4 Tips Mengatasi Sembelit Semasa Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca budiman sekalian :) Hari ni nak bercerita pasal kisah sembelit semasa hamil dan tips mengatasi masalah ini. 


Saya sendiri mengalami sembelit ini. Mula-mula semasa awal kehamilan. Disebabkan sembelit, and makan banyak.... berat badan naik sampai 4kg dalam sebulan.... Memang risau waktu tu sebab takut effect benda lain.... macam diabetes semasa hamil, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

Kemudian ada satu masa, saya hampir setiap hari mengalami cirit birit pulak. Jadi berat saya jadi normal semula... Alhamdulillah.... Kini saya dah masuk 2nd trimester. Tapi nampaknya ada-ada masa sukar jugak saya nak membuang :'( (salah saya juga tak konsisten minum air secukupnya dan skip pengambilan kalsium... nape kalsium? Nanti saya citer kat bawah ye).

Sembelit semasa mengandung ni, sukar sikit sebab nak teran lebih-lebih tak elok juga. Tapi ketahuilah, sembelit yang terjadi ni sampai tahap najis jadi keras macam batu... Maka sukarlah hendak dibuang. Kat sini, saya kongsikan tips untuk mengurangkan sembelit bagi ibu mengandung.

Tips Mengatasi Sembelit Semasa Hamil

1. Minum air atau jus secukupnya setiap hari. Sekurang-kurangnya 6 - 8 gelas setiap hari. (Belakangan ni saya kurang minum air... tu yang jadi cenggini).

2. Amalkan makan makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Amalkan jus atau buah prune, kurma, etc.

3. Amalkan membuat senaman ringan seperti berjalan kaki, berenang atau menaiki basikal. (Pergerakan membantu proses peristalsis atau pergerakan hasil buangan dalam usus).

4. Tablet iron atau zat besi juga menyebabkan najis menjadi keras. Bawa berbincang dengan doktor atau nurse jika anda boleh menukar kepada supplemen lain yang tidak menyebabkan sembelit.

Pengambilan ubat-ubatan adalah pilihan terakhir ya untuk mengatasi masalah sembelit semasa hamil ni.

Sambung balik citer pasal kalsium. Saya memang mengamalkan Set Hamil Shaklee. Salah satu supplemennya ialah mengambil tablet kalsium iaitu OsteMatrix. Selain membekalkan keperluan kalsium untuk ibu dan bayi, kalsium juga baik untuk membantu pergerakan otot usus. Jadi pergerakan najis lebih mudah. 

Jadi kalau wanita mengandung tu alami sembelit, amiklah 4 biji sebelum tidur. InsyaAllah esok pagi, anda akan lebih mudah untuk ke tandas. Nak tahu lebih lagi pasal Set Hamil Shaklee, sila rujuk di SINI.

Apa-apa pun, anda boleh tanya saya direct. Hubungi saya di 012-5538628. Jangan malu-malu. Saya akan memberikan tunjuk ajar dan konsultasi secara percuma. Kalau nak daftar keahlian pun boleh. Jimat sangat bila dah jadi ahli :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com



Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

Kind Hearty Enterprise


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
Previous
Next Post »
1 Komentar
avatar

Tips Mengatasi Sembelit
http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/10/tips-mengatasi-sembelit.html

Balas