Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Alhamdulillah, da masuk bulan April bagi tahun 2015 ni... Saya akhiri penghujung March dan awal April 2015 ini dengan membawa orang-orang tua saya (parents and mother-in-law) ke Bali. Percutian ke Bali ini singkat (3 hari 2 malam) dan memang sudah agak lama dirancang, since September 2014 lagi... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Syukur sangat-sangat kerana segala-galanya dipermudahkan sepanjang perjalanan ini. Pertama sekali kesihatan semua orang sangat baik. Alhamdulillah. Jom saya sharekan pengalaman melancong ke Bali.
Dalam percutian ini, perkara utama yang saya tekankan ialah ia adalah percutian yang tidak menyerabutkan... heeee... Kenapa?
Pertama: Saya membawa orang-orang tua saya dan seharusnya saya harus faham keadaan mereka. This is just a free and easy trip. Bagi sesiapa yang nak extensive trip schedule, boleh merujuk kepada blogger-blogger yang lain.
Kedua: Tempat tinggal yang saya cari adalah seperti apartment kerana saya taknak pisah-pisahkan ahli keluarga saya.
Ketiga: Transport. Lebih murah kalau berurusan terus dengan orang di sana daripada travel agent di sini (pada pendapat saya)... Tapi, untuk memilih pilihan ini, anda mesti tahu tempat-tempat yang anda ingin pergi. Jadi senang, arahkan aje driver tu bawa anda.
Untuk percutian ini, mula-mula blur jugak sebab saya tak tahu expectation parents saya... Alhamdulillah sebelum nak pergi, ramai pulak kenalan FB dan bukan FB yang dah pergi and sangat-sangat membantu dalam mencadangkan tempat-tempat yang ingin dilawati. Berikut adalah itinerary awal saya:
Hari Pertama:
12.20pm - Sampai di Ngurah Rai Airport
12.40pm - Makan Tengahari di Pawon Pasundan (Makanan Sunda)
2.00pm - Pergi ke Uluwatu Temple
4.00pm - Pergi ke Hotel Sara Residence Seminyak, Nakula Street, No. 9, Bali
6.30pm - Makan malam di tepi pantai
Hari Kedua:
9.30am - Ubud Market
12.30pm - Makan tengahari di Ubud
2.00pm - Pulang ke Sara Residence
3.30pm - Batu Bolong
5.00pm - Tanah Lot
6.30pm - Makan malam (restaurant nearby Sara Residence)
Hari Ketiga:
10.00am - Ngurah Rai Airport
1.05pm - Departure to KLIA2
4.00pm - Sampai di KLIA2
Okay, biarkan saya ceritakan secara detail berdasarkan itinerary yang telah dibuat.
Hari Pertama:
Sampai di Ngurah Rai Airport dalam pukul 12.15 gitu. Airport Bali besar tapi agak lengang di area arrival. Toiletnye sangat bersih (saya rasa lebih bersih daripada KLIA2). Setiap masa, pekerjanya memang standby di situ untuk membersihkannya.
Saya hanya dapat keluar daripada Arrival area dalam pukul 1.30pm gitu.. (ohhh yea.. waktu Bali and waktu Malaysia sama aje). Ni disebabkan nak isi borang clearance.. nak gi toilet dan beratur agak panjang juga semasa exit tu.
Kemudian cari pulak drivernya.... Saya pilih Galung Crew. Anda boleh hubungi di sini - ktgalung2002@hotmail.com. Galung boleh berbahasa Inggeris.. jadi anda boleh minta quotation dalam bahasa Inggeris. Memang dia akan reply dengan pantas juga.
Sambung balik.. cari drivernye tak jumpa-jumpa dalam ramai2 orang yang angkat kertas bertuliskan pelbagai nama depan exit tu... rupanya driver tu tunggu berhampiran Bangi Kopitiam.. Jenuh jugak mencari sebab tak biasa kan...
Okla... kami naik Avanza. Pertama sekali pergi makan dulu. Flight yang saya naik adalah Malindo Air.. Yang paling budget friendly antara AirAsia dan MAS. Tapi berlaparlah dalam flight sebab yang dihidangkan hanya biskut dan air kosong.... Nak beli makanan, boleh aje dalam flight tu...
