Makanan Untuk Bayi 6 Bulan

Anak kak Nur yang baby tu da masuk 6 bulan. Tapi kali ni kak Nur macam lambat sikit perkenalkan makanan untuk dia 😂 Rasa macam Khadijah baby lagi dan belum bersedia. 

Tapi tu pun kak Nur perhatikan berdasarkan beberapa characteristic baby tu sendiri. Setiap baby berbeza. Tapi kita boleh tengok tanda-tanda jika baby dah bersedia untuk makan. Antaranya ialah:

😋 Kepala bayi dah stabil tanpa perlu disokong.

😋 Baby boleh duduk dengan sokongan (daripada dukungan atau pun kerusi yang menyokong).

😋 Apabila melihat orang dewasa makan, baby pun macam nak makan juga 😁

😋 Baby selalu buat aksi seolah-olah mengunyah

😋 Berat badan baby juga meningkat dengan baik


Untuk permulaan ini, kak Nur sediakan betik sebagai makanan pertama untuk bayi 6 bulan kak Nur. Hahaha macam dah lupa dah. Segala resepi makanan bayi dah ke mana. Kak Nur pula tak sempat nak tengok balik. So kita start yang mudah-mudah.

Kak Nur ada juga bagi pisang yang dilenyek sebagai permulaan. Bagi rasa-rasa di mulut je. Tapi risau menyebabkan sembelit. Yes, pisang menyebabkan sembelit bagi sesetengah bayi dan orang dewasa. Kata kawan kak Nur, pisang yang tak berapa masak boleh menyebabkan sembelit. So better kak Nur buat betik. Selamat 😁

So yang ni betik yang kak Nur dah blend. Sedia untuk disuap 😍

Puri betik

Baby kak Nur macam belum berminat nak makan. Ada semulut dua dia rasa kemudian dah tak nak 😂 Lepas ni kak Nur akan buat puri daripada buah-buahan yang lain.



Satu lagi, tips untuk memudahkan bayi yang baru nak makan, gunakanlah sudu yang nipis, lembut seperti yang diperbuat daripada silikon. Nak masuk dalam mulut bayi pun mudah berbanding sudu yang tebal.

Jangan paksa bayi untuk makan. Sebab sebelum berumur setahun, makanan bayi hanyalah just for fun. Sebab bayi baru nak belajar merasa. Pada masa ini juga, elok perkenalkan bayi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran agar mudah untuk dijadikan tabiat pemakanan di kemudian hari.

Semoga entry kali ni bermanfaat 😍 Nak dapatkan mana-mana vitamin Shaklee, boleh hubungi kak Nur di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
0 Komentar