lama tak update blog. Hari ni nak tulis cara-cara nak membuang lemak daripada badan... haha.. inilah misi saya sekarang.. heee..



Kenapa penting untuk menghilangkan lemak daripada badan? Penting untuk menghilangkan lemak daripada badan untuk kesihatan yang menyeluruh, menjauhi penyakit-penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung dan banyak lagi.

Penting untuk menghilangkan lemak supaya badan lebih ringan dan mudah bergerak. Penting untuk menghilangkan lemak supaya mudah untuk conceive..... dan memang banyak lagi manfaat apabila lemak dalam badan dikurangkan. 

Tapi susah kan... dengan masa yang tak berapa nak ada untuk bersenam...  Jangan putus asa. Cari juga masa untuk bersenam. Dalam nak bersenam pun, ada dua jenis, iaitu bersenam macam jogging atau brisk walking yang berpeluh dan membuang lemak dan juga otot.

Ada juga senaman kardiovaskular yang membantu membuang lemak daripada badan dan mengekalkan otot. Dengan senaman ini, anda mungkin tidak kehilangan berat badan, tapi anda akan kehilangan inci tubuh badan anda (inch lost). Maklumat selanjutnya akan saya kongsi pada entri saya yang akan datang.

Buat masa ini, saya ambil supplemen untuk membantu. Tapi kejayaan saya untuk membuang lemak daripada badan ini disertai dengan senaman dan juga langkah-langkah mengurangkan makanan. Anda boleh rujuk di SINI tentang makanan yang sesuai untuk diet yang baik.

Supplemen yang saya ambil ialah:
- Alfalfa Complex
- Omega Guard
- Cinch Shake Mix Chocolate

Saya rasa pengambilan supplemen ini sangat cost effective  atau murah berbanding supplemen atau ubat kurus yang lain... kerana apa tau?

1. Alfalfa botol kecil RM53.75 mengandungi 330 biji. Jika sehari makan 6 biji sekalipun, bayangkan berapa lama sebotol kecil itu bertahan.

2. Omega Guard berharga RM136.00 dan mengandungi 90 biji. Tapi dengan adanya promosi bulan ini beli 6 botol percuma sebotol lagi atau beli 2 botol dapat 5% diskaun, saya memang amik kesempatan yang jarang tiba ini untuk memborong Omega Guard dan menjayakan usaha saya untuk membuang lemak daripada badan :)

3. Saya ambil Cinch Shake Mix, kerana mengandungi Leucine yang membantu buang lemak daripada badan tetapi mengekalkan otot. Memang pilihan terbaik. Satu canister Cinch Shake Mix ialah RM173.00. Jika saya rasa saya ambil meal berat, saya tidak akan minum cinch, kecuali jika saya memang tidak ambil apa-apa meal. Ini disebabkan Cinch Shake Mix adalah meal replacement. Jadi, janganlah makan dalam kuantiti yang banyak, kemudian minum pula Cinch. Pandai-pandailah anda membahagi-bahagikan.

InsyaAllah, saya yakin akan dapat menghilangkan lemak daripada badan. Jom bersama-sama saya dalam program membuang lemak daripada badan ini :) Apa-apa, jangan malu-malu untuk hubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Wednesday, 5 November 2014

Hidung Berdarah Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Salam sejahtera pembaca-pembaca sekalian. Hari ni, saya duduk rumah temankan anak.. memandangkan semalam baru discharge, biarlah saya temankan dulu daripada dihantar ke nursery atau jagaan orang lain... 

Hari ini, sedang duduk-duduk saja dan Nur Muhammad tengah bermain ipad, terdengar soksek-soksek hidungnya berair. Bila tengok balik, kat t-shirtnya ada tompok-tompok darah. Allahuakhbar... terkejut juga.. tapi darah dah berhenti keluar dari hidungnya.

Mungkin panas ubat ke... saya pun tak pasti. Namun pendarahan hidung kanak-kanak adalah normal. Namun jika, terlalu kerap, elok dibawa berjumpa pakar untuk rawatan lanjut.

Pendarahan hidung dalam kalangan kanak-kanak dikenali sebagai epistaxsis. 90 peratus kes pendarahan hidung kanak-kanak berlaku di kawasan yang dinamakan Kiesselbach plexus atau Little’s area iaitu lapisan dalam.

