Batuk dan Warna Kahak Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ni nak tanya, pernah tak anda tertanya-tanya apabila anda batuk bersama kahak, kenapakah warna kahak anda ada warna tertentu? So hari ni jom kita tengok jenis batuk dan warna kahak yang perlu anda tahu.



Terdapat dua jenis batuk yang utama iaitu:


  • Batuk yang berkahak (productive cough)

  • Batuk yang tidak berkahak (non-productive cough atau unproductive cough)

Kedua-dua jenis batuk ini berbeza dari segi penyebab berlakunya. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengenalpasti jenis batuk yang dialami supaya kita dapat mengurangkan simptom batuk ini dengan lebih baik.

Ada juga orang yang batuk kerana pengambilan ubat tertentu seperti Zestril dan Renitec (untuk darah tinggi). Dapatkan nasihat doktor untuk menukar dengan jenis ubat darah tinggi yang lain.

Bagi batuk yang berkahak, selalunya bermula di bahagian dada. Warna kahak perlu dikenalpasti untuk mengetahui jenis batuk / penyakit yang dialami.


  • Kahak yang putih atau jernih menunjukkan tidak ada penyakit-penyakit lain yang berbahaya.

  • Kahak yang berwarna putih tetapi berbuih mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang kronik (jangkamasa lama). Ia juga berlaku pada mereka yang menghidapi penyakit bronkitis.

  • Kahak yang berwarna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru. Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria.

  • Kahak berdarah atau berwarna gelap seperti karat menunjukkan sesuatu yang lebih serius lagi. Ia mungkin disebabkan oleh kanser, batuk kering (TB), dan sebagainya. Oleh itu, segera dapatkan rawatan lanjut.


Bagi pesakit asma (lelah) yang kerap mengalami batuk kerana saluran pernafasan mereka yang menjadi sempit, pengambilan ubat asma yang diberikan adalah penting untuk melegakan batuknya.

Kadangkala allergik kepada persekitaran atau habuk juga boleh menyebabkan batuk berkahak seperti asma secara tiba-tiba. Pernafasan juga berbunyi seperti wisel atau wheezing. Cara mudah untuk melegakan batuk sebegini adalah dengan mendapatkan gas atau nebulizer. Namun, jika anda bersabar, ia akan hilang begitu sahaja. Perkara ini bergantung kepada usia dan tahap keseriusan serangan tersebut.


Kepada yang ingin mencuba rawatan alternatif untuk batuk, anda juga boleh usaha dengan membuat minyak bawang putih. Boleh baca selanjutnya di sini.

Selain itu, anda boleh juga mencuba supplemen Shaklee iaitu Garlic Complex, Sustained Release Vita-C dan Omega Guard. Kombinasi ketiga-tiga supplemen ini memang power. Melegakan batuk, membantu menyahkan kahak dan mempertingkatkan antibodi dan imun sistem.

Nak tahu lebih lanjut, hubungi 012-5538628. Jangan risau, sebarang pertanyaan atau cara-cara pengambilan supplemen Shaklee adalah percuma :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

Kind Hearty Enterprise


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
Previous
Next Post »
0 Komentar