Bahaya Placenta Previa Semasa Kehamilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang dihormati sekalian. Kali ni terasa ingin menulis tentang placenta previa. Peratusan terjadinya placenta previa dalam kalangan ibu-ibu mengandung ni sebenarnya kecil aje....iaitu 1 dalam 200 kehamilan. Tapi apabila terjadi, ibu-ibu harus berhati-hati kerana bahaya placenta previa semasa kehamilan.

Tapi, placenta previa ini hanya akan diisyitiharkan setelah kandungan memasuki 28 minggu. Selalunya doktor tidak akan terlalu bimbang jika placenta atau uri berada di bawah rahim sebelum kandungan memasuki 28 minggu.

Apakah kesan placenta previa?

Apabila kandungan mula memasuki trimester ketiga (7 bulan dan ke atas), ada kemungkinan akan terjadi pendarahan tanpa rasa sakit. Darah yang keluar adalah darah merah. Ada masanya darah yang keluar adalah sikit dan ada masanya darah yang keluar terlalu banyak, seperti tumpah darah. Perkara ini sangat membahayakan nyawa ibu dan bayi yang berada dalam kandungan.

Apakah punca pendarahan?

Punca pendarahan ini terjadi apabila uri atau placenta yang berada di bawah rahim mula merekah apabila kandungan semakin membesar dan rahim mula menipis. Uri tidak boleh meregang. Oleh sebab itulah ia merekah dan mengalami pendarahan.

Bagaimana mengatasi masalah placenta previa?

Bagi ibu-ibu yang diisyitiharkan mengalami placenta previa setelah kandungan memasuki 28 minggu, doktor akan membuat pemantauan melalui ultrasound untuk melihat kedudukan uri. Terdapat beberapa peringkat kedudukan uri atau placenta:

1. Complete (sepenuhnya)

2. Partial (sebahagian)

3. Marginal (menghampiri tetapi tidak menutupi).

4. Low lying (berdekatan dengan pintu rahim tetapi masih lagi tidak menutupinya).





Keadaan complete previa tidak memungkinkan ibu itu untuk melahirkan bayi secara normal. Oleh itu, kaedah Caesaran harus dilaksanakan. Jika dipaksa-paksa, ibu akan akan kehilangan banyak darah dan membahayakan nyawa ibu dan bayi.

Ibu-ibu yang mengalami masalah placenta previa dan mengalami pendarahan yang teruk, akan dikehendaki tinggal di hospital sehingga waktu melahirkan. Ini adalah untuk mengurangkan risiko yang tidak diingini. Namun, jika pendarahan yang sikit, ibu akan dibenarkan pulang, tetapi harus segera ke hospital jika berlaku pendarahan. Pada waktu ini, sebenarnya ibu dikehendaki berehat dan mengurangkan pergerakan.

Kemudian, kalau boleh elakkan hubungan suami isteri pada waktu-waktu ini. Sangat bahaya apabila berlaku pendarahan.


Sebenarnya serius kes placenta previa. Mungkin disebabkan kesnya yang sedikit, maka kurang kesedaran dalam kalangan ibu-ibu. Ibu-ibu yang masih berada dalam peringkat awal, jangan risau dulu. Cuba baca di sini untuk teknik-teknik menaikkan uri.

Yang penting, banyakkan berdoa dan berserah kepada Allah. Jaga diri baik-baik, pastikan anda mendapat nutrisi yang secukupnya semasa hamil ini. Ingin tahu pasal Set Kehamilan Shaklee, jangan malu-malu untuk hubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Amcorp Mall, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628



Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

Kind Hearty Enterprise


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
Previous
Next Post »
0 Komentar