Bahaya Tidur Terlentang Semasa Hamil!

Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua pembaca yang disayangi. Terima kasih sebab menjenguk teratak saya ini. Hari ni nak sembang pasal bahaya tidur terlentang semasa hamil. Dulu-dulu saya tak kisah pun pasal posisi tidur ni.... Memang tak terlintas di ingatan langsung. Tapi saya memang tahu tidur terlantang ini memang tak selesa. Takat tu je....

Rupanya, berbahaya jika ibu-ibu selalu mengamalkan posisi tidur terlentang ni. Saya faham, mungkin ada sesetengah ibu mengalami kesukaran untuk tidur dalam posisi-posisi yang tertentu. Mengiring ke kiri tak best.. Ke kanan pun tak best. Kadang-kadang terlentang tu selesa pulak... Tapi jangan buat lama-lama tau...

KENAPA?

Sebab, semasa ibu-ibu tidur dalam keadaan posisi telentang, berat bayi yang berada di abdomen ibu menyebabkan tekanan darah dan nutrisi yang dialirkan ke bayi menjadi perlahan. Tidur terlentang dalam jangka masa yang lama menyebabkan bekalan ini terganggu dan membawa kepada risiko kematian bayi di dalam rahim (stillbirth). Nauzubillah. Mohon dijauhkan ya.

Oleh itu, cubalah cari keselesaan semasa tidur dengan posisi mengiring ke kiri atau kanan. Kalau tak selesa, gunakan bantal untuk menyokong belakang dan depan anda semasa tidur mengiring.



Yang penting, semasa hamil, amalkan pemakanan yang sihat, cukup nutrisi yang diperlukan oleh ibu-ibu yang hamil. Selain itu, jaga diri baik-baik, jangan angkat barang-barang yang berat, terutama ibu-ibu yang mengalami masalah uri di bawah. Sangat berbahaya. 

Nak tahu pasal nutrisi yang secukupnya semasa hamil? Boleh hubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Amcorp Mall, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628



Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

Kind Hearty Enterprise


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
Previous
Next Post »
0 Komentar