Banyak sebab kenapa kita mengalami masalah sakit kepala... Kebanyakan sakit kepala yang dialami, tidaklah berbahaya. Namun jika berlarutan, elok kalau dapatkan rawatan dan konsultasi daripada pakar :)
Secara amnya, sakit kepala mungkin berpunca daripada:
- Kurangnya minum air. Dengan cuaca yang sangat panas dan tidak menentu, menyebabkan badan kita berasa lesu dan mudah mendapat sakit kepala. Oleh itu, minumlah air secukupnya, sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
- Perokok pasif. Anda memang tidak merokok, tapi duduk di sekeliling orang-orang yang merokok. Sesetengah orang memang tidak dapat menahan bau asap rokok dan menyebabkan sakit kepala.
- Minum minuman berkafein. Tak semua orang akan sakit kepala apabila minum kopi atau teh.. Namun, pada sesetengah orang...minuman ini menyebabkan sakit kepala.
- Stress. Rasanya memang perkara biasa jika seseorang yang stress untuk merasa sakit kepala...Kadangkala sakit kepala ini boleh berlarutan dan menyebabkan keadaan bertambah teruk sehingga orang yang mengalaminya mungkin loya atau muntah-muntah.
- Masalah resdung.
Berikut adalah beberapa tips untuk mengurangkan sakit kepala.
1. Minum air yang mencukupi setiap hari untuk memudahkan pergerakan dan peredaran darah di dalam badan.
2. Bersenam dengan konsisten. Apabila bersenam, peredaran darah menjadi lebih lancar dan membantu untuk mengelakkan sakit kepala serta mengurangkan tekanan.
3. Pastikan anda tidak membiarkan perut anda kosong untuk jangka masa yang lama. Apabila perut kosong, kandungan gula di dalam darah akan digunakan. Untuk mengatasi masalah tersebut, cukuplah dengan mengambil buah-buahan seperti epal atau snek ringan seperti coklat untuk menstabilkan kandungan gula di dalam darah.
4. Pastikan tidur yang berpatutan... tidak kurang atau tidak terlebih. Kerana kedua-dua keadaan tersebut boleh menyebabkan sakit kepala...
5. Jangan menghadap komputer terlalu lama. Bangun dan jalan-jalan sebentar untuk mengurangkan tekanan terhadap mata.
6. Jika boleh, elakkan daripada duduk di bawah matahari yang terik terlalu lama.
Petua untuk mengurangkan sakit kepala:
- Ambil air isotonik seperti 100plus kemudian campurkan dengan air suam. Nisbah campuran air tersebut ialah 1 air 100plus dan 2 air suam.
- Ambil beberapa biji limau kasturi yang diperah ke atas kepala satu persatu. Sambil memerah limau, urut kepala untuk meratakan jus limau tersebut dan menggalakkan pengaliran darah. Limau yang telah diperah, dimasukkan ke dalam air kosong dan dijiruskan ke atas kepala dan badan. Akhir sekali, bersihkan badan, tapi jangan hilangkan bau limau kasturi tersebut. Kemudian, tidurlah sebentar.
Jika anda rasa tidak hilang juga sakit kepala tersebut dan perkara ini selalu mengganggu anda, bolehlah anda mencuba supplemen Shaklee, iaitu Vitamin B Complex dan OsteMatrix yang sangat baik. Saya sendiri telah mengamalkannya. Salah satunya saya ambil untuk mengurangkan masalah sakit kepala.
Kombinasi kedua-dua Vitamin B Complex dan OsteMatrix ini memang sangat baik untuk kesihatan. Kebaikan kedua-dua supplemen ini ialah:
- Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan.
- Menggalakkan tidur yang lena di malam hari.
- Menyegarkan badan apabila bangun di pagi hari.
- Menenangkan sistem saraf.
- Menghilangkan lenguh-lenguh badan dan sakit-sakit sendi.
- Menstabilkan tekanan darah.
Set ini berharga RM114.75. Sangat berbaloi kerana boleh bertahan dalam 2 hingga 4 bulan.
Hendakkan maklumat lanjut atau hendak beli? Jangan malu-malu untuk hubungi saya di 012-5538628.
InsyaAllah, dengan membeli daripada saya, anda berhak mendapat panduan dan konsultasi pemakanan supplemen daripada saya sepanjang masa.
Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy
Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:
NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC
COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
0 Komentar