Surah-Surah Yang Elok Diamalkan Ketika Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca budiman sekalian. Hari ni nak berkongsi Surah-Surah yang elok diamalkan ketika hamil. Semasa hamil inilah masa yang terbaik untuk mula membentuk sikap anak-anak kepada sikap positif. InsyaAllah, apa-apa pun masih tidak terlambat untuk melakukannya :)


Yang penting, jadikan pembacaan Al-Quran sebagai rutin sehari-hari. InsyaAllah hati akan lebih tenang dan urusan semuanya akan dipermudahkan.

Berikut adalah Surah-Surah yang digalakkan untuk dibaca semasa hamil. 


  • Surah Al-Fatihah – Untuk terang hati dan kuat ingatan. 
  • Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat. 
  • Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa. 
  • Surah Yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak. 
  • Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati. 
  • Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat. 
  • Surah At-Taubah – Untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat. 
  • Surah An-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Jika terasa sukar untuk membaca semua sekali, amalkan untuk sentiasa mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran. InsyaAllah, apa-apa pun tetap akan memberikan keberkatan kepada si ibu :)

Semuanya daripada Allah.... Banyak-banyakkan berdoa agar segala-galanya dipermudahkan, InsyaAllah. 

Mencari-cari set berpantang? Apa kata cuba Set Berpantang Shaklee. Terdiri daripada bahan-bahan organik dan selamat untuk ibu dan bayi yang menyusu. Hubungi saya di 012-5538628.

Previous
Next Post »
0 Komentar