Kawasan ini terletak di bahagian hadapan tengah hidung iaitu septum yang mempunyai banyak salur darah dan senang berlaku pendarahan.
Antara punca-punca berlakunya pendarahan ialah:
1. Kecederaan kecil dan kecederaan besar seperti mengorek hidung, kecederaan pada hidung dan muka yang disebabkan terjatuh, terkena pintu, kemalangan atau ditumbuk seseorang.
2. Trauma kecil iaitu luka di dalam hidung apabila mengorek menggunakan kuku atau objek tajam misalnya, kanak-kanak suka memasukkan sesuatu ke dalam hidung mereka menyebabkan luka dan berlaku pendarahan.
3. Jangkitan seperti jang­kitan saluran pernafasan atas (URTI) dan sinusitis.
4. Keradangan seperti masalah alahan hidung yang tidak terkawal atau selalu bersin.
5. Terdedah kepada persekitaran panas yang akan menyebabkan kanak-kanak mudah berhingus serta gatal.
6. Bendasing dalam hidung juga boleh menyebab­kan pendarahan hidung dan selalunya dikaitkan dengan masalah hidung busuk.
Hidung Nur Muhammad memang sensitif. Selalu juga hidungnya berdarah gejala ketat hidung atau hidung tersumbat menyebabkan dalam hidungnya block dan menyukarkan dia bernafas.
Apabila berlaku pendarahan hidung, perkara yang perlu dilakukan ialah tunduk dalam keadaan duduk. Ambil ketulan ais yang dibalut dengan kain dan tekapkan ke atas bahagian hidung yang terletak di tengah-tengah dahi. Sepatutnya dalam beberapa minit pendarahan akan terhenti. Jika tidak, elok dibawa berjumpa doktor.
Kemudian, semasa memandikan anak, jangan lupa bersihkan hidungnya. Mungkin terdapat darah beku yang tertinggal di dalam hidungnya.

Tuesday, 4 November 2014

Minyak Ikan Terbaik Pilihan Sekeluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca yang sangat saya sayangi. Alhamdulillah Nur Muhammad dah keluar daripada hospital. Terima kasih sekali lagi di atas doa-doa anda. Semoga anda semua juga diberkati dan dirahmati selalu.

Haha... dah lama saya tak update pasal Shaklee saya. Okla saya nak buat announcement tentang promosi Shaklee pada bulan ini. Bulan ni promosi Omega Guard.... Omega Guard merupakan minyak ikan terbaik daripada Shaklee :)

Macam mana promosinya? Beli 6 botol Omega Guard dan dapat percuma sebotol lagi Omega Guard. Selain itu, bulan ini istimewanya Shaklee juga memberi diskaun 5% bagi pembelian 2 botol Omega Guard. Memang tak pernah-pernah la bagi sebelum ni :)

Jika anda membeli sebotol Omega Guard, harganya ialah RM136.00. Jadi kalau nak beli 6 botol Omega Guard dan percuma satu, anda kira sendiri sebenarnya berapa harga sebotol Omega Guard yang sangat berbaloi-baloi untuk November 2014 ini aje.

Yang bestnya, Omega Guard ini ialah minyak ikan yang sangat sesuai diambil oleh seisi keluarga. Kanak-kanak dan ibu mengandung lagi la boleh sangat. Anda boleh rujuk berkaitan Omega Guard di SINI



Untuk konsultasi pengambilan vitamin Shaklee secara percuma, hubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Monday, 3 November 2014

Alergik Anakku Nur Muhammad 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca yang disayangi sekalian.. Alhamdulillah berbunga-bunga rasa hati apabila doktor cakap dah boleh balik petang ni kalau da takde apa-apa.

Saya tanya balik doktor apakah kemungkinan-kemungkinan penyebab alergi kepada Nur Muhammad. Buat pengetahuan pembaca sekalian.. malam sebelum kena alergik tu.. Nur Muhammad makan mee sup dan bihun goreng. Kedua-dua makanan tersebut memang ada seafood. Tapi sebelum-sebelum ini.. Nur Muhammad memang sudah terbiasa makan makanan yang bercampur seafood.

Petang sebelum terkena alergi tu pula.. Nur Muhammad makan aiskrim yang diberi oleh sepupunya. Kalau tak silap saya.. aiskrim paddle pop yang iklan di tv character kartun menari-nari sambil dalam mulut meletup-letup tu. 

Apabila diberitahu kepada doktor pasal aiskrim tu.. doktor tanya ade colouring tak? Haaaa... bingo! Memang ada coloring yang berlayer-layer.. warna merah dan kuning yang menyala. Pada masa itu juga saya teringat aunt saya yang pernah cakap dia alergik kepada pewarna.. 

Waaa..lepas ni memang kena pantau pemakanan anak. Doktor ada cakap.. jika kena alergik seperti Nur Muhammad.. dia risau kerana terdapat dua fasa serangan alergi ni. Apabila satu fasa da menyerang.. takut satu lagi fasa serangan yang lebih teruk akan terjadi. Tapi doktor akan lepaskan untuk pulang dan jika apa-apa bawa ke hospital. InsyaAllah tak akan terjadi fasa kedua itu.

Mata Nur Muhammad pun dah tak bengkak.. Alhamdulillah.. syukur. Harap Nur Muhammad sihat sentiasa.. Aminnn..



Alergik Anakku Nur Muhammad 2

Salam sejahtera pembaca-pembaca yang disayangi sekalian. Terima kasih di atas doa-doa kalian :)

Nur Muhammad masih lagi di ward. Doktor tak izinkan pulang kerana risau ade serangan kedua. InsyaAllah jika esok tiada apa-apa, bolehlah balik..

Walaupun dah ok.. mata Nur Muhammad masih lagi jelas kelihatan bekas bengkaknya. Tapi Nur Muhammad dah berkelakuan seperti sediakala. Alhamdulillah, syukur. 

Mesti ramai nak tahu... alergik apa sebenarnya.... Hakikatnya saya sendiri kurang pasti... nak kata seafood, sebelum ni Nur Muhammad makan, takde masalah. Nak kata habuk atau hama, kemungkinan itu ada... tapi secara terperincinya saya tak dapat memberi jawapan apa penyebab yang betul. 

Saya juga sebenarnya mengalami alergi seperti Nur Muhammad tapi sekarang dah berkurangan. saya pernah mengalami bengkak mata dan gatal-gatal badan seperti Nur Muhammad. Tapi sebagai orang dewasa, ketahanan untuk melawan perkara itu lebih kuat.. dan saya tidak pergi ke klinik atau hospital pun. Keesokan harinya hilang simptom-simptom alergi tersebut. Cuma nampaklah kesan mata membengkak.. Waktu terjadi tu.. saya berada di Pangkor. Mungkin bed bugs yang buat alergi saya jadi teruk.

Tapi saya nak nukilkan perbualan comel antara saya dan Nur Muhammad. Ya Allah.. anak-anak kecil ini masih lagi suci bersih jiwanya....

Ibu: Sayang, jangan garu-garu... dah bagi ubat...nanti gatal hilang.

Nur Muhammad: Gatal kat kaki ni.. Ade nyamuk... (sambil garu di bahagian atas kaki). Kemudian garu pula di bawah pelipat lutut.

Ibu: Takde... ibu da halau nyamuk tu. Ibu da spray dah.

Nur Muhammad: Ade... ni tengok banyak nyamuk (sambil menggaru-garu di bahagian bawah ketiak).

Kasihan.. anak-anak sekecil itu, masih tidak memahami simptom yang terjadi ke atas mereka. Mata Nur Muhammad yang membengkak itu pun tidak dapat difahaminya. Menangis-nangis Nur Muhammad sambil menyebut "mata" kerana matanya tak boleh buka sebab bengkak :'(

Hati ibu mana lah yang tidak sebak dan sayu. Namun, segala-galanya adalah ketentuan Allah, aku berserah. InsyaAllah, setiap yang berlaku, ada hikmahnya :)

Sunday, 2 November 2014

Alergik Anakku Nur Muhammad

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca budiman sekalian.. Hari ni.. sedih sangat rasa... 

Dalam pukul 2 pagi lebih Nur Muhammad bangun nangis-nangis... bila buka lampu.. tengok mata dia membengkak.. ade air hingus berdarah meleleh dari hidung.. panik sangat rasa..

Apabila diangkat t-shirtnya.. banyak bintik-bintik halus gegata atau kelopak garam di badannya dan Nur Muhammad menggaru-garu kegatalan.. sambil menangis dan batuk-batuk.

Apa lagi... terus kata jom bawa gi hospital. Saya pun memecut ambil kereta dan drive. Malam tu saya drive. Alhamdulillah rumah kami memang tidak jauh dari KPJ.

Saya drop suami dan anak saya di emergency.. kemudian terus parking kereta. Selepas parking kereta.. sesampainya di emergency.. anak saya dah masuk ke dalam. Nurse di reception minta details anak saya kemudian suruh saya masuk ke dalam kawasan rawatan.

Anak saya masih menangis-nangis. Di jarinya terdapat alat untuk menentukan denyutan jantung dan nadi. Kemudian anak saya diberi nebulizer untuk mengurangkan masalah pernafasannya.


Selepas neb, anak saya disuntik ubat di punggung untuk menghilangkan gatal-gatalnya. Dalam 15 minit gitu Nur Muhammad sudah berhenti menangis dan nampaknya seperti hendak tidur. Tapi walaupun dah dalam 30 minit.. nur Muhammad masih lagi menggaru-garu badannya... doktor memaklumkan untuk warded Nur Muhammad untuk pemeriksaan lanjut. Apa- apa saya akan updatekan lagi...