Hampir setiap pagi, apabila kak yone nak ke tempat kerja, pasti di suatu kawasan yang ada trafik light yang lama sikit ni, kak yone akan melihat sekumpulan anak muda dalam 3-4 orang mengendong bakul yang berisi sandwich.
Gambar ihsan Google
Jadi, kereta-kereta yang sedang menunggu untuk jalan ni, ada yang beli sandwich ini daripada mereka. Tersenyum aje kak yone tengok. Alhamdulillah, rezeki ada di mana-mana. Malah ada yang dah mengendong bakul kosong. Habis dijual.
Nak berniaga memerlukan usaha. Asal mahu pasti ada jalannya 😊
Begitu juga apabila berbisnes secara online. Nama pun online, bisnes di hujung jari. Hanya memerlukan usaha untuk jari jemari ini menaip di muka buku, di blog atau di mana-mana sahaja platform yang kita boleh promote bisnes secara online. Apa sahaja pekerjaan yang diusahakan, awal-awalnya pasti akan melalui kesukaran.
Kalau buat fanpage di FB macam Fanpage kak yone www.facebook.com/Hearty.Love.Healthy bukan dalam masa satu hari likers akan mencecah ribuan. Memang amik masa. Tapi InsyaAllah, lama-kelamaan pasti akan ada genuine likers dan followers tersendiri 😊 Yang penting don't give up and don't stop moving.
Dalam keadaan sekarang ini, perniagaan secara online ini sedikit sebanyak memang membantu untuk 'cover' keperluan yang semakin meningkat. Perniagaan secara online pun tidak memerlukan kedai fizikal. Hanya ada akaun FB pun dah ok dan sedikit keberanian untuk menulis di FB 😆
Jika hanya berharap pada satu pekerjaan, sangat-sangat berbahaya sekarang ini. Sebab kita sendiri tak dapat ramal sejauh mana stabilnya sesuatu organisasi tersebut. Malah, komitmen tahun ke tahun semakin meningkat.
Kak yone sendiri terasa the pinch apabila anak mula bersekolah. Walaupun sekolah kerajaan, tapi banyak duit yang harus dikeluarkan. Ingatkan tadika aje mahal. Dah bersekolah pun, kita kena fikir mengenai transport dan penginapan anak sementara ibu bapa bekerja 😓
Satu lagi, kalau macam kak yone berbisnes Shaklee, Shaklee sendiri telah menyediakan platform online yang bagi kak yone sangat effisyen. Perniagaan secara online berfungsi 24 jam.
Kalau kak yone nak order vitamin, boleh order secara online, malah kalau customer taknak order melalui komunikasi dengan kak yone, customer boleh order direct melalui link yang kak yone sediakan. Penghantaran tetap sampai ke depan pintu 😊
InsyaAllah, daripada berniaga secara online, terlalu banyak skill yang boleh dipelajari dan lama-lama boleh diaplikasi secara offline pula, Jadi, apa lagi? Masih belum terlambat untuk bermula sekarang!
Kalau nak join berbisnes Shaklee, insyaAllah, kak yone boleh membantu. Malah ramai lagi mentor dalam Shaklee yang akan sama-sama membantu dalam memperbaiki diri kita untuk kehidupan yang lebih baik, insyaAllah 😉
Mentor dan agen Shaklee anda:
Kak yone
012-5538628
#TsunamiShaklee
#9Gemilang
0 Komentar