Sambung balik cerita pasal pendarahan atau spotting semasa kehamilan.... Aku terasa nak selit juga kisah-kisah rakan-rakan lain yang mengalami masalah yang serupa...
Aku ada tanya juga sahabatku yang juga merupakan seorang doktor. Dah ditentukan Allah rupa-rupanya dia juga sedang hamil dalam 8 minggu dan mengalami pendarahan yang banyak. Pada masa aku bertanya tu, sahabatku ini sedang menunggu untuk berjumpa dengan doktor.... Katanya mungkin kesnya "Threaten Miscarriage". Jadi dia hendak dapatkan pengesahan doktor. True enough, belum masa dia lagi, kandungan tidak dapat diselamatkan... Beberapa hari selepas itu, dia telah menjalani prosedur D & C (Dilation & Curettage) iaitu proses untuk mengeluarkan janin yang gugur itu :'(
Ada juga seorang sahabatku yang telah selamat melahirkan bayi yang comel, di mana semasa hamil lebih kurang 5 bulan... mengalami pendarahan yang agak banyak.... Apabila scan, doktor mengesahkan ade pendarahan di area berdekatan dengan uri. Mengikut kata doktor, mungkin akibat pergerakan ibu yang aktif menyebabkan geseran di antara uri dengan dinding rahim maka terjadilah pendarahan. Apabila ditanya lebih-lebih doktor hanya suruh mengurangkan pergerakan dan maklumat selanjutnya hanya boleh diketahui apabila kandungan melebihi 6 bulan....
Begitu jugalah dengan kes aku... Alhamdulillah kandunganku tidak terusik... Aku sebenarnya berjumpa dengan dua orang gynea... doktor yang pertama cakap tak ade apa-apa... give it some time to heal... Tapi hati tak senang apabila pendarahan yang sikit masih keluar apabila masuk minggu kedua... Then aku decide untuk get 2nd opinion ngn gynea lain di tempat lain. Masa tu dah takde pendarahan. Apabila scan, Alhamdulillah... kandungan memang tak de menunjukkan sebarang pendarahan atau apa-apa pun. Kemudian sample keputihan diambil. Mengikut kata doktor, mungkin jangkitan kulat. Namun, bagi kandungan sebelum 12 minggu.... jangkitan kulat tidak boleh dirawat. Jadi aku hanya diberi ubat penguat rahim.
Alhamdulillah... aku bersyukur.... setakat ini tiada apa-apa masalah. Jadi kepada ibu-ibu yang sedang hamil, jika berlaku apa-apa pendarahan, pergilah berjumpa dengan doktor segera. Pendarahan ini boleh terjadi dengan banyak sebab... Ada disebabkan perubahan hormon, seperti mana yang terjadi kepadaku.... Ada disebabkan pergerakan aktif... Ada juga disebabkan kandungan itu lemah... dan 1001 sebab lagi yang mungkin timbul. Kebanyakan doktor tak dapat memberi apa-apa assurance. Macam kes aku... kandungan masih di peringkat awal. Kena tunggu kandungan mencecah 3 bulan. Sama kes juga dengan sahabatku... sah sampai 5 bulan... kena tunggu 6 bulan pula....
Jadi apabila hamil... banyakkan berdoa agar kandungan ini terpelihara oleh Allah selalu... Macam aku cakap sebelum ini... Allah Maha Memberi... Allah juga boleh mengambilnya semula bila-bila masa sahaja. Kita berdoa dan berserah dan harapkan yang terbaik....
Semasa hamil, pengambilan nutrien yang mencukupi juga sangat penting. Kalau dah baca cerita kisah kehamilanku... semestinya supplemen Shaklee menjadi pilihan.... Nak harapkan food intake.... memang tak cukup nutrien... contohnya kalsium.... takut nanti gigi kita jatuh sebab bayi dalam kandungan juga memerlukan kalsium.
Untuk kehamilan ini, aku mengambil Set Kehamilan Trimester Pertama yang terdiri daripada:
- Sustained Release Vita-C - meningkatkan sistem imun dan mengurangkan bengkak gusi.
- Vita-Lea (multivitamin) - mengandungi asid folik, iron yang sangat-sangat diperlukan oleh sang ibu dan vitamin-vitamin penting yang lain.
- B Complex - Mengurangkan bengkak gusi, mengandungi asid folik. Mengandungi kesemua keluarga vitamin B yang diperlukan oleh tubuh.
- OsteMatrix - Membekalkan keperluan kalsium yang diperlukan oleh ibu hamil dan mengurangkan sembelit dan cramp kaki semasa hamil.
- ESP - Membekalkan keperluan protein untuk pertumbuhan sel-sel yang sihat dan membantu menguatkan rahim.
Jika ada sebarang persolan, nak tanya pasal supplemen ke... nak beli ke... jangan malu-malu untuk menghubungi saya di 012-5538628.
Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy
Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:
NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978
Kind Hearty Enterprise
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC
COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
2 Komentar
kawan rapat saya pun mengalami keguguran n bayi dah cukup sifat. tapi Allah sayang kan dia..=)
Balasfollow kat sini..salam perkenalan.
Trima kasih Saljiah Zafirah... Itulah..kita hanya berserah kepada Allah kerana Dia menentukan segala-galanya...
Balas