6 Tips Untuk Bangun Subuh

Pernah tak anda terjaga apabila masuknya waktu Subuh? Terasa segar aje nak bangun... Tapi, anda cakap pada diri anda yang kejap lagi anda bangun dan alih-alih apabila tersedar semula, waktu Subuh pun terlepas.... Sighhhhh....

Mesti menyesal sebab dah terjaga elok-elok dah kan... Beberapa kali juga terjadi begitu pada saya... Kadang-kadang tu siap boleh bermonolog dalam hati, baik saya bangun sekarang daripada saya melambat-lambatkan waktu subuh. Tapi, at the end, tewas diselimutkan syaitan...

Sebab tu dalam Islam, digalakkan untuk tidur awal pada malam hari untuk memudahkan kita bangun bertahajud di awal pagi serta sambung ke solat Subuh dan selepas Subuh tak tidur balik.

Di sini, untuk rujukan saya dan juga pembaca-pembaca budiman, saya kongsikan tips untuk membantu dalam bangun Subuh. Tips ini saya rujuk di SINI.

1. IKHLAS

Saya rasa, inilah tip yang paling penting. Untuk bangun Subuh, hati kita kena ikhlas untuk bangun. Niatkan di hati dengan ikhlas untuk bangun Subuh. Bukan hanya acuh tak acuh semata-mata. Tanpa ikhlas, kalau dah berjaga pun, mungkin tak solat Subuh juga.

2. Keinginan yang kuat
Lebih kurang sama seperti ikhlas. Tapi selepas ikhlas, kita kena ada keinginan yang kuat. Contoh yang saya boleh share ialah, pengalaman saya sendiri. Saya sedang hamil sekarang. Nak berpuasa tu, bagi saya bukan mudah buat masa ini... Tapi saya kena juga mengqadhakan puasa saya sebab Ramadhan hampir tiba. Malah banyak lagi ibu-ibu hamil yang mudah aje berpuasa... 

Jadi untuk kedua kalinya, saya berpuasa... Tapi hati tak kuat. Alhamdulillah, memang bangun bersahur semua.. Cuma saya layankan mengantuk dan nak tidur aje... Akhirnya, saya berasa penat seharian berpuasa. Sangat berbeza dengan cubaan pertama kali saya, di mana saya betul-betul setkan mental untuk bersedia dan berjaya berpuasa sehingga ke akhirnya dengan bersemangat. 

3. Menjauhi dosa
Dosa merupakan penyebab hati ini menjadi malas dan fizikal menjadi lemah untuk berbuat kebaikan. Setiap dosa yang dilakukan akan menjadi titik hitam di hati. Semakin banyak titik hitam, semakin hilang rasa menyesal dan bersalah apabila melakukan sesuatu dosa. Oleh itu, banyakkan bertaubat dan bermuhasabah diri.

4. DOA
Doa merupakan senjata. Berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan kita untuk kita sentiasa istiqamah dalam menunaikan solat Subuh. Allah sahajalah yang Maha Berkuasa untuk membangunkan kita kerana kita takkan mampu untuk mengawal diri kita sendiri.

5. Berkawan dengan orang yang baik
Ada bermacam-macam jenis kawan di dunia ini. Kawan banyak mempengaruhi perlakuan dan sikap kita. Oleh itu, berkawanlah dengan orang-orang yang mengajak kita berbuat kebaikan dan menunjukkan contoh yang baik. InsyaAllah, sedikit sebanyak, sikapnya akan mempengaruhi kita dan indirectly, jika kita tidak mempunyai sikap baik seperti yang ditunjukkan, lama-lama diri kita sendiri akan berubah ke arah kebaikan, insyaAllah :)

6. Tidur awal
Tidur awal di malam hari adalah sunnatullah. Tapi bukan tidur selepas maghrib ye. Kita dah boleh tidur selepas solat Isya. Kemudian bangunlah bertahajud selepas pukul 2pagi ke. Terpulang kepada anda, asalkan tidak terlepas solat Subuh nanti :)


Semoga kita dapat menjadi golongan yang mengimarahkan surau dan masjid semasa solat Subuh. InsyaAllah.
Previous
Next Post »
0 Komentar