Salam sejahtera pembaca-pembaca yang disayangi sekalian. Terima kasih di atas doa-doa kalian :)
Nur Muhammad masih lagi di ward. Doktor tak izinkan pulang kerana risau ade serangan kedua. InsyaAllah jika esok tiada apa-apa, bolehlah balik..
Walaupun dah ok.. mata Nur Muhammad masih lagi jelas kelihatan bekas bengkaknya. Tapi Nur Muhammad dah berkelakuan seperti sediakala. Alhamdulillah, syukur.
Mesti ramai nak tahu... alergik apa sebenarnya.... Hakikatnya saya sendiri kurang pasti... nak kata seafood, sebelum ni Nur Muhammad makan, takde masalah. Nak kata habuk atau hama, kemungkinan itu ada... tapi secara terperincinya saya tak dapat memberi jawapan apa penyebab yang betul.
Saya juga sebenarnya mengalami alergi seperti Nur Muhammad tapi sekarang dah berkurangan. saya pernah mengalami bengkak mata dan gatal-gatal badan seperti Nur Muhammad. Tapi sebagai orang dewasa, ketahanan untuk melawan perkara itu lebih kuat.. dan saya tidak pergi ke klinik atau hospital pun. Keesokan harinya hilang simptom-simptom alergi tersebut. Cuma nampaklah kesan mata membengkak.. Waktu terjadi tu.. saya berada di Pangkor. Mungkin bed bugs yang buat alergi saya jadi teruk.
Tapi saya nak nukilkan perbualan comel antara saya dan Nur Muhammad. Ya Allah.. anak-anak kecil ini masih lagi suci bersih jiwanya....
Ibu: Sayang, jangan garu-garu... dah bagi ubat...nanti gatal hilang.
Nur Muhammad: Gatal kat kaki ni.. Ade nyamuk... (sambil garu di bahagian atas kaki). Kemudian garu pula di bawah pelipat lutut.
Ibu: Takde... ibu da halau nyamuk tu. Ibu da spray dah.
Nur Muhammad: Ade... ni tengok banyak nyamuk (sambil menggaru-garu di bahagian bawah ketiak).
Kasihan.. anak-anak sekecil itu, masih tidak memahami simptom yang terjadi ke atas mereka. Mata Nur Muhammad yang membengkak itu pun tidak dapat difahaminya. Menangis-nangis Nur Muhammad sambil menyebut "mata" kerana matanya tak boleh buka sebab bengkak :'(
Hati ibu mana lah yang tidak sebak dan sayu. Namun, segala-galanya adalah ketentuan Allah, aku berserah. InsyaAllah, setiap yang berlaku, ada hikmahnya :)
0 Komentar