Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Hari ni kita nak mengenali Meconium Aspiration Syndrom atau short form nye MAS. Tapi sebelum itu, biar kita kenal dulu apakah itu Meconium? Meconium ialah najis pertama kali yang dikeluarkan oleh bayi yang baru lahir setelah 9 bulan berada di dalam rahim ibunya.
Meconium ini berwarna hampir kehitaman dan terdiri daripada sel epitelium usus, mukus, air ketuban, ianugo, hempedu dan air. Masa saya nak bersalin anak sulung dulu, apabila air ketuban saya dah pecah, dan bukaan dah membuka 2 cm, doktor cakap baby dah pun berak dalam perut :( kerana air ketuban tidak lagi jernih. Tapi pada masa itu, saya sebenarnya telah mengalami pendarahan selama beberapa hari... Doktor yang biasa merawat saya pada masa itu tiada. Maka berlakulah miscommunication. Pada masa itu, saya memang risau sangat jika baby telah tertelan meconium ini.
Apakah kesannya apabila tertelan meconium?
Apabila bayi tertelan meconium, meconium ini akan masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru bayi. Akibatnya, bayi akan mengalami kesukaran bernafas dan menyebabkan pembengkakan (pneumotitis).
Sebab terjadinya pengeluaran meconium ialah apabila bayi mula stress di dalam rahim kerana kekurangan oksigen. Selalunya perkara ini terjadi apabila kehamilan telah melebihi usia 38 - 40 minggu atau pun proses bersalin yang melebihi 12 jam.
Antara faktor yang menyebabkan kelewatan bersalin ialah:
- Bayi yang bersaiz besar, selalunya disebabkan oleh si ibu menghidap diabetes semasa hamil.
- Berat badan yang berlebihan semasa hamil.
- Bukaan serviks yang kecil yang menyukarkan proses bersalin.
Walaubagaimana pun, tidak semua bayi mengalami Meconium Aspiration Syndrom walaupun dilahirkan dengan air ketuban yang dicemari dengan meconium.
Oleh itu, ibu-ibu yang hamil, memang sangat-sangat dikehendaki menjaga kesihatan diri. Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Boleh baca testimoni seorang ibu yang menghidap diabetes semasa hamil dan mengawal diabetes tersebut dengan Omega Guard.
Jika anda juga ingin mendapatkan Omega Guard, hubungi saya di 012-5538628. Anda boleh mendapatkan konsultasi dan cara-cara pemakanan supplemen ini daripada saya secara percuma :)
Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy
Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:
NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978
Kind Hearty Enterprise
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC
COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
0 Komentar