Petang tadi saya dengar Usrah Nurani di IKIM FM. Masa buka radio aje, Ustaz Zul Ramli tengah mengulas pasal ISTIQAMAH. Sekarang barulah pemahaman saya tentang istiqamah diperbetulkan.
Selama ini, saya fikir maksud istiqamah adalah konsisten. Sebenarnya maksud konsisten untuk disamakan kepada Istiqamah adalah kurang tepat. Walaubagaimana pun, konsisten adalah sebahagian daripada istiqamah.
Maksud Istiqamah:
Istiqamah bermaksud konsisten pada jalan yang benar, berpegang kepada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah atau berpaling dalam apa-apa keadaan atau situasi sekalipun.
Jadi, mari kita betulkan pemahaman kita... Sebenarnya ini lebih kepada membetulkan pemahaman saya sendiri.. Saya kongsikan juga bersama-sama anda.
Oleh itu, lepas ni, jangan kita cakap "Istiqamah buat jahat" sebab apabila kita beristiqamah, bermaksud kita konsisten melakukan perkara-perkara yang baik sahaja dan mematuhi syariat Islam. No such thing as istiqamah dalam buat perkara-perkara jahat.
Begitu juga apabila saya mula menceburkan diri dalam perniagaan Shaklee ini. Rasanya banyak ranjau berduri yang harus ditempuh oleh seorang SID. Bak kata orang, bukan senang nak jadi senang... Bukan sekelip mata kita boleh berjaya... Saya yakin Nanny Lyna Noh (Presidential Masters) semestinya telah melalui banyak pengalaman pahit manis dalam menjalankan bisnes Shaklee ini.
Kini, datang pula satu lagi dugaan kepada semua SID yang mengatakan Shaklee menyokong Israel. Memang diakui, sukar untuk menerangkan kepada orang-orang di luar sana yang apabila ternampak sahaja post di FB tentang Shaklee menyokong Israel, terus sahaja tanpa usul periksa mengecop Shaklee sebagai suatu jenama yang harus diboikot.
Disebabkan tuduhan yang tanpa usul periksa ini, ada ramai juga SID yang menarik diri daripada perniagaan Shaklee. Hakikatnya Shaklee sendiri telah mengeluarkan memo yang mengatakan Shaklee langsung tidak menyumbang kepada negara haram Israel.
Saya harap apa sahaja tindakan yang kita lakukan, pastikan kita betul-betul selidiki dahulu perkara tersebut sebelum menjatuhkan sebarang hukuman. Takut-takut nanti kita menyebarkan fitnah dan menganiayai orang-orang yang terlibat. Akhirnya dosa terpalit ke muka kita sendiri...
Reference:
0 Komentar