Kepentingan Menjaga Solat

Pernah tak kita terfikir, setiap hari, dalam rutin kehidupan kita, kita bergegas ke sana ke mari untuk memenuhi kehendak manusia.. Kita nak sampai ke pejabat tepat pada masanya... kita nak hantar anak... sebelum anak terlewat... Takut bos marah kalau lambat... takut cikgu marah bila anak terlambat....

Tapi sedih sekali.... ada tak kita fikir... kita bangun lewat untuk tunaikan solat Subuh... Kadang-kadang kita tunaikan solat Subuh dalam minit-minit terakhir...  keluar jugak istilah Subuh Gajah.. Subuh Dinosour... apabila kita tak bangun langsung untuk tunaikan solat Subuh... Allah....

Apabila kita dah terlambat solat Subuh, makanya tidaklah kita berjemaah solat Subuh di surau atau masjid kan? Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan pada sesiapa yang memang istiqamah solat berjemaah Subuh di surau atau masjid... Nikmatnya hidup apabila berjaya berjemaah di awal pagi begitu... :)

Apa yang saya cuba cakap di sini... adalah peringatan untuk diri saya sendiri... dan kalau boleh sama-samalah kita ingat mengingatkan satu sama lain.... Tidak keterlaluan jika saya cakap, kita sangat lemah... Islam sangat lemah? Seperti sabda Rasullullah SAW, diriwayatkan daripada Thauban r.a. bermaksud:


"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."


Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."


Tepuk dada, tanya iman.. betulkan... Pada masa ini, umat Islam memang ramai... Tapi apa yang terjadi sekarang? Kita tidak mampu berbuat apa-apa. Palestin dihentam... Seluruh dunia bising..Tapi apa yang jadi? Susah sangat kita hendak masuk membantu. Banyak negara Arab yang lain memilih untuk berdiam diri...


Oleh itu, perkara utama yang harus kita baiki dalam kehidupan kita ialah solat kita. Pastikan solat kita cukup 5 waktu dan dikerjakan sebaik-baiknya di awal waktu. Bagi kaum lelaki, seelok-eloknya, kerjakan solat 5 waktu secara berjemaah. Solat berjemaah itu adalah suatu muafakat dan kekuatan. Kita akan lebih bersatu apabila kita berjemaah.


Di akhirat nanti, perkara utama yang disoal adalah solat kita. Kalau gagal solat kita... walau sebaik mana pun amalan-amalan kita yang lain, tidak akan dipertimbangkan... 


Mari saya kongsikan lagi kisah. Ramai rasanya dah tahu kisah ini...

Suatu masa dahulu, ada seorang hamba Allah yang sedang menyusun batu-batu untuk membuat rumah, kemudian dia terdengar azan; lalu berhenti. (waktu itu hanya tinggal seketul batu sahaja untuk menyiapkan rumah tersebut).

Lalu dia ditegur oleh seorang munafik, "Kenapa kau tidak siapkan sahaja rumahmu itu? Hanya tinggal satu batu sahaja lagi"

Lalu hamba Allah itu menjawab,"Aku takut nanti Allah bertanya kepadaku di akhirat kelak, mana yang lebih aku utamakan, Allah atau batu?"


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua :) Kembalilah kepada Allah yang Satu. Sesungguhnya kita ini tidak pernah ada... Tak wujud langsung.... Yang Wujud Hanya Allah...


Reference: 


Previous
Next Post »
0 Komentar