Ok.. makan tengah hari, bos saya cadangkan Pawon Pasundan. Restoren Sunda (Jawa Barat). Tak jauh dari Airport. Walaupun driver tu macam blur-blur aje bila sebut nama restoren ni... siap tanya no fon lagi dan saya pulak tak take note... tapi Alhamdulillah, kami sampai. Driver tu bawa xdela sesat-sesat pun. Seolah-olah dia memang tahu sebenarnya.
Okla, di Pawon Pasundan, kami order Gurami bakar (ikan bakar) sampai dua ekor, tempe, ikan masin... Di Bali ini, majoritinya bukan beragama Islam. Jadi kami taknak amik risiko makan ayam dan daging. Haha, saya order cincau... ingatkan macam Malaysia... Rupanya cincaunya ialah santan and cincau... heee.. suami saya la yang habiskan... Harga makanan dalam IDR366,000 bagi 6 orang.
Selepas itu, saya ke Uluwatu Temple. Uluwatu Temple ni, bertentangan dengan hotel yang kami tinggal... Sebab tu, kami tak pergi check-in lagi... terus ke Uluwatu.. sebab jarak lebih jauh kalau dari hotel, berbanding dari Airport.
Uluwatu ade pemandangan pantai yang cantik... Nak masuk ke temple ni, kena bayar IDR20,000 seorang. Kanak-kanak IDR10,000. Kemudian disuruhnya pakai selendang kuning di pinggang. Yang mat salleh semua siap diberinya pakai kain purple bersama selendang kuning pula.. Mungkin sebab diorang pakai seluar pendek.. Jadi kena tutup skit... Abah saya tak suka... Saya pun rasa tak best sebab abah reluctant nak masuk awal-awal tu. Tapi akhirnya abah masuk.. tapi tak ke dalam sangat pun... sama ngan ma and mak... semuanya tunggu berdekatan pintu masuk.
Di Uluwatu Temple banyak monyet. Kami dinasihatkan supaya tak memakai spek mata, takut diragut monyet... saya pun bukalah spek kejap-kejap. Monyet-monyet disitu siap bersantai dalam kolam...hahaha...
Ni pemandangan dari atas temple Uluwatu. Kalau naik atas lagi, boleh dapat pemandangan yang lebih cantik... Cumanya saya tak naik sangat... Taknak biarkan orang-orang tua kami menunggu lama...
Selepas tu, kami pun keluar. Driver pulak takde di kereta. Jadi kami bersantai di luar sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. Suami saya pergi membeli air kosong sambil mencari-cari driver tu... Jumpalah dia sedang duduk di kawasan orang menjual-jual di situ.
Kami pun berangkat ke Sara Residence. Obviously semua orang penat.... Perjalanan dari Uluwatu ke Sara Residence memakan masa dalam setengah jam.... ke sejam... Lupa dah.. Tak tengok jam dah waktu tu... heeee... Sekali lagi driver macam blur-blur bila sebut Sara Residence... dia siap tanya ade no fon... hahaha... Walaupun begitu, sampai jugak kami tanpa sebarang masalah. Hebat driver ni... cuma cara dia buat kami was-was awal-awal tu...
Saya rasa entry saya dah panjang bebenor.. Saya sambung next entry ya.. :)
4 Komentar
Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang bepatutan dan murah.
BalasTelefone/WhatsApp : +62 811 387 010
Wechat ID : astawa-krishna
RM 160 Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.
Sewa Kereta Murah Kat Bali
Ingin melancong dengan pakej termurah? Kami berikan anda jawapanya. Pakej Pelancongan & Pakej Percutian Murah Kat Bali dijamin termurah dan memuaskan!
We offer Halal Bali Tour & Travel Packages for Muslim travelers. Included of halal food(حلال), prayer facilities, and etc.
SHARING INFORMASION IN BALI.
Balascheap bali tour & bali driver tour guide
pls contact....!
Website : www.iketutsuwendra.blogspot.com
www.ketutsuwendrabalitours.blogspot.com
phone/whatsapp : +628179781331
SHARING INFORMASION IN BALI.
Balascheap bali tour & bali driver tour guide
pls countact....!
Website : http://iketutsuwendra.blogspot.ae/?m=0
www.ketutsuwendrabalitours.blogspot.com
phone/whatsapp : +628179781331
Assalamualaikum Tuan/Puan.
BalasSalam dari Elang Lombok Tour.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke LOMBOK INDONESIA, jangan risau hati sila hubungi :
ELANG LOMBOK TOUR
Tour operator & Travel Agency
Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.
Contact person :
AFFANDI
BBM 51fd8768 / IG : @pariwisatalombok
Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )