Bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, terutamanya dalam peringkat awal penyusuan... semestinya mencari cara-cara melancarkan pengeluaran susu ibu...
Untuk melancarkan pengeluaran susu, banyak cara boleh dilakukan.
Pertama:
Pada hari pertama kelahiran, banyakkan skin-to-skin contact dengan baby. Susukan baby selama dan sekerap mungkin. Kaedah ini, akan lebih berjaya jika hospital itu adalah hospital rakan bayi. Hospital kerajaan dan sesetengah hospital swasta menyokong penyusuan bayi. Namun, ada juga sesetengah hospital swasta yang terus memberikan bayi yang baru dilahirkan dengan susu formula. Jadi, ibu-ibu yang ingin menyusu secara eksklusif, diminta memaklumkan kepada pihak hospital in advance.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, bayi yang telah diberikan susu formula akan tidur dalam jangka masa yang lama... Akibatnya walaupun belum terlambat, mungkin menyebabkan badan lambat bertindak menghasilkan susu. Seelok-eloknya dalam 1 jam selepas kelahiran, ibu-ibu hendaklah mula menyusukan bayi untuk memperkukuhkan bonding ibu dan bayi dan memberi arahan kepada otak untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Kedua:
Ada juga yang mengatakan ibu-ibu yang melahirkan anak secara c-sec mengalami masalah pengeluaran susu. Pada masa ini, ibu-ibu harus sentiasa berfikiran positif. Apa yang perlu dilakukan ialah tuam payudara dengan air suam, sambil mengurut-urut payudara. Urut ke arah puting. Jika bayi mengalami jaundis dan anda tidak dapat menyusukan secara direct, mohon pada pihak hospital untuk mendapatkan picagari atau syringe. Ini disebabkan pada waktu awal kelahiran, kolustrum iaitu sejenis cecair pekat berwarna kekuningan yang dihasilkan. Pada waktu ini, jika menggunakan pump susu, dikhuatiri cecair kolustrum ini akan mengering. Lebih baik menggunakan syringe untuk mendapatkan cecair emas ini.
Ketiga:
Yang penting, ibu-ibu tidak panik dan jangan sesekali berfikir yang anda tidak cukup susu. Anda boleh menggunakan berus gigi lembut dan memberus disekitar puting untuk melancarkan liang-liang susu yang tersumbat.
Keempat:
Selain itu, gunakan sikat, dan sikat perlahan-lahan ke arah puting payudara. Dengan langkah ini, mammary glands yang terdapat di sekitar areola, akan dirangsang untuk merembeskan susu.
Kelima:
Pemakanan ibu-ibu juga sangat penting. Jauhkan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan bayi colic atau kembung... Makan makanan yang membantu memperbanyakan susu seperti sup sawi dan lobak putih, ulam pegaga, kurma merah, jantung pisang dan banyak lagi. Yang penting sekali ialah minum air kosong secukupnya, sekurang-kurangnya 2liter sehari. Kalau boleh minum 3 liter.
Keenam:
Satu lagi, ada sesetengah ibu-ibu, selepas melahirkan dan kurang menyusukan bayi atau pump susu tersebut (mengosongkan payudara), akan mengalami bengkak susu. Memang sakit sangat bengkak susu ni, ade sesetengah kes, sampai menjadi benjolan dan bernanah di kawasan payudara. Sebelum terjadi bengkak susu yang kritikal, sentiasa kosongkan payudara dengan menyusukan bayi sekerap mungkin atau pump susu tersebut. Satu lagi cara, adalah mengamalkan Lecithin, untuk memecahkan lemak-lemak di payudara dan melancarkan pengeluaran susu.
Lecithin ni, selain membantu mengurangkan bengkak susu, juga sangat baik kepada ibu-ibu yang ingin memecahkan lelemak di dalam badan atau menguruskan badan.... Lebih baik jika digabungkan dengan Set Kurus Shaklee yang lain. Anda boleh rujuk di SINI.
Anda ingin tahu pasal mana-mana supplemen Shaklee yang lain? Hubungi saya di 012-5538628.
Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy
Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:
NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978
Kind Hearty Enterprise
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC
COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
Reference:
0 Komentar