You Get More Than You Give

Teringat kembali suatu kisah dahulu. Haaaa tengok, masa nak tulis ni Allah bagi ingatan balik.. Tadi dah terlupa apa nama tempat tu 😛

Dalam tahun 2014, hari Sabtu. Saya join satu group yang nak bawa anak-anak yatim serta asnaf berjalan-jalan ke Putrajaya. Nak dijadikan cerita, group kami berpecah-pecah pula. Ada yang sampai tersesat sampai ke Puchong. Yang ada ni, berkumpul di Taman Wetlands menunggu yang lain. Saya pun baru first time sampai situ.


Saya bawa juga anak lelaki saya yang dalam umur 4 tahun masa tu. Kami menunggu di Taman Wetlands sementara menunggu kereta-kereta yang lain sampai.

Pada hari itu, saya dengan anak saya keluar dari rumah memang awal pagi lagi. Sebab tempat berkumpul di Kajang, jadi agak jauh dari rumah saya. Memang pagi tu, keluar dengan perut kosong. 

Matahari semakin meninggi. Dah dekat tengahari. Jadi cuaca memang terang dan panas. Silap saya tak membawa bekal apa-apa, hanya membawa air kosong. Saya tumpang duduk di salah satu pondok rehat (gazebo) di situ. Disebabkan ramai orang, saya menumpang bersama-sama dengan keluarga yang lain juga.

Kat gazebo tu pulak ada KFC lunch plate. Memang berkotak-kotak. KFC ni dibawa oleh keluarga yang duduk di gazebo tu. Anak saya minta nak minum air gas (pepsi) yang ada di situ. Cepat-cepat saya tegah kerana malu dengan keluarga yang membawa KFC tersebut.

Rupa-rupanya salah seorang ahli keluarga tu (pakcik) mendengar permintaan anak saya. Diberinya air pepsi tersebut. Tak cukup dengan itu, anak saya minta pula nak makan ayam! Allahuakhbar. Segeralah saya cakap tak boleh sebab bukan kepunyaan kami. Orang tu bawa untuk keluarganya. 

Sekali lagi, pakcik tu cakap, "Ambillah ayam tu, takpe ambil sekotak terus." Ya Allah, masa tu saya rasa speechless. Bersyukur sangat.... Saya pandang pakcik dan makcik yang sedang duduk disitu yang meyakinkan saya supaya ambil sekotak tu...

Gambar ihsan Google

Yang terfikir dalam otak saya masa tu ialah Ya Allah, Kau datangkan rezeki pada masa yang tidak disangka-sangka dan di saat-saat yang sangat diperlukan! Masa tu saya fikir, mungkin ada pemberian saya kepada yang lain yang menjadikan saat ini terjadi.

Walaupun untuk anak saya, saya sangat bersyukur. Saya tahu dia lapar sangat masa tu. Allahuakhbar memang tak dapat nak digambarkan perasaan saya masa tu.... 😓

Walaupun simple sangat kisah ni. Tapi memang tidak tergambar apa yang saya rasa pada masa tu. Saya percaya, setiap yang terjadi kepada kita adalah yang terbaik Allah tentukan untuk kita 😊

Kak yone jual Shaklee
012-5538628

#TsunamiShaklee
#9Gemilang
Previous
Next Post »
0 Komentar