Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Topik hari ni, adalah berkenaan darah dalam susu ibu yang kelihatan setelah dipam, sering menjadi persoalan saya. Harap entri kali ni membantu merungkai persoalan ibu-ibu yang lain juga :)
Botol susu sebelah kanan yang kelihatan pinkish kerana telah bercampur dengan darah
Banyak kali juga saya ternampak dalam forum atau grup penyusuan yang bertanyakan, boleh ke saya memberi bayi minum susu yang bercampur dengan darah? Jawapan yang diterima ada dua aje, sama ada boleh atau tak boleh.....
Jawapannya ialah, boleh memberi bayi meminum susu yang telah bercampur darah tersebut. Kadangkala, kita sendiri sebagai ibu-ibu yang menyusukan tidak sedar yang bayi telah 'ter'minum darah ibu sedikit semasa proses direct latch atau melekap. Mungkin masa menyusu, puting ibu mengalami luka atau crack nipple, yang menyebabkan ia berdarah.
Jangan bimbang kerana darah ini akan dikeluarkan semula sebagai bahan buangan bayi.
Apakah penyebab darah bercampur dengan susu ibu?
1. Crack nipple atau puting yang luka. Perkara ini memang selalu terjadi kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak sulung. Malah yang sedang menyusukan anak kedua dan seterusnya juga mengalami masalah ini. Untuk mengurangkan faktor luka pada puting, pastikan cara lekapan bayi adalah betul iaitu dengan menghisap bahagian areola. Anda boleh dapatkan pandangan konsultan laktasi untuk membantu menunjukkan lekapan yang betul.
2. Selepas melahirkan, banyak salur darah akan mengembang di payudara untuk memudahkan aliran darah. Pengembangan salur darah ini adalah untuk menggalakkan lagi penghasilan susu ibu. Namun, setelah stabil, pengembangan salur darah ini akan berkurangan.
3. Kapilari darah yang pecah semasa "hand express" atau mermet atau cara menggunakan breast pump yang salah yang mungkin menyebabkan kapilari pecah dan menyebabkan pendarahan.
4. Inraductal papilloma iaitu sejenis tumor di salur susu. Tidak boleh dirasai apabila disentuh dengan tangan. Tetapi tumor ini akan menghilang dengan sendiri. Oleh itu, jangan bimbang.
Cara-Cara untuk mengurangkan pendarahan di payudara:
1. Kurangkan direct latch tetapi teruskan menstimulasi payudara dengan menggunakan pam susu. Pastikan anda terus mengepam 8-10 kali sehari.
2. Titikkan susu sendiri ke atas luka tersebut dan biarkan ia mengering.
3. Boleh letakkan krim yang disarankan untuk membantu mempercepatkan pemulihan luka di puting payudara.
4. Dedahkan payudara anda yang luka supaya kawasan luka dapat dianginkan dan mengering (pastikan anda berada dalam bilik yang tertutup lah ye).
Harap tips yang dinyatakan dapat membantu para ibu supaya meneruskan penyusuan anak sehingga cukup 2 tahun :)
Anda tercari-tercari makanan atau supplemen yang membantu boostkan susu ibu? Anda boleh rujuk di sini :) atau anda juga boleh cari milk booster dari sumber makanan yang boleh diamalkan di rumah. Rujuk di sini. Apa-apa, hubungi aje 012-5538628 untuk maklumat lanjut :)
Rujukan: