Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca budiman sekalian... Hari ni saya nak share tentang macam mana ekk nak kurangkan sakit-sakit badan selepas bersenam atau bersukan.. lebih-lebih lagi bila dah lama tak bersenam atau bersukan. Mesti badan akan terasa sakit-sakit.
Saya ingat lagi pengalaman mendaki Bukit Broga.. ek eleh... hahaha..memang takdela tinggi mana pun.. tapi disebabkan dan bertahun tak bersenam dan bersukan...stamina memang 0. Alhamdulillah... selepas aktiviti naik dan turun Bukit Broga, takde pulak badan saya sakit-sakit :)
Pemandangan indah awal pagi di Bukit Broga
Badan kita terutamanya kaki atau anggota badan yang mengalami lebih tekanan, mesti akan terasa lenguh dan sakit-sakit selepas melalui sesi senaman atau bersukan. Lebih-lebih lagi kalau aktiviti mendaki bukit, tentunya akan memberi tekanan yang lebih kepada kaki.
Haaa..begini cara-cara untuk mengurangkan sakit-sakit badan atau sakit-sakit kaki akibat bersenam atau bersukan:
1. Setkan minda anda yang anda boleh lakukan. Pastikan minda anda bersemangat dan bersedia.
2. Pakai pakaian sukan. Pastikan baju dan seluar anda selesa dan boleh menyerap peluh. Bawa tuala kecil jika perlu.
3. Pastikan anda minum air secukupnya atau makan supplemen yang bersesuaian sebelum aktiviti bersenam atau bersukan.
4. Warm up sebelum memulakan aktiviti. Sesi warm up harus dimulakan daripada kaki ke atas.. bukan daripada kepala ke kaki tau.
5. Anda tahu anda dah lama tidak bersenam dan bersukan, oleh itu, jangan terlalu memaksa diri. Bersenam atau bersukan mengikut keupayaan anda. Kalau badan anda mula protes, slow down. Jalan perlahan-lahan...kawal nafas anda.
6. Nikmati senaman atau sukan tersebut. Anda akan bahagia dan gembira :)
7. Setelah selesai, cool down dengan membuat regangan kepada tubuh anda.
8. Ucapkan tahniah kepada diri anda sendiri kerana anda berjaya bersenam atau melaksanakan aktiviti bersukan yang dirancangkan :)
Memang penting untuk memastikan tubuh bersedia sebelum melakukan apa-apa aktiviti senaman atau bersukan. Jika tidak, kesannya, anda akan sakit-sakit badan, tidak enjoy dan mungkin juga muntah.
So take it easy. Yang rasa cuak, boleh bersedia dengan mengambil supplemen atau makanan tambahan yang dapat membantu. Anda boleh cuba beberapa supplemen berikut:
- B-Complex - Membantu memberi tenaga untuk persediaan sebelum bersenam atau bersukan.
- Performance Drink - Serbuk bancuhan air tenaga yang berperisa oren yang sangat sedap dan membantu mengurangkan rasa haus.
- OsteMatrix - Memberi ketenangan kepada sistem saraf dan mengurangkan rasa sakit-sakit badan dan memberi kesegaran.
Jika anda sedang dalam perancangan untuk bersukan atau bersenam, dan ingin mendapatkan supplemen-supplemen tersebut, boleh hubungi saya di 012-5538628.
Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy
Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:
NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC
COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
0 Komentar