13 Jenis Makanan dan Tumbuhan Yang Menggalakkan Susu Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang budiman.... Semestinya ibu-ibu yang menyusukan serta ayah-ayah yang menyokong penyusuan isteri tercari-cari makanan atau tumbuhan yang menggalakkan susu badan atau milk booster. 



Di sini dikongsikan 13 jenis makanan dan tumbuhan yang menggalakkan susu badan.

1. Ulam-ulaman seperti:
- Jantung pisang yang dicelur
- Daun betik
- Cekur manis
- Peria
- Ulam raja
- Bendi yang dicelur
Enak dimakan dengan sambal belacan dan nasi.

2. Lobak putih yang disagat dan dicampurkan dengan 1 gelas air panas. Minum apabila air menjadi suam. Boleh juga dibuat sup lobak putih.

3. Longan kering yang boleh didapati di kedai-kedai sengsey. Rebus longan tersebut dalam anggaran secawan gelas bersama dengan 3 - 4 gelas air. Rebus sehingga kembang dan minum air rebusan tersebut.

4. Rempah halba atau dikenali sebagai fenugreek. Boleh direbus dan diminum air rebusannya atau makan sesudu halba setiap hari.

5. Jintan hitam boleh dimakan seperti halba. Sesudu kecil setiap hari.

6. Kisar buah sengkuang, rebus dengan gula (ikut rasa yang diingini) dan minum airnya.

7. Makan bubur kacang hijau dengan beras merah.

8. Daun kucai dan ikan bilis yang direbus dan dimakan dengan nasi.

9. Petola, bayam dan daun turi dimasak lemak dan dimakan bersama nasi. 

10. Chia seed yang boleh dicampurkan dengan milo, oats dan minuman malt yang lain.

11. Kurma boleh dimakan secara terus atau kurma merah yang boleh dimasak dengan kreatif bersama ayam kampung.

12. Daun sireh yang disapu dengan minyak kelapa, kemudian dilayur pada api kemudian ditekap pada sekeliling payudara.

13. Bunga melur yang digiling sehingga hancur dan dilekapkan disekeliling payudara sebelum mandi di pagi hari.

*Jangan tinggalkan nasi kerana nasi juga adalah milk booster.

Anda juga boleh amalkan Set Menyusu Shaklee. InsyaAllah, selain makanan, anda juga boleh berikhtiar dengan pengambilan supplemen. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi 012-5538628 untuk pertanyaan dan konsultasi serta pembelian.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

Kind Hearty Enterprise


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
Previous
Next Post »
0 Komentar