Kisah Kemoterapi Pertama Mama

Baru-baru ni kita kan bercuti panjang. Jadi kak yone ambil peluang ni untuk balik ke kampung halaman. Menjenguk mama yang baru lepas sesi kemoterapi yang pertama. Sedih sangat sebab mama memang sangat lemah lepas chemo tu 😔 Bagi yang terlepas, boleh baca kisah mama di SINI.


Gambar ihsan Google

Malam kak yone sampai di kampung halaman, terkejut kak yone sebab mama yang menunggu kak yone sampai. Aduhhhh rindu sangat kat mama. Dah lama tak tengok mama kelihatan sihat macam dulu. 

Tapi sebenarnya, beberapa jam sebelum kak yone sampai tu, mama sebenarnya dah menyerah diri ke hospital untuk drip. Mama dehydrated sungguh sebab kehilangan selera makan selepas sesi kemoterapi ni. Kalau makan pun, muntah balik. Air pun mestilah tak cukup. Tu baru sesi kemoterapi yang pertama. Ada lagi lima sesi kemoterapi yang mama kena hadap.

Antara kesan-kesan kemoterapi:
  • Keletihan
  • Rambut mula gugur
  • Mudah berlaku pendarahan atau lebam
  • Loya dan muntah-muntah
  • Hilang selera makan
  • Sama ada berlaku sembelit atau cirit-birit
  • Mulut, lidah dan tekak terasa kering dan sakit
  • Berlaku masalah urat sarat, sama ada kebas atau sakit
  • Kehilangan berat badan
  • Berlaku perubahan mood

Boleh kata, mama hadapi semua di atas. Terutama hilang selera makan, muntah-muntah, rambut mula gugur, tekak terasa kering dan sakit, dehydrated dan mama memang semakin kurus.

Memang lain sangat mama sekarang berbanding beberapa bulan lepas. Dulu mama sangat sihat dan aktif. Setiap hari ada je masakan yang disediakan untuk kami. Tapi kak yone akur, yang mama kena banyak berehat sekarang.

Keesokan hari, mama start balik ke keadaan asal, iaitu terbaring dan tidur je. Selera makan hilang balik 😢 Masa ni, kak yone fikir, Performance Drink daripada Shaklee is the best untuk membantu mama, especially bila mama kurang minum air. 

Memang kak yone bukanlah jenis menyimpan semua vitamin. Tapi tak susah pun, hari tu masih hari bekerja. Jadi kak yone pergilah ke branch Shaklee untuk beli Performance Drink.

Branch Shaklee Penang

Performance Drink korang bayangkan macam air 100Plus tu. Tapi jauh lebih baik. Korang boleh tengok kebaikannya pada poster di bawah 😊



Balik je dari branch Shaklee, terus kak yone buat air Performance Drink dicampur dengan sesachet Nutriferon untuk boostkan sistem pertahanan badan mama. Mama lemah sangat. Jadi Nutriferon tu bantu memperkuatkan semula sistem dalaman mama. Rasa air tu memang refreshing sungguh. Sesuai sangat untuk keadaan mama yang loya dan muntah. Rasa oren masam-manis giteww.

Performance Drink campur dengan Nutriferon untuk mama

Alhamdulillah. Mama minum habis satu mug yang kak yone buat. At least kalau selera makan mama takde, biarlah mama cukup air. Sebab mama cakap, masa mama serah diri untuk drip tu, badan mama kembali segar dan terasa lapar balik. Jadi, formulanya, bila badan hydrated, maka insyaAllah selera makan pun ada.

Jadi lepas sehari dua konsisten minum Performance Drink tu, memang mama dah ada selera makan dan mula makan balik 😊 Masa raya haji, mama makanlah juga nasi impit, kuih karipap, nasi, malah daging korban pun mama ada makan. Lega rasanya hati kak yone. Walaupun sikit. Tapi sekurang-kurangnya mama makan mengalas perut dan tak tinggal satu pun waktu makan.

Mama pun dah tak berkurung dan berbaring di bilik. Alhamdulillah sangat. At least mama dah duduk di ruang tamu dan tengok tv. Nampaklah mama lebih bertenaga.

Hospital ada juga bekalkan vitamin B Complex dan asid folik untuk mama. Tapi kak yone beritahu mama supaya amalkan B Complex Shaklee. Dah siap ada asid folik dalamnya. Tak payah mama nak telan banyak-banyak tablet. 

Lagipun, lebih baik makan vitamin yang bersifat semulajadi dan lebih mudah menyerap ke dalam badan kita kan. Alhamdulillah mama setuju. Fuhhh lega hati kak yone.

Sehari sebelum kak yone balik, mama cakap dah dua hari mama tak buang air besar. Mama tercari-carilah ubat yang bantu untuk buang air besar tu. Tapi tak jumpa. Then mama cakap takpe. Ada 'senokot' ubat herba yang bulat tu. Kak yone tanyalah mama, leh buang air besar jugak ke makan senokot tu? Mama cakap boleh cuma kena makan 3-4 biji.

Ting! Daripada mama makan senokot tu, baiklah mama makan Ostematrix 4 biji. Ostematrix ni tablet kalsium yang mengandungi semua sumber nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh tulang kita. Bagus sangat untuk mama, sebagai warga emas. Sebab keperluan kalsium memang penting dan semakin meningkat usia, kandungan kalsium makin susut. Kita ni pun jangan culas amik Ostematrix tau!

Antara kesan Ostematrix, selain menjadi sumber kalsium yang diperlukan tulang, dapat juga bantu memudahkan proses membuang air besar kerana Magnesium yang terkandung dalam Ostematrix membantu meregang dan menenangkan otot-otot dalam badan. Yang bestnya keesokan pagi, mama cakap mama dah membuang 😊 Alhamdulillah syukur sangat.

Sebelum kak yone pulang, kak yone tanya kat mama. "Mama nak ke B Complex dengan Ostematrix ni?" Bukan apa, kak yone takut mama taknak makan banyak-banyak ubat dan kak yone taknak paksa. Tapi alhamdulillah. Mama setuju untuk makan B Complex and Ostematrix Shaklee. Performance Drink pun mama akan minum setiap hari.

Kak yone syukur sangat sebab mama memang rasa kebaikan vitamin-vitamin Shaklee yang memang berunsurkan bahan-bahan semulajadi, yang badan kita memang perlukannya. Kak yone berdoa agar kesihatan mama semakin baik dan mama kuat untuk menghadapi next chemo session. Allahuakhbar. 

Previous
Next Post »
4 Komentar
avatar

Sedihnya baca kak yone. Mujurlah ada shaklee yg boleh bantu ringankan sakit mama tu. Moga dgn asbab ini mama kak yone lebih kuat menentabg kanser tu.

Balas
avatar

Terima kasih Nasuha. InsyaAllah. Kami cuba beri yang terbaik untuk mama.

Balas
avatar

Semoga ibu diana kuat dan kembali sihat sepenuhnya. Aamiin

Balas